Friday, April 12, 2013

cream puff comel ! omnomnom :D

assalamualaikum semua !
3rd entri untuk cuti ni. phew ! time time cuti ni laa baru sempat nak update kann. hee. and maybe, ni entri terakhir untuk cuti ni jugak. malam ni balik kampung jumpa opah, esok nak pergi sri iskandar amek budak mengada tu, & ahad pagi dah nak gerak balik JB. sobsobss. hehe

siang tadi, baking dengan cousin, Auni. rumah kitorang dekat je. so, suruh dia amek aku kat rumah. hiks. sebab ada orang tu takde lesen lagi. so, kena ada orang yang jemput. hee. then, kitorang baking kat rumah dia, aka rumah pak andak ku. dah biasa dah sebelum ni baking ngan dia. hehe.

so, tadi kitorang buat apa ? emmm disebabkan malas nak fikir serabut serabut, aku suggestkan buat cream puff. yang comel comel tu. hehe. aku memang suka buat benda comel comel ni. hee. lagipun, sebelum ni tak pernah try lagi buat cream puff. so tak salah kalau kita cuba benda baru kan ? :)

nak tengok hasilnya ?


hehehe comel kann ? haa dah cakap dah tadi. memang saja buat kecik kecik. so boleh dapat banyak :D hehe


nyummmm :D


eh, kenapa ada warna purple ye ? mesti korang pelik kann. haha. selalu cream puff kan isi filling custard je. tapi tapi, kitorang saja saja nak jadi kreatif sikit tadi. haha. tengok dalam peti ais tadi ada filling blueberry lebih, kitorang pun campurkan la custard ngan blueberry tu. bila try rasa, not bad ! :) sedap gitu. hehe. 
then, tercipta la custard & blueberry filling cream puff . hiks. 

terliur tak semua ? hehe. apa kata korang try buat sendiri ? tak susah pun. serius tak tipu. hehe. 
okay. selamat terliur semua :P 
byebye :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, April 10, 2013

resepi bahulu kukus comel.

hai awak semua ! 
kita berjumpa lagi. haha. entri kedua untuk harini. tahap kebosanan semakin meninggi kat rumah ni. 
tu yang mood update blog baru nak datang. hewhew. 

haritu, ibu bagi 1 resepi ni. ibu salin kat mane tah. internet la tapi. resepi bahulu kukus. then ibu suruh laa anak dara dia ni buat. soo, ini lah hasilnya ! 


omeynyaaa. bulat bulat warna warni. haha. 


gebu memang gebu, tapi tak merekah. taktaw la resepi ni patut merekah ke tak senanye. haha. 


nyumm nyumm. tak manis sangat, tak tawar sangat. tak elok makan manis manis ni. hiks :P kena jaga kesihatan satu family jugak. sebab siapa lagi yang makan, kalau bukan diorang kan ;)

nak resepi ke ? err okay lah. aku share je. jadi ke tak jadi, tengok tangan memasing la kan. hehe

BAHAN- BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar ovelette
60 ml pati santan (aku guna susu cair je)
3/4 cawan gula kastor
pewarna ape ape aje

CARA - CARA :

1. pukul telur, gula & ovelette hingga kembang & keputihan
2. masukkan santan/susu cair. pukul lagi. 
3. masukkan tepung yang dah diayak sekali dengan soda bikarbonat
4. asingkan & letak pewarna ikut suka. 
5. masukkan dalam acuan. ikut suka laa nak masuk dalam paper cup ke, acuan apam tu ke. 
6. kukus sampai masak. around 20-30 minit. 

so, senang sangat cara nya kan ? :)
selamat mencuba. hee. 





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D