Saturday, April 30, 2011

bila mood study tak datang,

nak tanya kat korang korang laa. pernah tak mood study korang tak datang datang ? mesti pernah kann ? mesti punyaa. :P tawu dah. hehe. selalu kalau takde mood nak study, korang buat apa eh ? main game ? mungkin. makan ? mungkin jugak. tidurr ? mesti ramai punyaa. hehe. nak tahuu aku buat apa kalau takde mood nak study ? tadaaaa !


bergambar tak tentu hala ! haha.


spot the difference ! :P

haa. yang kat atas ni laa, keje aku kalau takde mood nak study. hoho. gedik tak gedik takk ? ahhh. peduli ape aku ! hehe :P actually, kalau bosan, ni bukan main thing yang aku buat. aku lagi prefer tidur, or makan. muahaha. tapi tapi, tadi dah takde keje sangat. & baru lepas tengok video tutrorial hijab macam macam fesyen. hee. tengok kat you tube. ;D tu yang terdorong nak beregek. beregek = berhias. beregek tu bahasa ibu aku. tak tahu lah kalau korang ade maksud lain. hehe. :P
*credit to maryam's android for all those piccy. hee :)

sebenarnye kan, saya nak post pasal lain. hee. yang atas tuu gimik je. :P poyo je. haha. ni ni tengok ni :


saya & awak

awak, happy 6th anniversary.
dah enam tahun. hope kekal sampai ke tua okay. :)
sampai akhir hayat saya & awak. insyaAllah.


sedih nyee tak dapat celebrate kan. kalau ada peluang celebrate, saya nak bagi awak cupcakes macam ni.



comel kan ? wuu. ada 6 ketul. awak imagine la atas cuppies tu ade tulis :
I U
F F
cukup la 6 ketul kan ? mean dah 6 tahun kita bersama. tehee. :D imagination je laaa. okay dah. saya dah merepek lebih. -.-'' dah ngantok sebenarnye ni. hee.


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, April 29, 2011

hargai lah orang yang sayang kan kita. :)

haritu, ada sorang friend kat fb post this video lagu ni kat wall dia. then tergerak la hati nak dengar lagu ni. memang touching habis la lirik dia. huhu. :')
kalau kita dah sayang seseorang tuu, apa pun kita sanggup buat kan ?
even berkorban masa dan cinta kita walaupun orang tu dah tak boleh respond kat kita lagi.
cube korang layan lagu ni. hayati lirik dia okay :)

what are words - chris medina.
video

nah i bagi lirik dia kat you all.

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

I'm forever keeping my angel close

sedih kan sedih kannn ? wuu :'( *tak tahu lah kalau ada yang kebal hati tak rasa sedih kannn* hee. :P actually, video ni dia dedicate untuk tunang tersayang diaa. but, yang paling sedih nyee, tunang dia tuu dah lumpuh separuh badan sebab accident. kesiaaaaaaan. so sampai sekarang dorang belum kahwin lagi. dia laa yang jaga tunang dia. makan minum tunang dia semua laa. nak tahu lebih lanjut, korang tengok video ni. KLIK SINI. :') setia sangat dia ni kann. kalau lah orang yang korang sayang macam this guy, sanggup buat apa saja, sayang lah dia sepenuh hati korang okayy. hargai lah dia. :)

moral of the story : ingat lah orang yang tersayang. :)








suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, April 24, 2011

best of luck :D

hari ni, ahad dah. last day of study week. wuahahaha. esok dah start paper ! :O homaigooooood. dah ready ke aku ? entah laaa. tawakkaltu ala allah. :)

untuk semuaaa, yang nak final dah. good luck okenggg !


best of luck my dearest friends -> my coursemate 1-SGS ;D
kite doa untuk semuaa sama sama okayh ! :)


good luck my faculty-mate. ;D


good luck my UTM-mate. :D


good luck all my friends wherever you are. :)


wish you all the best ! nah amek gajah sekoq ! hehe.

bismillahitawakkaltualallah.
what you give, you get back.


