Friday, April 12, 2013

cream puff comel ! omnomnom :D

assalamualaikum semua !
3rd entri untuk cuti ni. phew ! time time cuti ni laa baru sempat nak update kann. hee. and maybe, ni entri terakhir untuk cuti ni jugak. malam ni balik kampung jumpa opah, esok nak pergi sri iskandar amek budak mengada tu, & ahad pagi dah nak gerak balik JB. sobsobss. hehe

siang tadi, baking dengan cousin, Auni. rumah kitorang dekat je. so, suruh dia amek aku kat rumah. hiks. sebab ada orang tu takde lesen lagi. so, kena ada orang yang jemput. hee. then, kitorang baking kat rumah dia, aka rumah pak andak ku. dah biasa dah sebelum ni baking ngan dia. hehe.

so, tadi kitorang buat apa ? emmm disebabkan malas nak fikir serabut serabut, aku suggestkan buat cream puff. yang comel comel tu. hehe. aku memang suka buat benda comel comel ni. hee. lagipun, sebelum ni tak pernah try lagi buat cream puff. so tak salah kalau kita cuba benda baru kan ? :)

nak tengok hasilnya ?


hehehe comel kann ? haa dah cakap dah tadi. memang saja buat kecik kecik. so boleh dapat banyak :D hehe


nyummmm :D


eh, kenapa ada warna purple ye ? mesti korang pelik kann. haha. selalu cream puff kan isi filling custard je. tapi tapi, kitorang saja saja nak jadi kreatif sikit tadi. haha. tengok dalam peti ais tadi ada filling blueberry lebih, kitorang pun campurkan la custard ngan blueberry tu. bila try rasa, not bad ! :) sedap gitu. hehe. 
then, tercipta la custard & blueberry filling cream puff . hiks. 

terliur tak semua ? hehe. apa kata korang try buat sendiri ? tak susah pun. serius tak tipu. hehe. 
okay. selamat terliur semua :P 
byebye :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, April 10, 2013

resepi bahulu kukus comel.

hai awak semua ! 
kita berjumpa lagi. haha. entri kedua untuk harini. tahap kebosanan semakin meninggi kat rumah ni. 
tu yang mood update blog baru nak datang. hewhew. 

haritu, ibu bagi 1 resepi ni. ibu salin kat mane tah. internet la tapi. resepi bahulu kukus. then ibu suruh laa anak dara dia ni buat. soo, ini lah hasilnya ! 


omeynyaaa. bulat bulat warna warni. haha. 


gebu memang gebu, tapi tak merekah. taktaw la resepi ni patut merekah ke tak senanye. haha. 


nyumm nyumm. tak manis sangat, tak tawar sangat. tak elok makan manis manis ni. hiks :P kena jaga kesihatan satu family jugak. sebab siapa lagi yang makan, kalau bukan diorang kan ;)

nak resepi ke ? err okay lah. aku share je. jadi ke tak jadi, tengok tangan memasing la kan. hehe

BAHAN- BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar ovelette
60 ml pati santan (aku guna susu cair je)
3/4 cawan gula kastor
pewarna ape ape aje

CARA - CARA :

1. pukul telur, gula & ovelette hingga kembang & keputihan
2. masukkan santan/susu cair. pukul lagi. 
3. masukkan tepung yang dah diayak sekali dengan soda bikarbonat
4. asingkan & letak pewarna ikut suka. 
5. masukkan dalam acuan. ikut suka laa nak masuk dalam paper cup ke, acuan apam tu ke. 
6. kukus sampai masak. around 20-30 minit. 

so, senang sangat cara nya kan ? :)
selamat mencuba. hee. 





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

assalamualaikum semua ! 

16 Mac yang lepas, birthday dia. 3 April yang lepas, birthday saya. 

then, masa birthday dia, tak sempat nak belikan kek. just makan makan kat seoul garden je. hee. so, i promise to him nak buat kan kek time cuti ni. alang alang tu, sekali dengan kek birthday aku la. haha. sedih tak bunyi ? buat kek birthday untuk diri sendiri -.- hehe. tapi takpe la kan. so, aku sekalikan laa, birthday kek untuk saya & dia :) 

this picture taken on his birthday :)

dalam bulan April, ada 4 orang celeb birthday dalam class saya. which is me, Waniey, Adli & Lah. tapi, im the 'kaklong' because i was born on 3rd, Waniey & Lah on 8th, & Adli on 10th April. haha. 

so, before kitorang balik cuti sem haritu, baby baby April ni konon nak celeb bday sama sama la. pre-celeb gitu. hehe. and thanks to sayangku fuza sebab nak belanja kitorang kek. hee. tapi, kitorang demand nak kek kat Salsabila Cafe. haha. mengada betul kann. sebab kat situ ada rainbow cake :D hiks. takmau dah SR sebab kat SR takde rainbow cake. jom tengok gambar kitorang. hee. 


auwww so colourful aite ? :D minta lilin je kat akak tu, tapi dia siap bagi word 'happy birthday' tu lagi. hee


peace ! me with the very wonderful rainbow cake. hee


eh, dia pun ada. hehe. of course dia wajib ada :)


konon konon suap la tu. hehe


fuza, me & waniey. sayang awak semua. memuahhxx ! :* hee


yeahh ini laa dia, April trio babies. haha. tapi Lah takde sekali :)


thank you sayangku fuza for the cakes :*


perut dah penuh rainbow cake, muka dah happy, yang tudung merah tu excited nak tunggu pukul 12 malam. hehe. :P






eh, ada lagi pic saya rupanya. tuan punya blog aka birthday girl kena letak lebih sikit muka dia. haha. 

takyah nak birthday girl sangat Paah. dah belated dah punn. hehe

so, semalam, baru laa sempat buat kek untuk diri sendiri & untuk dia.  

tadaaa ! 


Happy Belated Birthday Farhah & Idan !
anyonyonyo huduhnyaa kek ni. hahaha. siapa laa yang buat ni -.- 


edit edit sikit, upload kat stegrem. perkara wajib nyahh. :P

sweet 22 to me & you, sayang. hiks. 

terima laa kek kita yang 'cantik' ni. haha. 

okay. that's all kawan kawan. entri yang sepatut nya 4 april dah update, tapi harini baru sempat. ekeke. 
nak resepi ke ? eh takmo takmo. tak sedap pun ni. hahaha. nanti aku update resepi bahulu kukus okay ? :)
stay tuned. thanks for reading ! :* 



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D