Saturday, August 13, 2011

al-Fatihah buat atok abah.



tanggal 10 ogos 2011, aku kehilangan seorang atok, ayah kehilangan seorang abah, ibu kehilangan seorang bapa mertua. aku tak tahu cerita sebenar macam mana atok abah 'pergi'. yang aku tahu, atok semput & sakit dada. otw pergi klinik, atok dah terlentok dalam kereta. betapa senangnya atok 'pergi'. maklang cerita, atok baru lepas solat zohor. masih dalam wuduk lagi. dah siap mandi bersih bersih lagi. betapa sucinya atok masa tu.

padahal, 3 hari yang lepas, aku & family baru je balik kampung jumpa atok. atok nampak sihat. boleh jalan, boleh makan. cuma atok nampak murung & senyap dari biasa. sempat la family aku bersahur & berbuka buat kali terkahir dengan atok. sempat juga ayah bawa atok pergi masjid untuk solat subuh berjemaah. cuma terawih je atok tak larat nak pergi. atok duduk tengok tv sorang sorang layan cerita feveret dia. alhamdulillah sangat kami sempat jumpa atok yang masih bernyawa buat kali terakhir. sempat salam tangan atok sebelum gerak balik ahad yang lalu. aku ingat lagi, masa dah masuk kereta, atok tanya. ' bila balik lagi?' ayah pun jawab la, 'raya nanti'. then atok cakap ' nanti semua anak abah mesti balik semua'.

sekali memang betul betul jadi. 10 hb tu, memang semua anak atok balik. penuh rumah atok. aku & keluarga sampai rumah atok jam 9 lebih. masuk pintu rumah, terpaku kejap nampak tubuh atok terbujur kaku dah ditutup dengan kain batik. :'( masa tu ayah terus pergi dekat jenazah atok, cium dahi atok sambil menangis. tepi tepi atok semua pakcik & makcik tengah sedekah kan yassin untuk atok. sedih sangat masa tu. aku pun tak tertahan sebak tengok ayah menangis. uhuk.

aku tak pernah kehilangan atok atau nenek lagi. atok abah la yang pergi dulu. sebab atok & opah belah ibu masih ada lagi. sekarang atok abah dah pergi, tinggal la atok mak sorang sorang. aku dah kekurangan seorang atok :'( sebab tu aku terasa sangat dengan pemergian atok abah walaupun aku tak rapat sangat dengan atok. sebab cucu atok abah ramai sangat. cicit pun dah nak masuk 7 orang. tak terlayan semua.

perkara paling aku tak boleh lupa kelmarin. bantal 'wangi' aku secara tak sengaja telah berjasa untuk atok. bantal tu dah dibuat lapik masa memandikan jenazah atok. mokteh yang amek masa kami kaum perempuan tengah tahlil untuk atok. aku tak sempat nak halang mokteh. uhuk. terpaksa korbankan bantal kesayanganku.

sama sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk atok abah, haji sebi bin lakom.

al-Fatihah




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

3 comments:

echa takashimaya said...

takziah.al-fatihah.

Nana said...

Al fatihah..sabar eh kawan..semoga dia ditempatkan dikalangan org beriman..amin..

miss farhah said...

terima kasih echa & rafhana :) insyaallah.