Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #10 - playing with colourful felt ! :D

assalamualaikum semua ! :)
harini hari Rabu kan, so segment Wordless Wednesday la macam biasa. tehee.


projek baru dalam kepala ni. hee :D


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, February 26, 2012

chicken chop best selain hutan bandar ?

hai hai salam Ahad semua ! :)

selalunya kalau orang kat JB ni nak makan chicken chop mesti pergi Hutan Bandar kan. sebab sana harganya berpatutan. sedap pun sedap jugak. just customer yang datang tu raaaaaamai sangat. haha. tempat famous macam tu la. table plak selalu penuh. siapa nak pergi sana memang kene sediakan segunung kesabaran. eh segunung ke ? failed BM dah ni. kekeke. lantak la apa pun. :B 

tapi, selain chicken chop Hutan Bandar, chicken chop Bandar Baru Uda pun best jugak. cuma tempat dia je yang biasa biasa. restoran ni macam restoran lain, bukak kat deretan kedai. kalau kat Hutan Bandar, maybe tempat dia cantik sikit la kot. hehe. 

apa nama restoran ni ?  


ni laa dia. ANGAH D&C. 


muka lapar nak makan orang. eh, tak. muka lapar nak makan chicken chop. hihi


hoyeahh dah sampai. ingatkan nak rasa grilled chicken chop. sebab ayu kata yang tu sedap. sekali dah habis maaa. so, aku pun order deep fried chicken chop. yang biasa punya & yang paling murah iaitu rm 5. 


tadi muka lapar, sekarang ni dah bertukar menjadi muka excited + lapar :P


mine & ayu. yang uniknyaa kat sini, air bandung soda nya. warna hijau ! tengok yang belah kiri tuu. haa. rasa pun sedap jugak. hewhewhew.

so lepas ni kalau mengidam chicken chop tu, takyah gi jauh jauh. kat sini pun ada. rasanya lagi dekat dengan UTM kot. hehehe. (alert buat semua bebudak UTM :P)

okay byebye semua ! :)




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, February 22, 2012

BB1M dah habis guna ke ?

assalamualaikum semuaa ! :D

ni nak tanya ni, korang dah habis guna ke baucer buku 1 Malaysia tuu ? hewhewhew. jangan tanya aku, tinggal rm50 je ni haa. hahaha. 

iklan sekejap. hihik. mempromosikan baucer je lebey~

aku beli apa je sampai tinggal rm 50 ? hahaha. entah. main sambar je apa ada dalam popular haritu. shopping dengan family kan, so campur campur laa semua barang. sekali dengan abang aku punya, rm400 kau. haa banyak tuu. haha. tapi aku guna rm 100 je. beli dua ketul buku tak-akademik-langsung ni. ekeke. lepastu, belanja adik perempuan aku satu novel melayu. belanja ? aku tak keluar duit pun ! haha. kira belanja laa tu. sanggup korban rm 20 untuk dia. ecewah -.- 


agak agak aku dah habis baca ke ? tettt ! mesti la belum. hahaha. tebal kot -.- lagipun, dah lama tak baca novel english. terkedek-kedek sikit laa nak menghabiskannya. kuang kuang~

soo, disebabkan aku ada rm 50 lagi, aku save untuk guna kat UTM sini. 


sumber gambar : SINI. 

nak guna time ni laa. haa ada pesta buku UTM nanti. tunggu 29hb nanti aku serbu DSI okay. jom join reramai ! :D tapi, kalau takde apa yang menarik untuk rm 50 aku tu, maybe aku simpan je la kot. lepastu esoknya, ajak mayam ngan mek tyah pergi MPH jusco taman u tu. beli stationary lagi bagus. hoho. tapi, kelmarin dah pergi dengan mayam kat sana, hampeh betul. apa pun takdak ! -.- banyak stok habis. nak ajak  gi kedai buku lain lah. 

okay lah. motif entri ni nak promote pesta buku ni je. kuang kuang kuang. tak sabar nak habis kan lagi rm 50. 

okay bye bye ^^, 


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D