Sunday, September 27, 2015

Short Vacation to Boracay, Philipines

Assalamualaikum & selamat malam semua !
ya Allah dah setahun lebih tak update blog. setahun lebih jugak laaaa blog ni dah bersawang (typical ayat blogger) haha. 
Tuan punya badan dah Konvo ponn tak update jugak. hmm nak dekat setahun jugak Konvo. sedih nya. haha takpe la nanti kita story pasal tu okay.
so sekarang nak story about my short vacayy to Boracay, Philipines last month. 
actually kan, previous post pasal pergi Vietnam haritu ponn still 'part 1'. hahaha. teruknya Paah -.-' 
itsokay. sebelum story vacation ni jadi lapuk, baik kita update cepat. ye dak ? hee
'part 2' Vietnam ? emm nanti la kita fikir ya. haha :P 

okay so dah ready nak baca story Paah ke Boracay ?
jomssss baca.
kalau boleh, Paah nak buat shortcut sehabis boleh. okay ? 

Paah ter-travel ke Boracay ni sebab sorang girlfriend ni yang ajak. konon nak pergi Phuket je. tapi disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, kitorang tukar plan. haha
so, kitorang berdua decide nak pergi Boracay ni dalam sebulan sebelum fly la. haha kerja gila jugak la kan. so step pertama lepas decide is book flight ticket. disebabkan this is my first time nak travel sendiri, without family, without any agents (macam pergi Vietnam tu dengan UTM), and berdua pulak tu, so semuaaa diuruskan oleh my travel partner tuu. which today is her birthday. hehe 
happy birthday Ieqah sayanggg ! (iklan jap)
dari book flight ticket & book hotel, sampai la nak check in semua. semuaaa sayang saya ni yang uruskan. haha. I tukang follow je :P

first of all, nak berterima kasih kat seseorang yang sudi bangun awal2 pagi hantar kitorang ke airport pagi tu,
dari jauh datang semata-mata nak spend time sehari sebelum & hantar ke airport. terharu sangat :')
always thankful to you :*


kita yang nak pergi dia yang semangat pakai beg segala -.-' haha

thank you jugak to my dearest girlfriend aka my travel partner sebab berjaya jebakkan kita ke kancah travelling ni. haha :P



kat sana nanti dorang pakai Philipines Peso. so, Paah dah tukar duit MYR 500 = 5500 PESO.

nanti Paah akan buat summary untuk total expenses last sekali okay. 

kitorang depart dari Malaysia dalam pukul 10 lebih macam tu(lupa dah. haha).
perjalanan amek masa 3 jam lebih jugak. so dalam pukul 1 lebih kitorang arrived Kalibo International Airport. FYI, Kalibo ni satu satu nya airport paling dekat nak ke Boracay ni. 
tapi, bila dah sampai tu, korang kena amek van/bas plak untuk ke Jeti sebelum naik feri ke Boracay Island.


bayaran van/bas : 250 peso 1 kepala (termasuk bayaran feri)
haa mencabar tak ? hahaha. perjalan van/bas dari airport ke jeti amek masa 2 jam jugak. 
so dalam pukul 3 lebih kitorang sampai jeti, amek feri (macam bot pon ada jugak) then 10 minit kemudian sampai laa jeti Boracay Island tu. nasib baik dekat je. haha
tapi dah sampai sana kena bayar lagi environmental fee sebanyak 175 peso. 
taktaw la apa tujuan fee tu. haha
lepas sampai jeti, memang banyak laa tut-tut / tricycle da tunggu korang. 
satu-satunya transport kat pulau tu is tut-tut/tricycle tu laaa. jangan berangan nak naik van dah. haha
tut-tut tu yang akan bawak korang sampai ke hotel. 
bayaran tut-tut : 100 peso (sekali gerak)

dalam 15 minit sampai la kitorang kat hotel pertama.

kitorang decide untuk pergi selama 4 hari 3 malam. so, disebabkan kitorang nak rasa 2 hotel yang berbeza, kitorang book 2 hotel. 
2 malam pertama : Tonglen Beach Resort

Tonglen ni kira not bad la senanye. tak berapa nak mewah, tapi cukup selesa dah. siap ada balkoni lagi. boleh sidai baju semua lepas mandi pantai. haha.




dalam pukul 5 petang, lepas check in semua, kitorang dah lapar sangat. haha. sebab tak makan dalam flight. nak jimat punya pasal. kitorang decide nak jalan jalan terus. padahal tak sabar nk tengok pantai sana. hee

kalau korang nak tahu, Malaysia & Boracay takde beza masa. yang beza nya, cepat Subuh & cepat malam. hehe. pukul 6 pagi dah terang, and pukul 6 petang dah gelap. 

