Friday, February 17, 2012

the awesomeness of red velvet cake. yummy !

hye hye semua pembaca ! :D
semalam baru cakap pasal pavlova, harini buat benda lain plak. hee. nak resepi pavlova ? klik SINI.

so, forget about pavlova, kita cakap pasal red velvet plak. hee. sekarang ni memang musim Red Velvet Cake (RCV) kot kan. so, aku pun tak lepaskan peluang nak try. tehee :D memang sebelum balik rumah haritu lagi aku dah berazam nak buat RVC ni. teringinnnnnn sangat ! akhirnya, dapat pun buat, sebelum berangkat pulang ke UTM ahad ni. ewahh. 

okaylah. malas laa nak taip pepanjang. mata dah mengantuk, badan dah penat. jom kita layan resepi & gambar :)

tadaaa ! ni laa red velvet cake saya ! :) seronok sangat sebab jadi. alhamdulillah :')


Bahan - bahan :

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan serbuk koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk ( campur pewarna ke dalam buttermilk siap-siap), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Krim:

500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
[kalau rasa kurang manis, tambah laa gula kastor secukup rasa :P]
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk.

**Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

terima kasih kepada sepupuku, kak fizah for this recipe :)

so, ni la rupanya sebelum masuk kan ke dalam oven. aku terlebih pewarna. muahaha. konon konon nampak pudar sangat, 'eh tambah lagi lah kaler'. hamekkaw. pekat sangat dah jadinya. haha. 



dah siap letak topping & hias sikit sikit ! hee :D


 jemput makan ! nyumnyum :P

zoom sikit lapisan dalam kek ni. hee. aku buat dua lapis je. jenuh laa nak potong banyak banyak. maunya terburai kek aku, menangis weh ! haha. 



omnomnom :D hehehe. looks yummeyh ? just try it yourself :) its worth it. hee. 
selamat mencuba semua ! byebye ^^,

p/s : lucky you my dear because tomorrow you may have this ! <3 hee


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: