Tuesday, June 21, 2011

ragam beragam meragam

assalamualaikum semua :)

haa. ni nak cerita pasal semalam. kenapa baru nak story hari ni ? sebab.........semalam tak rajin nak menaip. bahasa kasar dia MALAS laa. hehe. bukak fesbuk pun kejap je. tengok 'notynoty' tu kejap. then tak pandang dah fesbuk. apetah lagi nak menaip dalam blog neh. hee. bila dah malas nak menaip tu, terus bukak cerita tiramisu. err, cerita bersiri dekat TV3 before ni. saja nak tengok lagi. sebab masa dia tayang kat tv dulu, tak sempat tengok semua episode. hoho. sekarang ni, dah ade full episode, boleh tengok hari hari. hee. thanks to my abang. :D sebab aku curi cerita tu dari seagate dia. haha.

ohoii panjang plak membebel. haha. belum masuk cerita sebenar lagi. -.-' sebelum tuu , ce tengok gambar bawah ni. ce tengok. :P



subhanallah :') cantik kan pemandangan sunset ? hee. tapi kureng betul sebab ada ketapi tu halang. huhu. kalau tak mesti dah cantik dah scenery kat situ. dandan waktu maghrib la ketapi tu stop kat situ. -.-''

semalam, balik keje naik komuter. sebab ayah habis keje lambat. soo, terpaksa la aku tumpang kak lyn, akak ofis aku sampai dekat stesen ktm padang jawa ni. haa, ni gambar dekat stesen komuter padang jawa la ni. dah bosan sangat sambil tunggu komuter sampai, tengok la pemandangan yang cantik tuu. hee. selalu jarang langit nak cantik camtu kalau aku tengah tunggu komuter sampai. dah laa sorang sorang. ade plak mamat mamat muka-macam-nak-rogol-orang dekat tepi tepi tuu. seram woo >.< huhu. dalam hati dah doa doa dah cepatlah komuter sampai.

okay, sekarang dah sampai klimaks kisah aku ni. elok elok aku nak sms ibu, nak suruh amek dekat stesen teluk gadong, line celcom buat hal. yee, aku tak boleh nak hantar mesej. call pun tak boleh. WTH ? aku dah buntu dah, macam mana nak bagitahu ibu ni. huu. penat dah retry send message banyak kali. but failed jugakk ! sabar je la. bukan apa, memang la ada tepon public kat stesen ktm teluk gadong tuu, tu pun tak tahu elok ke tak tah. orang zaman sekarang kan tak sayang harta awam dah. =.=' kawasan sana dah la gelap ! bahaya kot. lagi lagi untuk aku anak dara ni tawu. sebab tu kene inform ibu awal awal. sampai sampai nanti ibu dah tunggu. haa, kan selamat kalau macam tu kan.

nak diringkaskan kisah ni, aku terpaksa la tebalkan muka pinjam phone akak-mana-tah yang duduk sebelah aku dalam tren. hoho. dengan muka penuh manis (buat buat manis) + muka tak malu, aku tanya la akak ni.

aku : akak, boleh pinjam hp tak ? saya nak sms ibu saya tak boleh plak. call pun tak boleh. line celcom tengah gila.
akak-mana-tah : err. *pandang pelik muka aku* aa boleh. apa nombornye ?
( fuhh lega ! )
aku : 019-********.
akak-mana-tah : nah. *hulur hp dia kat aku. Blackberry bhai. haha *

dah selesai cakap ngan ibu

aku : terima kasih banyak ye, kak. *senyum paling manis*
akak-mana-tah : ok sama sama. *muka tak beriak*
( eh akak ni, marah ke aku pinjam hp dia ? senyum pun idak )

tren pun sampai teluk gadong. aku senyum lagi kat akak tu before turun. tapi ? dia tak senyum jugak kat akuu ! alahai. akak ni datang bintang ke ? -.- susah sangat ke nak balas senyuman orang ?

bila dah turun tren, aku tunggu ibu dekat tempat biasa, atas jejantas, anak tangga paling atas sekali. memang tempat feveret aku. sebab boleh tengok sekeliling. & terang sikit dekat situ. baru selamat kan. hehe. safety comes first. :)

then, tiba tiba datang seorang nenek india ni lalu tepi aku nak turun tangga. aku pun terkejut tiba tiba dia muncul. dia pandang aku. then senyum. aku pun senyum la balik. even nenek ni senyum pelik semacam. seram jugak la kejap. haha. tapi aku taknak jadi macam akak-mana-tah tadi. tak reti senyum dekat orang yang senyum kat dia. then tiba tiba nenek tua ni tunduk & amek something dekat anak tangga bawah tempat aku berdiri tadi. dia dah bangun balik baru aku nampak dia pegang apa. oohhh. dia kutip tin 100 plus. then dia pandang aku lagi, senyum lagi. lepastu dia turun tangga. erk, nenek ni terlebih murah dengan senyumam plak kan. buat orang lain seram plak. haha. sumpah aku seram masa tu !




tengok, kucing ni pun suruh kita senyum. hehe :)

moral of my kisah :
senyum senyum lah selalu okayy.
senyum. tak perlu kata apa apa. ecewahh. nak nyanyi plak. haha

terima kasih pembaca yang comel cantik sekalian :)




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: