Wednesday, February 8, 2012

apam comel mel mel :D

first try :



second try : 



hye semorang ! hewhewhew
harini aku nak update pasal makanan lagi. hee. ada seorang kawan sekolah minta resepi apam comel ni haa. dia ada buat, tapi dia kata macam tak naik sangat apam comel dia. so, aku pun nak share la resepi apam comel aku :) sebenarnya, aku dah pernah share dah resepi apam ni masa first try atas tu. hihi. kalau nak baca, klik SINI. tapi, disebabkan kerajinan yang amat, aku copy & paste balik resepi tu kat sini yee. hihi. 
nah fiq, resepi ni khas untuk kau :)

bahan-bahan :

120gm tepung kek
240gm gula kastor
250gm telur
1 sudu teh ovalatte
1 sudu teh glycerin
pewarna yang secukupnya ( sukahati korang la nak warne apa :P)

cara - caranya :

1. putar tepung kek, gula kastor, telur, ovalatte & glycerin sehingga kembang.
2. ambil sedikit bancuhan & warnakan mengikut kegemaran korang. masukkan ke dalan beg paiping.
3. masukkan bancuhan selebihnye ke dalam beg paiping & paipkan ke dalam cawan kertas.
4. paipkan sedikit bancuhan berwarna tadi ke atas adunan cawan kertas mengikut kreativiti. 
5. last sekali, kukus selama 8 - 10 minit.
6. hidang & dah siap ! :)

kalau korang nak taw, second try yang aku buat tu, TERlebih telur. hihihi. so, bila dah masak tu, ada bau telur sikit sikit. so, kalau korang jadi macam aku ni, letak la esen vanilla sikit ye. :) sampaikan adik aku yang bongsu tu panggil apam ni apam telur. kurang asam betul -.-' haha. tapi tapi, rasa dia still maintain okay (cover cover. haha) 

resepi ni senang sangat. bahan sikit, cara pun senang je. main masuk masuk campur campur kacau kacau. haha. dah siap. sekarang ni ramai dah makin advanced. aku search kat laman sesawang (ceh bajet nak baku), tak main dah apam polka dot. ramai buat apam angrybird lagi tahuu. haa. apam ladybird pun ramai yang buat. semuanya bird bird lah ! :B 

okay lah. bagi korang yang nak try tu, selamat mencuba ! :D hee. kalau jadi, respon kat sini okay ! nak tahu jugak korang punya jadi ke tak, cantik ke tak, ada bau telur ke tak. hahaha. okbai ! :P



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: