Friday, July 4, 2014

Ke Vietnam Ke Kita - Hanoi (Part 1)

hai & assalamualaikum semua ! 
harini mood throwback sikit boleh ? hee nak story sikit kisah trip kami sekelas ke Vietnam awal april haritu. lama sangat dah tu kan ? haha. almaklumla, takde masa nak update blog ni haa. final year la kata kan. 

trip ni under UTM, pergi sana untuk seminggu macam tu. and the special thing is, my birthday celebrate dekat sana uolss. curlass gitew. haha. kebetulan je sebenarnya :) 

okay. disebabkan ni throwback je, kita buat 2 part je okay ? kita summarize kan terus je dalam 2 entri. haa. tapi malas nak taip panjang jugak boleh ? kita banyakkan gambar je eh. hehehe. korang pun mesti malas nak baca kann. let the pictures story. 

haa ni la jejaka2 yang join. 6 orang je. hehehe. 

haa ni semua yang join. tapi ada sorang takde dalam gambar. hehehe

okay yang ni lengkap dah. semua ada. hee. 

fyi. kitorang pergi Hanoi, bukan Ho Chi Minh. so, perjalanan atas flight dalam 2 jam lebih la. sebab Hanoi lagi jauh ke utara Vietnam compare dengan Ho Chi Minh yang dekat je dengan Malaysia. hehe

so, bila dah sampai kat Noi Bai Airport, kitorang terus disambut oleh tourist guide kitorang, yang akan bawak kitorang sepanjang kitorang kat Hanoi. 

DAY 1

ni time makan kat salah satu cafe kat airport. 

bila dah kenyang (walaupun tak kenyang sangat sebab makanan tak memenuhi citarasa tekak. haha), kitorang bertolak dari airport ke hotel. 

haa ni la bus mini khas untuk kitorang sepanjang seminggu kat sana. hee.

haaa ni la dia tourist guide kami, Tony nama glamour dia. nama vietnam aku tak ingat. haha. 

tadaa ! dah sampai hotel dah, Quoc Hoa Hotel. hotel ni kat deret2 kedai je, tapi ada 8 floors okay ! atas sekali ada gym & cafe. hee. 

okay, esok nya, bermula lah journey kami kat Hanoi ni. hee.

DAY 2

haa ni la suasana lorong depan hotel kitorang. pagi2 dah busy dah. semua nak gi kerja. hee


datang sini memang kena kejutan telinga betul. orang vietnam kebanyakannya naik motor/ skuter sebagai main transport dorang. so, kat jalan memang sesak dengan motor la citer dia. lepastu, tiap kali dorang nak warning orang lain, mesti dorang hon sana hon sini. bising weh. haha. bila kat simpang 3 or 4, lagi la semua nya nak hon orang lain. ada signal ke takde taktaw la. haha. tiap kali kitorang nak melintas jalan, mesti terkejut sebab asek kena hon je. nasib tak melatah tengah2 jalan tu. haha. 

bas comel ni la yang bawa kitorang ke setiap destinasi yang ada dalam tentatif. haa beratur ye adik adik. 







tepi jalan pun boleh bukak barber shop. haa rare tak rare ? haha





hari ke-2 memang penat. pusing pusing bandar Hanoi, lawat tempat bersejarah. sampai tak larat jalan, posing duduk tepi jalan kau. haa orang vietnam semua pandang. hahaha

DAY 3

the best days kat sini ! naik cruise & tidur 1 malam atas cruise. hee. cruise tak cruise jugak la. macam feri pun ada. tapi yang best nya, 1 cruise tu kitorang yang punya. takde campur orang lain. hee. cruise ni pusing2 area Halong Bay. tempat ni memang femes kalau datang Hanoi. cantik okay ! jom tengok ! hee

haa ni la dining table kitorang. siap dah ada chef & waiter tukang hidang lagi. hehehe. mana tak nya, kita dah bayar. ye dok ? hee

aucakk ! tuan punya blog nak jugak gambar dia sorang kan. kihkih

model-tak-rasmi. hehehe. 


ada lebih 700 bot or cruise kat sini. haa percaya tak ? hee

ni laa bilik kitorang atas cruise tu. hee. 1 bilik 2 orang, ada lebih kurang 9 bilik atas cruise ni. 


groufie kat salah satu puncak island kat situ. hee. cantik kan view ? subhanallah :)




first time kayak ! best experience ever okayyy. selamat ni takut sangat. tapi bila dah try, best ! hee. bukan kat tasik okay, tapi kat laut kott. hee. memang mencabar lah. penat memang penat tapi best. hehehe. thanks to our captain, kyrel sebab ada experia Z. haha. kalau tak, memang takde laa gambar2 atas kayak macam kat bawah ni : 

awesome view ! hee

look at their happy face :D hee

iolss takyah dayung pun takpe. ada orang tu boleh dayungkan. haha :p 

yang ni taktaw pasaipa. kata nya muka tony macam psy. haha. so dorang pun posing laa ala gangnam style -.- background cantik dah, sekali posing nya. hmm. haha

nak termuntah tak tengok gambar banyak sangat ? hahaha. okay ni baru 3 hari. kita sambung journey day 4 kat part 2 okay ! 

bye semua. selamat berbuka ! :) hee
















suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D