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

zaskia sungkar dan irwansyah - i miss you



yess. i miss you.
& i dedicate this to you, my boy. :)
eventhough i have to sacrifice within this exam weeks. yes i know.

tolonglah cepat habis exam weeks ni. :'(

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Saturday, April 23, 2011

rindu mereka lahhh !

huwaaaaa :'( dah lama tak balik rumah !! huu. rindu ibu, rindu ayah, rindu ufin, rindu rumah, rindu semuaaaa lah. tak sabar nak habis final lagi 2 minggu neh. -.-' huhu. ehemm back to the main point. taknak cakap pasal final. boleh jiwa kacau wooo. T_T


okay. yang ni the head of my family. eheh. kenalkan, encik Ishak atau glamour dengan nama pak sahak. hehe. tapi k.ngah tak rindu ayah sangat. k.ngah rindu ibu lagi. haha. sorry ayah. :P
*garang tak muka pak sahak kita ? heheh. cuak tak cuak. :P


haa yang ni the head of my siblings. (erk, main tibai je english aku neh. haha) abang sulung aku yang poyos habis ! haha. :P rindu abang ke ? sikit laa. hehe. nanti dah praktikal belanja k.ngah tawuu. jangan lupe ! muahaha.


okay k.ngah rindu qila. (pengakuan berani mati ni ! haha ) rindu sikit je nokkk. jangan perasan lebih okay. haha. tapi k.ngah tawuu qila lagi rindu k.ngah kan ? tawu dah. :P
*dia ni kakak sebenarnye. aku yang adik. *okay tipu. :P hehe


eh siapa tuu ? yang omey omey tuu. belah kanan taw, bukan kiri. haha. *perasan lebih pulak. -.-' okay yang belah kiri tu lagi comel. tahuu. :) tak caye tengok gambar bawah ni :


haa kan dah cakap ! omey nye diaaa. haha. rasa cam nak tampaq je muke ufin neh. xD jahat punye kakak. tapi ufin tawuu angah baik kann kan ? lagi baik dari alang tuu. haha. :P


finally, here comes the person i hearted & i missed most ; my lovely mom. :) hee. sama tak muka kami ? haha. ibu cantik, anak pun cantik jugak kann. teetttt ! haha :P k.ngah rindu ibu. :') tak sabar nak balik rumah ! nak makan masakan ibu. huu.

dua minggu lagi ! hee.


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Tuesday, April 19, 2011

seriously

You know how much i miss you, don't you ?
I miss you.
Not in some cheesy, lets hold hands and just be together forever way.
I just miss you. Plain and simple.

I miss your presence in my life.
I miss you always being there for me.
I miss YOU.



okayy, malam ni saya sangat jiwang & jiwa kacau. sebab apaa ? sebab diaa. *sigh.
takpelah. sukati aku lah nak jiwang ke, emo ke, ape ke. yang penting aku happy. -,-
penat kalau dah jiwa kacau ni tawuu. tapi nak buat macam mana.
sabarlah yee wahai hati.
and i miss you still.

tidur nanti peluk kain awak kuatkuat.
supaya awak datang dalam mimpi saya.


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, April 10, 2011

budget travel survival. -.-

tengok tajuk tuu wehh. haha. yesterday, i went to singapore for the first time. :) trip ni dengan budak budak kelab teater. ni second event kitorang laa after pergi Istana Budaya tengok teater musikal last month. tapi tapi, yang ni memang pakai duit woo. ye lah, nak buat group passport lagi, sewa bus lagi. wooshh. habis kene bayar rm80. lepastu, kene convert duit lagi. RM to dollars. semuaaaa nak duit. -.- sabar je laa. dah last last sem ni semua orang dah pokai tawuu. sebab tuu lah ayah aji namakan trip ni budget travel survival. hoho. sebab semua orang dah rungut takde duit. plus, kita pergi ke tempat orang, yang matawang dia lagi tinggi 2 kali ganda dari kita. so kene lah pandai pandai budget perbelanjaan masing masing kann.