so kitorang pon jalan merayau sampai malam (padahal baru pukul 8 dah rasa macam lewat malam)


d'market ni salah satu tempat yang banyak kedai2 souvenir & kedai makan. 
nak cari kedai makan yang halal memang susah. haha. lepas jenuh pusing2 baru jumpa 1 kedai makan kecik ni. ada signboard 'halal food'. siap ada orang Malaysia lagi tengah makan. tapi still was2 senanye. so iols order jela nasi goreng cina & teh o ais, 75 peso. akak kedai tu pun ramah, boleh cakap melayu sikit2. 


ada 1 lagi kedai2 souvenir yang lagi murah which is d'talipapa. kedai makan halal tadi area d'talipapa tu la. tapi takde snap gambar plak. hee.

bila perut dah kenyang, kitorang sambung jalan. sampai tak perasan hari dah gelap. haha.
tetiba hujan lebat turun, kelam kabut tumpang 1 kedai makan muslim ni. sembang2 dengan makcik tu, dengan anak2 dia sekali. comel je semua. nasib baik makcik tu ada jual baju hujan, 50 peso. kitorang pon beli la. sebab kitorang dah jalan jauh sangat sebenarnya. so nak patah balik hotel nanti confirm basah. haha. 

dah otw balik hotel tu, singgah 7e sebab nak beli air mineral. nasib baik ada banyak kedai area hotel kitorang. dah sampai hotel terus pengsan. haha. hari pertama dah jalan jauh macam nak patah kaki. 
baru pukul 9 malam dah rasa macam pukul 11 dah. 

masa kitorang jalan2 tu, kitorang dah book water activity untuk hari kedua. kitorang decide nak Island Hopping dulu. 
bayaran : 800 peso (tapi kitorang jumpa agen yang bagi lagi murah, 700 peso)
kalau korang nak tahu, kat sepanjang tepi pantai/kedai kedai yang kitorang jalan tadi, memang baaaaanyak sangat agents untuk watersport ni. sampai korang pun tak terlarat nak layan dorang. haha

so hari kedua, pukul 9 pagi agent tu dah ketuk pintu bilik kitorang. jemput nak gi Island Hopping. 

dari hotel, kitorang kena naik tut-tut untuk ke Bulabog Beach, 75 peso. 
kebanyakan watersport akan bermula kat Bulabog Beach ni. 
dorang akan kumpulkan semua orang dalam 1 boat lebih kurang 20 orang dalam 1 perjalanan.

aktiviti pertama, snorkeling di Crocodile Island. 





bergambar dulu sebelum terjun. haha. 
air laut dia biruuuu sangat. 
lepas 30 minit, memasing naik boat balik. nak gerak ke tempat seterusnya which is Criystal Cove Island. 
kat sini, optional kalau nak masuk ke taknak. 
bayaran : 200 peso.
kitorang decide untuk masuk. sebab nak tahu ada apa dalam ni senanye. hehe. 


ni la dia pintu masuk Crystal Cove tu. 


kat sini banyak tempat bergambar senanye. haha. 
semua tempat cantik cantik. korang dapat tengok laut dari sudut yang lawaaaa sangat. 



ni la dia keistimewaan Crystal Cove ni. 
ada 2 gua yang korang boleh turun, and mandi.
tapi kitorang malas mandi, kitorang bergambar je. hihi


kat sini dia bagi masa 30 minit jugak. 

next, kitorang akan ke tempat lunch buffet yang dorangs sediakan. kat pulau lain. 
tapi senanye tak jauh pon. 


disebabkan makanan kat sana semua meragukan, kitorang decide amek nasi dengan lauk udang goreng tepung je. haha. lapar sangat so tetap kena makan. plus, lunch ni termasuk bayaran 700 peso tadi. 

so sempat la selfie dengan married couple orang Manila ni. dorang ni baik je. naik 1 boat dengan kitorang. hehe

lepas kenyang, last stop dorang akan bawak is Puka Beach ! 
tempat yang paling kitorang nak pergi. sebab tengok dalam instagram semuaaa upload pic dekat sini. hahaha. 


tempat pertama kitorang tuju is benda alah ni. haha. 
tujuan utama : nak bergambar. sebab rare kot. mana ada jumpa tempat lain kan.


jernihhhhh sangat pantai dia >.< 


sempat laa berendam kejap kat sini. rugi tahu kalau gi jauh2 tapi tak mandi pantai sini. 
air laut diaaa memang worth it untuk korang mandi. walaupun tetengah panas terik tu. hahaha. 


nampak tak tone color air laut tu ? subhanallah. 

lepas sejam kat sini, island hopping kitorang pon selesai. 
jom balik ke Bulabog beach. dalam pukul 4.30 petang kitorang sampai ke Bulabog Beach. 
disebabkan nak jimat, taknak pening2 dengan agent tepi2 pantai tu, kitorang decide nak book watersport untuk hari ketiga terus. 
kat Bulabog Beach ni la senanye banyak company yang bukak khemah tepi pantai untuk watersports ni. amek ngan dorang terus lagi murah compare dengan agent yang nak amek untung tu. 

untuk hari ketiga, kitorang decide untuk amek 1 aktiviti je. nak jimat plus takut tak puas jalan atas darat. haha gitteww. 
kitorang decide nak try Helmet Diving.
bayaran : 500 peso

dah siap book tu, kitorang pon balik hotel. penat plus nak bersihkan badan semua.

hari dah gelap baru kitorang decide nak keluar jalan lagi. nak cari souvenir plak. awal nau. hahaha sebab takot bajet lari. so dah asing siap2. 

kat sini waktu malam memang happening, lagi lagi area tepi pantai. 
nasib baik laa hotel kitorang memang dekat ngan pantai. 5 minit jalan dah sampai. 


budak2 tepi pantai kat sana memang kreatif. dorang buat sand art mcm ni, then amek tips untuk sesape yang nk bergambar dengan art dorang tu. 
50 peso untuk 2 orang. boleh laa kan, sand art ni memang femes kat area White Beach ni. so agak rugi la kalau tak amek gambar kenangan kat sini. ye dok ? hehe
kitorang teruskan jalan kat tempat biasa, d'market & d'talipapa untuk cari souvenir. 
d'talipapa lebih murah kalau nak compare dengan d'market. 
kat sana memang femes buang mangga. mango shake stall merata-rata. so kitorang pon nak try jugak rasa kan. tak mahal pon. 50-60 peso 1 cawan besar tu, tapi memang sedap sebab pure mango. hehe. 

dah penat jalan tu, balik la hotel balik kan. kemas apa yang patut sebab esok nak check out. nak tukar hotel plak. haha. 
konon nak rasa hotel jauh sikit, sekali hotel kedua kitorang sekangkang kera je. laluan kitorang nak ke pantai je. haha. 

hari ketiga
esok pagi pukul 10 kitorang tukar hotel.


hotel ni agak mahal, tapi tak berapa nak berbaloi sangat. haha. 
wifi tak free & takde balkoni. sobss. 
tapi nasib baik enviroment lawa & staff bagus (sedapkan hati)


lepas check in, kitorang siap2 nak ke Bulabog Beach, untuk Helmet diving !
excited yet nervous. haha. 


otw to tempat helmet diving & other watersports center. 


muka cuak nak masuk air. hahaha


bila dah dalam air, tak ingat dunia. hehe. subhanallah sangat sangat. 
dapat tengok ikan nemo dekat2. rasa macam tak caya. 


time ni tengah bagi ikan makan, memang takut pun ada sebab ikan semua tuju kat kita. haha


abang selam yang teman kitorang & guide kitorang masa dlam air tu. 


tak dapat jadi astronaut, dapat jadi aquanaut pon jadi lah. haha. 

pengalaman paling best kat sini. memang berbaloi bayar 500 peso untuk semua ni. siap dapat free 1 cd yang ada gambar & video kita dalam tu. 
20 minit yang dia bagi tak cukup. haha. bila dah naik tu rasa macam nak masuk balik. 
padahal time tu dah pening pening dah sebab pressure dalam air kuat sangat. 

lepas setel helmet diving, dorang hantar kitorang balik ke Bulabog Beach. 
kitorang dah decide nak try 1 aktiviti je. so dah boleh balik ke White Beach. tujuan utama, nak mandi laut !

selama 2 hari kat sana tak sempat lagi nak mandi kat White Beach tu. pantai White Beach ni agak bahaya sebab ombak kuat. tapi air diaaaaaaaa, jernih sejernihnya. siapa boleh tahan. haha
tetengah panas tu laa kitorang mandi pantai. kuikui. 


