Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #10 - playing with colourful felt ! :D

assalamualaikum semua ! :)
harini hari Rabu kan, so segment Wordless Wednesday la macam biasa. tehee.


projek baru dalam kepala ni. hee :D


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, February 26, 2012

chicken chop best selain hutan bandar ?

hai hai salam Ahad semua ! :)

selalunya kalau orang kat JB ni nak makan chicken chop mesti pergi Hutan Bandar kan. sebab sana harganya berpatutan. sedap pun sedap jugak. just customer yang datang tu raaaaaamai sangat. haha. tempat famous macam tu la. table plak selalu penuh. siapa nak pergi sana memang kene sediakan segunung kesabaran. eh segunung ke ? failed BM dah ni. kekeke. lantak la apa pun. :B 

tapi, selain chicken chop Hutan Bandar, chicken chop Bandar Baru Uda pun best jugak. cuma tempat dia je yang biasa biasa. restoran ni macam restoran lain, bukak kat deretan kedai. kalau kat Hutan Bandar, maybe tempat dia cantik sikit la kot. hehe. 

apa nama restoran ni ?  


ni laa dia. ANGAH D&C. 


muka lapar nak makan orang. eh, tak. muka lapar nak makan chicken chop. hihi


hoyeahh dah sampai. ingatkan nak rasa grilled chicken chop. sebab ayu kata yang tu sedap. sekali dah habis maaa. so, aku pun order deep fried chicken chop. yang biasa punya & yang paling murah iaitu rm 5. 


tadi muka lapar, sekarang ni dah bertukar menjadi muka excited + lapar :P


mine & ayu. yang uniknyaa kat sini, air bandung soda nya. warna hijau ! tengok yang belah kiri tuu. haa. rasa pun sedap jugak. hewhewhew.

so lepas ni kalau mengidam chicken chop tu, takyah gi jauh jauh. kat sini pun ada. rasanya lagi dekat dengan UTM kot. hehehe. (alert buat semua bebudak UTM :P)

okay byebye semua ! :)




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, February 22, 2012

BB1M dah habis guna ke ?

assalamualaikum semuaa ! :D

ni nak tanya ni, korang dah habis guna ke baucer buku 1 Malaysia tuu ? hewhewhew. jangan tanya aku, tinggal rm50 je ni haa. hahaha. 

iklan sekejap. hihik. mempromosikan baucer je lebey~

aku beli apa je sampai tinggal rm 50 ? hahaha. entah. main sambar je apa ada dalam popular haritu. shopping dengan family kan, so campur campur laa semua barang. sekali dengan abang aku punya, rm400 kau. haa banyak tuu. haha. tapi aku guna rm 100 je. beli dua ketul buku tak-akademik-langsung ni. ekeke. lepastu, belanja adik perempuan aku satu novel melayu. belanja ? aku tak keluar duit pun ! haha. kira belanja laa tu. sanggup korban rm 20 untuk dia. ecewah -.- 


agak agak aku dah habis baca ke ? tettt ! mesti la belum. hahaha. tebal kot -.- lagipun, dah lama tak baca novel english. terkedek-kedek sikit laa nak menghabiskannya. kuang kuang~

soo, disebabkan aku ada rm 50 lagi, aku save untuk guna kat UTM sini. 


sumber gambar : SINI. 

nak guna time ni laa. haa ada pesta buku UTM nanti. tunggu 29hb nanti aku serbu DSI okay. jom join reramai ! :D tapi, kalau takde apa yang menarik untuk rm 50 aku tu, maybe aku simpan je la kot. lepastu esoknya, ajak mayam ngan mek tyah pergi MPH jusco taman u tu. beli stationary lagi bagus. hoho. tapi, kelmarin dah pergi dengan mayam kat sana, hampeh betul. apa pun takdak ! -.- banyak stok habis. nak ajak  gi kedai buku lain lah. 

okay lah. motif entri ni nak promote pesta buku ni je. kuang kuang kuang. tak sabar nak habis kan lagi rm 50. 

okay bye bye ^^, 


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wordless Wednesday #9 - new semester begins.

hye and assalamualaikum semua ! :)



may this semester brings joyful moments and success. 
Aminn.