okay lah, cukup lah explain pasal tajuk tuu. hehe. ni nak citer trip kami masa dekat sana. :)
firstly, kitorang sampai kat MERLION CITY. dekat sini, ade esplanade mall, dengan ape ape lagi tah. lupe plak. -.-' hehe.












lepastu, tengah hari pergi CHINA TOWN, ade setengah jam nak shopping. lebih kurang macam jalan TAR jugak la. banyak kedai kedai kecik2. hee. tapi takde snap gambar pun. sebab busy shopping. oupss salah, saya busy teman maryam & tya shopping. hehe :P
dah penat shopping ( window shopping untuk saya ) , ayah aji bawak kitorang pergi arab street untuk lunch & solat zohor. kitorang makan dekat Zam Zam Restaurant. not bad lah nasi beriyani dorang. lembut sangat. harga pun okay lahh. :)
dah kenyang perut & tunaikan perintah yang wajib, kitorang gerak ke SENTOSA ISLAND plak. sampai sampai je kat sana, terpampang besar tulis SENTOSA ISLAND-ASIA'S FAVOURITE PLAYGROUND. tapi, bile fikir tengah takde bajet sangat, terpaksa lah kurangkan rasa eksaited. -.- hehe
kat sini, kitorang boleh pergi & main je apa kitorang nak. tapi semua berbayar laa. semua benda kene bayar kott. haha. saya & kawan kawan pun pergi la pantai, SILOSO BEACH. sebab masuk sini tak payah bayar. free admission. hee. :D tapi tak mandi pun. just duduk duduk tepi, tengok orang ramai, nikmati alam sekitar. hee. sambil snap snap gambar. heheh. ade 3 orang je yang mandi. yang lain picnic kat tepi je. :)









dah puas main kat pantai, kumpul dekat fly tower*kalau tak silap laa. hehe. malam tu nak tengok songs of the sea. benda paling murah dalam sentosa island ni which is ten dollars. -,-' haha. just imagine game yang lain lain pulak. hoho. xD ni tengok gambar yang aku curi curi snap masa tonton show ni. :)








*kalau tengok semua ni secara live lagi cantikk ! ;DD

habis je songs of the sea, habis la trip kitorang untuk satu hari tuu. dalam pukul 9.30 malam, dah gerak balik dari negara orang, singapore. :) kesimpulannya, trip ni sangat sangat best bersama sama ahli kelab teater semuaa. :) tapi tapiii, tak puas sebab tak dapat shopping byk. -.-'' kawan kawan, nanti kite pergi lagi ehh ? hee. bile ade duit nanti. haha. :P

ouhh lupe. thanks to faeznur, maryam, tya, ammar, as'ad & firdaus. :) had a lot of funs with you guys ! xoxo.

penat dah taip panjang lebar. hehe
sorry guys sebab penat nak baca. :)
& i love you, faizal.



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, April 6, 2011

memang angan angan mat jenin. -.-

ni baru nak cerita pasal my birthday, 3rd april yang lepas. lambat sikit buat post sebab ade hal yang tak dapat dielakkan mengganggu emosiku. haihh. takpelah. lupa kan pasal ni. ni nak cerita, what happened on 3rd april haritu. & before that, this year punye celebration is so-so. compare to last year lah kan. semua nyaa biasa biasa je. tapi i want to thank all my lovely friend sebab still berusaha to make me happy on my birthday. i got a fluffy elephant. a blue-pink elephant. so cute tawuu. >.< so i named it gabi = gajah biru. haha. tapi macam nak tukar nama lain jee. ekeke. :P a friend gave it to me. comel je.

on 3rd april, my friends ajak hang out. we went to :

1. LOST MALAYA

first week in every month, kat sini ade buat car boot sale. ni first time aku sampai sini. :) tapi kitorang tak beli ape ape pun. hehe. window shopping jee. :P



ber-backgroundkan bangunan LOST MALAYA.