jernih kannnnnn ? hehe

lepas siap semua, perut pon dah lapar sangat. 
otw balik hotel sempat la singgah pekena mango shake lagi. tapi stall lain plak. haha
memang kenyang minum benda alah ni, walaupun share 2 orang. 



balik hotel, rehat jap. 
petang kang nak gi tengok sunset kat White Beach.
dah 2 kali sunset kitorang melepas. memandangkan ni 2nd last day kat sini, kena pergi jugak.

dalam pukul 4 kitorang turun pantai balik. 
my partner in crime nak jalan cari Willly's Rock kat Station 1. which is paling hujunggg sekali kalau kalau susur pntai tu. (nanti next entri iols cerita details sikit pasal pulau ni eh)


tetengah jalan sempat selfie jap. sekali kena photobomb dengan mat salleh hensem siap bulu dada. euww. 


ni laa dia Willy's Rock yang di cari, macam tugu batu tetengah air pantai ni haa. 
tapi tak jauh dari pantai pon. hehe


sambil jalan sambil selfie terus nak sunset dah. memang perfect timing kitorang sampai hujung tu tahu.


cakk ! 

tetengah jalan nak balik ke hotel, bertembung dengan 2 married couple dari Malaysia ni.
kitorang naik van yang sama dari airport haritu thats why dah kenal. dorang memang sempoi. 
weolls terus ajak dorang gi jalan cari souvenir kat d'market & d'talipapa. 

dah penat jalan tu, memasing nak balik hotel memasing dah. 
kitorang pon dah tak larat nak jalan. souvenir dah cukup, so tinggal packing barang la. 
esok awal pagi nak kena check out dah.

last day !

so lepas siap kemas barang, kitorang gi breakfast dulu (termasuk pakej hotel)




ni la dia contoh environmental fee yang kena bayar tu. 
macam2 benda nak kena bayar. poning den. haha


otw to Kalibo Airport.

ticket flight pukul 2 lebih. so, dalam 12 lebih nak kena standby sana dah.


ni la dia rupa pekan kat sana. bukan lembu bawak kereta (kereta lembu) tapi kereta yang bawak lembu. haha. (tut-tut lembu. kot.)

bila nak balik dari sana, make sure korang ada spare duit peso lebih kurang 1000 peso. untuk bayaran van+feri and airport tax kat sana sebanyak 700 peso. dulu 500 peso je. sekarang dah naik. gst kot. eh ? haha



disebabkan perut asek makan maggi je kat sana, bila dah dalam flight terus tak berkira pasal duit. 
nasi lemak RM14 pon dah tak kesah dah. hahaha



not bad laa nasi lemak dia. nasib baik bayar guna ringgit malaysia, sebab duit peso den dah habissss. sobss. haha

perjalanan balik amek masa tak sampai 3 jam pon. 
pilot pecut agaknya. haha
6 lebih dah selamat mendarat kat KLIA 2.
alhamdulillah. rasa bersyukur sangat dapat balik negara sendiri. haha


sampai sampai Malaysia terus hadap jerebu. -.-'

okay done. 
fuhh panjangnyaaa story kali ni. taknak buat part-part punya pasal. nanti jenuh nak tunggu sambungan part 2. haha tu yang terpaksa redah semua dalam 1 entri. 

total expenses :
(anggaran je sebab tak ingat sangat dah haha)
-flight ticket (return) : rm 400++ (KL-KALIBO)
-hotel for 3 nights : rm 300++ (both hotels - for 1 person)
-tukar duit : rm 500

total : 1200++

okay guys. 
insyaallah next entry Paah akan story detail tentang aktiviti & tempat yang wajib korang kinjungi kat sana okay.

thank you kepada yang sudi membaca. esp yang tak habis habis suruh kita update blog. sebab dia la peminat no 1 iols. haha :P

byebye :)



















suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, July 4, 2014

Ke Vietnam Ke Kita - Hanoi (Part 1)

hai & assalamualaikum semua ! 
harini mood throwback sikit boleh ? hee nak story sikit kisah trip kami sekelas ke Vietnam awal april haritu. lama sangat dah tu kan ? haha. almaklumla, takde masa nak update blog ni haa. final year la kata kan. 

trip ni under UTM, pergi sana untuk seminggu macam tu. and the special thing is, my birthday celebrate dekat sana uolss. curlass gitew. haha. kebetulan je sebenarnya :) 

okay. disebabkan ni throwback je, kita buat 2 part je okay ? kita summarize kan terus je dalam 2 entri. haa. tapi malas nak taip panjang jugak boleh ? kita banyakkan gambar je eh. hehehe. korang pun mesti malas nak baca kann. let the pictures story. 