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, February 17, 2012

the awesomeness of red velvet cake. yummy !

hye hye semua pembaca ! :D
semalam baru cakap pasal pavlova, harini buat benda lain plak. hee. nak resepi pavlova ? klik SINI.

so, forget about pavlova, kita cakap pasal red velvet plak. hee. sekarang ni memang musim Red Velvet Cake (RCV) kot kan. so, aku pun tak lepaskan peluang nak try. tehee :D memang sebelum balik rumah haritu lagi aku dah berazam nak buat RVC ni. teringinnnnnn sangat ! akhirnya, dapat pun buat, sebelum berangkat pulang ke UTM ahad ni. ewahh. 

okaylah. malas laa nak taip pepanjang. mata dah mengantuk, badan dah penat. jom kita layan resepi & gambar :)

tadaaa ! ni laa red velvet cake saya ! :) seronok sangat sebab jadi. alhamdulillah :')


Bahan - bahan :

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan serbuk koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk ( campur pewarna ke dalam buttermilk siap-siap), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Krim:

500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
[kalau rasa kurang manis, tambah laa gula kastor secukup rasa :P]
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk.

**Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

terima kasih kepada sepupuku, kak fizah for this recipe :)

so, ni la rupanya sebelum masuk kan ke dalam oven. aku terlebih pewarna. muahaha. konon konon nampak pudar sangat, 'eh tambah lagi lah kaler'. hamekkaw. pekat sangat dah jadinya. haha. 



dah siap letak topping & hias sikit sikit ! hee :D


 jemput makan ! nyumnyum :P

zoom sikit lapisan dalam kek ni. hee. aku buat dua lapis je. jenuh laa nak potong banyak banyak. maunya terburai kek aku, menangis weh ! haha. 



omnomnom :D hehehe. looks yummeyh ? just try it yourself :) its worth it. hee. 
selamat mencuba semua ! byebye ^^,

p/s : lucky you my dear because tomorrow you may have this ! <3 hee


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, February 16, 2012

the awesome taste of pavlova.

hye hye hello semua readers ! :D
dah nak dekat seminggu tak update blog. rasa macam setahun pun ada. ecewahh (nak amek hati)

minggu ni memang terasa nak bake macam macam. red velvet cake, pavlova, lagi ? eh tu je. haha. ingatkan takde harapan dah nak buat pavlova. sekali, tadi main romen romen (eh typo plak, komen komen :P) dengan kazen kat fb, tetiba timbul idea nak buat pavlova sama sama. at her house. hee. tak jauh pun dari my house :P so, straight away pergi rumah dia. muahaha. pavlova punya pasal okayyy ! hehehe

( satay dah sampai ! rehat sebentar bersama satay ! hehehe )

after one hour......

hye im back ! hehehe. lama sangat makan. menikmati sungguh :B 

okay jum kita sambung. nak resepi tak ? hee. eh, before that. jum tengok gambar dulu. hee


baru masuk oven tapi dah excited tahap tak ingat okayy. tapi kene tunggu satu jam -_____-


tadaa ! dah siap dah meringue nyaa. alhamdulillah, jadi :) rasa mcam nak ketuk ketuk je. haha


dah siap letak topping ! and hias dengan buah. hee. but unfortunately, topping nya tercair. hehehe. ada masalah teknikal sikit :P 


okay, sebenarnyaa dah malas nak taip panjang panjang. kita tengok resepi okay ? :)

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. 

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.  

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).  

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

sumber resepi dari google. sorry dah lupa ambil kat mana. hee

kalau nak cari resepi lain pun boleh. google je. confirm banyak ! :)

so, selamat mencuba semuaa ! :) hee. 

red velvet is waiting for me tomorrow ! :D hehehe. 

byebye semua !





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, February 10, 2012

sayang mama sampai bila bila :')

assalamualaikum semua. 
salam jumaat juga. hari penghulu segala hari :)

tadi, terbaca satu artikel kat facebook. biasa la, macam macam artikel orang share kat fb tu kan. jom baca story ni :


KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN! 

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.



Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".