2. CITY SQUARE

macam biasa la kalau datang sini. window shopping jugak. sebab nak shopping takde bajet. haha. jalan jalan tak tentu pasal je kat sini. bila penat, duduk & tengok orang ramai yang bermacam ragam & gaya. haha.
*sorry kat cs tak snap gambar pongg. hehe

3. ROOST CAFE

dah kali keberapa dah sampai sini. tempat lepak favourite kitorang. hehe. bila jalan kat bandar, mesti singgah cafe ni. lepak minum. snap snap gambar. haha. tu laa keje kitorang. :P



im wearing flower ring & bracelet given by my syg. :)

saya nampak sangat tembam. -_-

my awesome friends :)

tiba tiba birthday girl gedik nak snap gambar macam model. -,-'

thanks guys for an awesome day. walaupun takde hadiah or cake from u guys, but this is a present for me. :) thanks guys.
after 12 midnight malam tuu, tiba tiba kene calit kek kat muka. ni semua keje tya & maryam. & berkomplot dengan ammar ( budak kelas teater kitorang) kata nye. haishh. korang ni. memang mengada kan. haha. suke main calit calit kek kat muke. anyway, dapat jugak aku a slice of choc indulgence kan. walaupun dah penyek & tak sejuk. HAHA. kelakar lah korang ni. cubit pipi sorang sorang baru tawuu. :P


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, April 1, 2011

the 4th month in every year.

hari ni masuk 1 april dah. pejam celik pejam celik, kejap je dah masuk bulan ke-4 tahun 2011 kan. :) aku ada satu cerita nak cerita kat korang. tiba tiba teringat sebab hari ni 1 april kann. hee. masa aku tadika dulu, aku masuk tadika cina. since 4 tahun. hee. tadika islam pun ada jugak. just ayah saje nk bagi aku masuk tadika cina tuu. then masa aku 5 tahun, ada sorang girl ni nama diaa APRIL. comel tak ? hehe. orang nya pun comel macam nama dia jugak. aku rapat la jugak dengan april ni. aku tertanya tanya la, nape nama dia april eh ? takde nama lain ke mummy dia nak bagi ? haha.

then tiba la tarikh 1 april masa tuu, masa masuk kelas april ni pakai baju lain dari yang lain. patut nya budak budak tadika mesti ada uniform kan. ni dia pakai dress lain. comel je. macam princess. hehe. aku tanya la dia, 'April, why did you wear this dress instead of uniform ?' (nak poyo habis speaking. sila lempang saya sekarang ! haha ) sekali dia jawab la, 'today is my birthday'. haa ? then nape nak kene pakai dress ? aku dah pelik sorang sorang kat situ. sekali waktu recess, madam ling ( kalau aku tak silap laa. hehe ) bawak masuk kek letak atas meja kat depan kelas. ohhhhhh ! (panjang la oh aku time tuu. haha ) baru aku tahu, april nak celebrate birthday dia dengan kitorang. hee. dengan semangat nya kitorang nyanyi lagu 'happy birthday' untuk dia. patut la dia pakai baju lain dari yang lain. hehe. && patut laa nama dia APRIL. sebab dia lahir masa hari first dalam bulan april. mummy dia dah takde idea lain kot time tuu. haha. jahatnye mulut aku. ( pang seliang ! ) comel ape nama April. kan kan ? ;PP

selang 2 hari lepas tuu, ada sorang lagi girl pakai baju lain dari yang lain macam April ni buat. dia pun bawak kek jugak gi kelas. siap tangkap gambar dengan kawan kawan satu kelas lagi. dia la yang ganjil dalam gambar tu sebab pakai baju warne lain. gedik tak gedik takk ? -.-' HAHA korang boleh agak tak siapa girl tuu ? tetttt ! no comment. haha xD

ooohh terlupa ! happy birthdayy, April ! have a blast.
we haven't met for 14 years since we finished our kindergarten-hood.
wish you all the best. :)
walaupun aku tahu dia tak kan baca blog aku. haha. :P peduli apa !


bila tengok balik gambar gambar masa tadika dolu dolu,
tiba tiba rindu kat semua.
rindu kat cikgu cikgu, & kawan kawan.
wo xiang ni, April. :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D