haa ni la jejaka2 yang join. 6 orang je. hehehe. 

haa ni semua yang join. tapi ada sorang takde dalam gambar. hehehe

okay yang ni lengkap dah. semua ada. hee. 

fyi. kitorang pergi Hanoi, bukan Ho Chi Minh. so, perjalanan atas flight dalam 2 jam lebih la. sebab Hanoi lagi jauh ke utara Vietnam compare dengan Ho Chi Minh yang dekat je dengan Malaysia. hehe

so, bila dah sampai kat Noi Bai Airport, kitorang terus disambut oleh tourist guide kitorang, yang akan bawak kitorang sepanjang kitorang kat Hanoi. 

DAY 1

ni time makan kat salah satu cafe kat airport. 

bila dah kenyang (walaupun tak kenyang sangat sebab makanan tak memenuhi citarasa tekak. haha), kitorang bertolak dari airport ke hotel. 

haa ni la bus mini khas untuk kitorang sepanjang seminggu kat sana. hee.

haaa ni la dia tourist guide kami, Tony nama glamour dia. nama vietnam aku tak ingat. haha. 

tadaa ! dah sampai hotel dah, Quoc Hoa Hotel. hotel ni kat deret2 kedai je, tapi ada 8 floors okay ! atas sekali ada gym & cafe. hee. 

okay, esok nya, bermula lah journey kami kat Hanoi ni. hee.

DAY 2

haa ni la suasana lorong depan hotel kitorang. pagi2 dah busy dah. semua nak gi kerja. hee


datang sini memang kena kejutan telinga betul. orang vietnam kebanyakannya naik motor/ skuter sebagai main transport dorang. so, kat jalan memang sesak dengan motor la citer dia. lepastu, tiap kali dorang nak warning orang lain, mesti dorang hon sana hon sini. bising weh. haha. bila kat simpang 3 or 4, lagi la semua nya nak hon orang lain. ada signal ke takde taktaw la. haha. tiap kali kitorang nak melintas jalan, mesti terkejut sebab asek kena hon je. nasib tak melatah tengah2 jalan tu. haha. 

bas comel ni la yang bawa kitorang ke setiap destinasi yang ada dalam tentatif. haa beratur ye adik adik. 







tepi jalan pun boleh bukak barber shop. haa rare tak rare ? haha





hari ke-2 memang penat. pusing pusing bandar Hanoi, lawat tempat bersejarah. sampai tak larat jalan, posing duduk tepi jalan kau. haa orang vietnam semua pandang. hahaha

DAY 3

the best days kat sini ! naik cruise & tidur 1 malam atas cruise. hee. cruise tak cruise jugak la. macam feri pun ada. tapi yang best nya, 1 cruise tu kitorang yang punya. takde campur orang lain. hee. cruise ni pusing2 area Halong Bay. tempat ni memang femes kalau datang Hanoi. cantik okay ! jom tengok ! hee

haa ni la dining table kitorang. siap dah ada chef & waiter tukang hidang lagi. hehehe. mana tak nya, kita dah bayar. ye dok ? hee

aucakk ! tuan punya blog nak jugak gambar dia sorang kan. kihkih

model-tak-rasmi. hehehe. 


ada lebih 700 bot or cruise kat sini. haa percaya tak ? hee

ni laa bilik kitorang atas cruise tu. hee. 1 bilik 2 orang, ada lebih kurang 9 bilik atas cruise ni. 


groufie kat salah satu puncak island kat situ. hee. cantik kan view ? subhanallah :)




first time kayak ! best experience ever okayyy. selamat ni takut sangat. tapi bila dah try, best ! hee. bukan kat tasik okay, tapi kat laut kott. hee. memang mencabar lah. penat memang penat tapi best. hehehe. thanks to our captain, kyrel sebab ada experia Z. haha. kalau tak, memang takde laa gambar2 atas kayak macam kat bawah ni : 

awesome view ! hee

look at their happy face :D hee

iolss takyah dayung pun takpe. ada orang tu boleh dayungkan. haha :p 

yang ni taktaw pasaipa. kata nya muka tony macam psy. haha. so dorang pun posing laa ala gangnam style -.- background cantik dah, sekali posing nya. hmm. haha

nak termuntah tak tengok gambar banyak sangat ? hahaha. okay ni baru 3 hari. kita sambung journey day 4 kat part 2 okay ! 

bye semua. selamat berbuka ! :) hee
















suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D