*istighfar panjang panjang* ada jugak ibu macam ni kat dunia ni eh ? satu lipstik kecil punya pasal, anak kecil yang tak tahu apa apa tu yang kene balun ? nak ajar anak boleh. tapi berpada-pada la. jangan melebih lebih. tengok kan dah macam ni jadinya kan. sesuka hati je nak pukul anak tu sampai lunyai. sampai boleh bawa maut ? lagi tak patut. 

walaupun aku belum jadi ibu lagi. one fine day i will be a mother. harap harap aku tak jadi ibu yang tak berprikemanusiaan macam ni. dah penat mengandung 9 bulan angkut ke sana kemari, senang senang nak sakitkan dia ? hoho. 

okay lah. tak tahu dah nak cakap apa. sebab aku belum ada experience jadi ibu lagi. tett ! haha. ibu kepada anak anak kucing kat rumah ni dah biasa sangat. huahuahua

byebye semua ! ^^,

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #8 : just one ringgit for health.



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

apam comel mel mel :D

first try :



second try : 



hye semorang ! hewhewhew
harini aku nak update pasal makanan lagi. hee. ada seorang kawan sekolah minta resepi apam comel ni haa. dia ada buat, tapi dia kata macam tak naik sangat apam comel dia. so, aku pun nak share la resepi apam comel aku :) sebenarnya, aku dah pernah share dah resepi apam ni masa first try atas tu. hihi. kalau nak baca, klik SINI. tapi, disebabkan kerajinan yang amat, aku copy & paste balik resepi tu kat sini yee. hihi. 
nah fiq, resepi ni khas untuk kau :)

bahan-bahan :

120gm tepung kek
240gm gula kastor
250gm telur
1 sudu teh ovalatte
1 sudu teh glycerin
pewarna yang secukupnya ( sukahati korang la nak warne apa :P)

cara - caranya :

1. putar tepung kek, gula kastor, telur, ovalatte & glycerin sehingga kembang.
2. ambil sedikit bancuhan & warnakan mengikut kegemaran korang. masukkan ke dalan beg paiping.
3. masukkan bancuhan selebihnye ke dalam beg paiping & paipkan ke dalam cawan kertas.
4. paipkan sedikit bancuhan berwarna tadi ke atas adunan cawan kertas mengikut kreativiti. 
5. last sekali, kukus selama 8 - 10 minit.
6. hidang & dah siap ! :)

kalau korang nak taw, second try yang aku buat tu, TERlebih telur. hihihi. so, bila dah masak tu, ada bau telur sikit sikit. so, kalau korang jadi macam aku ni, letak la esen vanilla sikit ye. :) sampaikan adik aku yang bongsu tu panggil apam ni apam telur. kurang asam betul -.-' haha. tapi tapi, rasa dia still maintain okay (cover cover. haha) 

resepi ni senang sangat. bahan sikit, cara pun senang je. main masuk masuk campur campur kacau kacau. haha. dah siap. sekarang ni ramai dah makin advanced. aku search kat laman sesawang (ceh bajet nak baku), tak main dah apam polka dot. ramai buat apam angrybird lagi tahuu. haa. apam ladybird pun ramai yang buat. semuanya bird bird lah ! :B 

okay lah. bagi korang yang nak try tu, selamat mencuba ! :D hee. kalau jadi, respon kat sini okay ! nak tahu jugak korang punya jadi ke tak, cantik ke tak, ada bau telur ke tak. hahaha. okbai ! :P



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Tuesday, February 7, 2012

sepetang di bagan lalang

assalamualaikum guys ! :D

post kali ni, nak story pasal satu beach yang baru developed & dah jadi lebih cantik dari sebelum ni. kat mana ? Bagan Lalang Beach :) kat mana bagan lalang ni ? err lebih kurang 15 km dari pantai morib. haa. pantai morib mesti korang biasa dengar kan :) so kalau nak tahu lebih lanjut, sila la cari encik google ye ! hehe :P 

for me laa kan, pantai bagan lalang ni cantik & selesa. angin sepoi sepoi bahasa tahap paling masyukk ! sebab tu ramai main layang-layang kat sini. tapi aku tak sempat nak main semalam, sebab sampai agak lewat petang. hihi. tapi hati ni meronta-ronta betul nak main bila tengok orang lain main. haihh. takpela, ibu cakap lain kali boleh datang lagi :) yay yay yay ! can't wait :D air laut dia pun bersih taw. so siapa yang suka mandi laut tu, boleh la try kat sini pulak lepas ni. hee. 


awesome view aite ? :)


seronok main lompat lompat berlatarbelakangkan sunset ! wehuuu ! 


okay jangan tanya ni gaya apa -.- HAHAHAHA


love love love <3


eh ? err love ke tu ? dah macam gaya makhluk yang bergayut kat pokok tu je :P hihihi. 


snap by me. sebab tu aku takde terkinja kinja sekali ! haha. 


tak boleh lepaskan peluang capture this beautiful moment. sunset. i loveeeee to watch sunset. subhanallah !


