Thursday, May 12, 2011

puding roti yummy ♥

tadi kan tadi kann, tengah duduk duduk lepas maghrib tadi, belek belek laa majalah nur. bosan kot tengok berita. haha. lepastu, dekat slot CEPAT SEDAP, ada resepi mempelbagaikan menu roti. saya pulak memang suka bab bab roti ni. hehe. saya suka makan roti. harap maklum. ;D hee. lepastu belek belek, ade resepi puding roti. cara & bahan bahan dia senang je. so tibe tibe rasa macam nak try. cakap kat ibu, ibu kata buat la. mufin suka makan. sebab ibu dah pernah buat before ni. then apa lagi. ''fin, jum tolong angah. heheh. '' adek bongsu aku ni memang suka tolong kalau aku buat kerja kat dapur. lagi lagi kalau aku buat kek coklat. dia la yang setia menunggu tepi aku. tolong amek bahan ape yang patut. comel kan dia ? hehe. padahal lelaki kot. haha. untung bakal wife dia nanti. okay dia baru darjah lima. -.-'' kakak dia dah start merepek. haha.

okay jum tengok bahan bahan yang diperlukan & steps yang senang je. :)

BAHAN-BAHAN :

6 keping roti ( dipotong dadu)
2 sudu besar mentega (cairkan)
1/2 cawan kismis
4 biji telur
2 cawan susu
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecik vanila

JOM BUAT !

1. susun roti dalam dalam acuan & tuang mentega cair kat atasnya.
2. campurkan telur, susu, gula, kulit kayu manis & vanila dalam mangku & kacau rata.
3. then, tuang atas roti tadi. tusukkan roti dengan garpu hingga roti tenggelam dalam adunan telur tadi. biarkan selama 5 minit.
4. taburkan kismis diatasnya & bakar selama 45 minit.
5. dah siap ! hidang & jemput makan. :)


bon apetite !

siapa nak resepi roti lain lain yang senang, boleh cari kat dalam majalah nur edisi feb 2011. senang kot semuaa resepi roti yang dia bagi. buat kejap je. dah siap. hehe. i likee ! :)

okay dah siap !
jemput makan semuaa :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

2 comments:

benny benito said...

x ada yang masuk ice box(fridge) ke? i malas nak bakar bakar ni -.- cheesecake oreo pun i buat masuk fridge je tau. aihh. tak reti guna microwave. hahaha

miss farhah said...

haha. kalau yg masuk fridge, bahan bahan die jenis yg x mntah. i mean yg boleh makan trus. macam kalau buat kek batik, haa xyah bakar pun xpe. :) kalau puding ni, kene cari bahan yang lain sikit la. kot. hee