Saturday, May 7, 2011

semalam punya cerita ,

nak tahu semalam punya cerita ? semalaaaaaaaaam, dah habis exam ! tehee :D seronok sangat sangat. dah habis la jugak semester dua aku selama 4 bulan lebih ni. lagi 4 bulan sambung next semester plak. menandakan aku dah nak masuk tahun duaaaa. hee. tak tahu la nak happy ke sedih. -____-'' masalah betul kan. haha. ape ape je lah.


ni muka gembira lepas habis exam. betul betul baru habis. otw nak tunggu bus nak balik kolej. hee. *saya nampak agak selekeh di situ*

lepastu kann, lepastu kannn, dah balik bilik tuu. ape lagi. kemas barang laa. barang dalam locker yang melambak-lambak tuu. -.-'' memang locker aku gudang agaknye. penat kot nak kemas. tak caye tengok ni --->


tu gabungan barang aku & maryam. haha. macam tongkang pecah dah bilik ni semalam. sepah habis ! habuks habuks takyah cakap la. haha

dah penat kemas kemas tuu, terus tertidur. haha. penat kot. padahal belum habis kemas pun lagi. ade sikit lagi yang nak kene kemas before balik esok.

&& malam tuu, start la aktiviti me'release'kan tension kitorang. heheh. tension laa sangat. tension laa jugak. -.-' tapi malas nak fikir sebab dah habis kan. tawakkaltu alallah je laa. :)

after maghrib, ade dinner dengan budak budak kelas dekat restoran-tak-tahu-nama kat taman u. best jugak laa food dia. heheh. ikan siakap masak 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, & daging masak merah. memang perghhh. sedap hingga menjilat jari. hehe. 1 meja 4 orang. so agak puas la makan. hee :D kenyang ikan siakap la semua orang malam tadi. haha. jom layan pics pics malam tadi dekat restoran-tak-tahu-nama :


muka tengah lapar. macam nak makan orang. grr !


ni muka comel sikit dari yang atas tadi. comel ke ? teeettt ! hehe :P


ni maryam, dengan muka gembira & teruja dapat air fresh orange. :P


meja yang dah penuh. lain kali bagi meja besar sikit kak !


oupss. ni kyrel. dia tiru saya pakai baju merah semalam. -.-''


promoter ikan siakap 3 rasa. ada rupa ke ? haha. yang sebelah tu, fathiah nama dia. model iklan DARLIE. :P kehkeh.


posing gediks. :P

& last aktiviti kitorang malam semalam, tengok movie. lepas makan, terus pecut pergi sri putri, nak beli tiket bus dulu. heheh. lepastu, terus pergi cs. sampai sampai terus beli tiket movie. habis tengok movie, jalan jalan kat bazar karat jap. macam biasa waktu malam. hee.


candid kot. err entah. -.-'

dah habis dah cerita semalam. sekarang, tengah duduk dalam bilik, online jap. lepas ni nak sambung kemas barang sikit. & then kemas bilik ni. sapu sapu semua. esok nak balik rumah da. hee. klang, here i come. ;D ayah da bising da suruh balik awal. haha. sorry la ayah. nak setel kan hal kat sini dulu. tahu da semua orang kat rumah tuu rindu k.ngah. :P

bye bye johor bahru.
jumpa empat bulan lagi.

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, May 5, 2011

takde hati ke ?

bagi perempuan, ape feeling korang eh kalau orang yang korang sayang, sayang orang lain ? orang yang korang cinta, cinta orang lain ? orang yang korang rindu selama ni, rindu orang lain ? tapi bukan diri kita ? apa korang rasa wehh ? korang mesti down gila kan. mesti korang rasa macam nak bunuh diri pun ada. tapi iman masih ada dalam diri masing-masing kan. mesti korang rasa yang dunia ni tak menyebelahi korang. mesti korang rasa macam-macam, serabut, kusut, jiwa kacau semuaa la.

ni aku nak tanya kat perempuan laa. korang yang dah ada boyfriend ni, nak ganggu boyfriend orang lain tak ? mesti ade yang cakap ye, ade yang cakap tak kan ? okay. setiap orang ada pendirian masing-masing. okay fine laa kan. tapi ade sorang minah ni. aku bukan nak cakap ape laa. memang aku tak kenal kau weh. tapi ape masalah kau eh sampai nak kacau boyfriend orang lain ? boyfriend sendiri ada boleh jaga tak ? what the fish man. dah la nak confess confess macam tuu. what's wrong with you girl ? nak kacau life orang lain ? takde life sendiri ke ? takde hati ke ? aaaaaa ! tak paham aku dengan kau ni perempuan. cuba setia kat boyfriend sendiri boleh tak ? ni nak kacau relationship orang lain. ishhh. geram betul aku. kalau kau ada depan mata aku sekarang, dah lama aku bunuh-bunuh kau tahu tak ! takde hati perut betul. -_-''

yang kau si boyfriend, apasal kau buat macam ni kat girlfriend kau doe ? kau tak sayang dia ke ? kau tak cinta dia ke ? pergi mam laaa weh. ni aku memang tengah bengang tahap dewa dah ni. tak faham aku nape kau boleh buat macam ni kat girlfriend kau sendiri hah ? 10 bulan bhai. lama tu. penat girlfriend kau tuu fight untuk relationship korang ni tahu tak ? kau ? ade kesah ? lagi nak bersuka-suka dengan girlfriend orang lain. ingat sikit bhai, kau tu milik orang lain. perempuan tu milik orang lain jugak. haishh tak faham sungguh aku dengan lelaki macam kau ni. tak payah ade girlfriend la weh kalau tak pandai jaga.

dah la. malas nak bebel panjang.*padahal dah bebel dah pun.
untuk si girlfriend, my dear friend. just be patient okay. things happen for reason. orang yang macam tu akan terima balasan dia nanti. just wait and see. my dear, lupakan this thingy for a while okay sayang. focus untuk esok. last paper. all out. lepastuu, buat la ape yang kau nak buat. :) lets enjoy tomorrow okay. :DD
suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Monday, May 2, 2011

babysitter for an hour.



huwaaaaarghhh ! *menguap besar besar. :O teruk punya anak dara. haha. actually, aku nak cerita about last night. aku stay rumah kawan aku for a few days. saja teman dia. then, sampai laa malam tadi, dalam pukul 2 pagi macam tuu, aku & kawan aku, ayu nama nya. kitorang stay up. study laa kan. dah nama musim exam sekarang neh. tibe tibe dengar suara baby nangis dari tingkat bawah. oh lupa nak cakap, semalam kazen kazen ayu ade datang sini. then tidur sini sekali. budak budak kecik semua nyaa okay ! paling kecik umur setahun lebih. omey nama nya. omey macam dia jugak. :) sambung balik pukul 2 pagi tadi. dengar baby menjerit, rupe rupe nye omey meragam. mengigau kot dia. lepastu ayu turun laa nak amek omey. nak tidurkan balik. sebab ganggu budak budak lain nak tidur. dah bawak naik bilik kitorang pun, dia menjerit lagi. so dari pukul 2 lebih tuu, sampai la nak dekat pukul 3, kitorang pujuk2 dia supaya tidur. penat gendong dia ke sana ke mari. haha. nak berdukung aje plak tuu. mengade betul omey ni ! haha :P

sekali, tibe tibe ayu cakap. ayu lupe laa yang omey ni suke tidur meniarap. hee. ceh ! patut laa bila baring kan dia menangis. kitorang pun dukung laaa dia lagi. rupe rupe nya nak tidur meniarap. punya la lama dukung dia. kalau tahu awal awal dah tiarap kan dia. haha. memang betul kott. kitorang pun meniarap kan la dia. nangis kejap. lepastu senyap. HAHA. sabar je la.

omey omeyy. *sigh. habis satu jam masa aku untuk study sebab kau. hehe. memang dah boleh jadi ibu agaknye kitorang ni. oupss ! haha. bukan ape, sebab berjaya tidur kan baby meragam. peace ! (Y) heheh.
suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D