Lonely there, hoping that you will be by my side. One day. For sure. Aminnnn :)


muka aku lagiiiii. muahaha ! blog aku, sukahati aku la nak letak gambar aku banyak mana pun kannn :P


my lovely beautiful ibu :)

last picture from me :


sepetang di bagan lalang, 2012. 

itu sahaja untuk entry kali ni. hee. ibu, nak pergi sini lagi boleh ? :) kalau boleh nak tidur kat resort sebelah tuuu. satu malam punnnn jadi la. hehe. baru boleh feel habis spend time kat pantai kan ? 

bye bye bye ^__^


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, February 5, 2012

this little kiddy,

tahun 1995. masa tu aku baru EMPAT tahun. begitu kecil rasanya time tu kan. hihi. baru pandai kencing berak sendiri. baru pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri. tapi kalau tengok budak sekarang ni, mungkin lagi cerdik kot. cerdik dengan gadget gadget terbaru sekarang ni. almaklum laa, zaman dah moden kan. budak empat tahun sekarang ni, dah main touch touch je. haha. main ipad, psp segala bagai. ish ish. *geleng kepala* hehe :P

eh panjang pulak mukaddimah aku. okay la, nak dijadikan cerita, masa umur aku baru nak masuk 4 tahun, ayah & ibu tanya, nanti kak ngah (panggilan family) nak tadika kat mana ? kebetulan pulak masa tu kitorang dalam kereta, otw nak pergi manatah. tak ingat. then aku ternampak satu tadika bawah jambatan dekat dengan stesen komuter teluk pulai. aku pun terus tunjuk tadika tu. padahal, aku taktaw pun tu tadika apa, nama apa semua. haha. then, bila dah masuk umur empat tahun, parents aku daftar kan kat tadika tu. nak tahu tadika apa ? TADIKA SRI KENANGA. tadika cina kottt. hee >.< dah la baru empat tahun. terkedek kedek laa aku nak adapt ngan kawan kawan cina, cikgu cina. haihh haha. sumpah aku tak hingat sangat da :P sampai umur aku enam tahun  aku belajar kat sana. tapi masa umur lima tahun, daftar masuk tadika islam jugak. hehe. takkan takde asas islam langsung kan. hee. so nak dijadikan cerita, masa aku umur 5 & 6 tahun, aku tadika pagi petang. haha. baru tadika kot. bukan sekolah rendah. hee. 

but now, TADIKA SRI KENANGA tu dah takde. sobss. dah tutup. hee. sepanjang 3 tahun kat sana, aku belajar bahasa mandarin & english. sebab nak communicate dengan kawan kawan & teachers. tapi, bila dah masuk sekolah rendah, lupa dah bahasa mandarin yang aku belajar. muahaha. rugi gila -.-' 

kenapa aku story pasal benda ni ? mesti korang bosan gila baca cerita aku ni kan. haha. this is because, malam semalam, ibu kemas kemas satu sudut tu, banyak dokumen dokumen penting. sekali, tadaaa ! jumpa ni :


muahaha. PROGRESS REPORT. kasi ZOOM sikit :


haa nampak ? tahun 1995. hahaha. 

gila dah lama kot benda alah ni. macam mana laa ibu boleh simpan lagi. hehe. semalam masa tengok balik, excited gila aku. selama 16 tahun benda ni tersimpan kat dalam rumah ni. ekeke. antik kot ! :P 

kita tengok sikit dalam report ni ada apa. hee


hahaha. okay segan. *tutup muka dengan bantal*

kalau korang nak tahu, masa umur aku 5 tahun, aku ada berebut seorang budak lelaki cina ni. berebut dengan seorang budak perempuan cina. siap main tarik tarik tangan okay ! aku tarik tangan kanan laki ni, budak perempuan tu tarik tangan kiri laki ni. haha. sebelum korang fikir ape ape, baik aku cabut dulu ! hahaha okbai ! *blushing blushing*


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D