assalamualaikum semua.
salam jumaat juga. hari penghulu segala hari :)
tadi, terbaca satu artikel kat facebook. biasa la, macam macam artikel orang share kat fb tu kan. jom baca story ni :
KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!
Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.
Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.
Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".
*istighfar panjang panjang* ada jugak ibu macam ni kat dunia ni eh ? satu lipstik kecil punya pasal, anak kecil yang tak tahu apa apa tu yang kene balun ? nak ajar anak boleh. tapi berpada-pada la. jangan melebih lebih. tengok kan dah macam ni jadinya kan. sesuka hati je nak pukul anak tu sampai lunyai. sampai boleh bawa maut ? lagi tak patut.
walaupun aku belum jadi ibu lagi. one fine day i will be a mother. harap harap aku tak jadi ibu yang tak berprikemanusiaan macam ni. dah penat mengandung 9 bulan angkut ke sana kemari, senang senang nak sakitkan dia ? hoho.
okay lah. tak tahu dah nak cakap apa. sebab aku belum ada experience jadi ibu lagi. tett ! haha. ibu kepada anak anak kucing kat rumah ni dah biasa sangat. huahuahua
byebye semua ! ^^,
2 comments:
sy syg arwah mak saya.. ^_^
takziah awak :)
Post a Comment