Wednesday, October 12, 2011

kisah nasi lemak 2.0

hye guys !
lama tak update blog kan. hee. malam ni, aku nak cerita pasal satu story neh.



mesti korang kenal kan Namewee ? atau nama sebenarnya Wee Meng Chee. mesti korang ingat kan, isu lagu Negaraku yang diremixkan, dan banyak lagi kes-kes beliau yang pernah menggemparkan negara kita. kalau rajin korang search la kat youtube okay ? baru baru ni, Namewee telah menghasilkan sebuah filem yang berkonsepkan 1 Malaysia, yang bertajuk Nasi Lemak 2.0. tapi kan, ramai yang tak puas hati dengan penghasilan filem ni. nak tahu kenapa ? baca lebih lanjut kat SINI. tak pun, korang google je nama beliau. mesti keluar banyak info. hehe.

aku terfikir nak story pasal movie ni sebab aku baru je lepas tengok. kat wayang ke ? tak laa. kat youtube je. muahaha. disebabkan movie ni dah kene banned, namewee tak kisah orang upload movie ni kat youtube. sebab apa ? dia tak pentingkan wang atau kemahsyuran semata. korang dah tengok belum ? aku sarankan korang tengok sekarang jugak ! haha. over plak kan :P but seriously, bagi aku, cerita ni unik. but sarcastic sikit laa. plus, banyak diselitkan komedi yang agak merepek tapi still boleh buat orang gelak. hehe.

kalau korang suka karya yasmin ahmad, tengok la cerita ni. sebab tak banyak dah orang buat filem yang mengetengahkan isu percampuran kaum & bangsa dalam negara kita ni. sebab kebanyakan apa yang dipaparkan dalam filem ni memang berlaku secara realitinya. tapi part yang aku tak suka, bila dia baling nasi lemak bungkus tu ke tanah. perghh menyirap kot. sebab aku da la tengah teringin nak makan nasi lemak bungkus daun pisang ni ! HAHA. -.-'


pasal kari pun terselit gak dalam filem ni :) memang 1 malaysia habis.

kesimpulannya, aku sarankan korang semua tengok cerita ni :) walaupun kena banned, tak salah kita amek tahu kan. hee. sebab kat youtube ada. tengok je la. apa susah. haha. kalau nak tengok filem ni, tapi jari tu malas nak search, meh klik sini :

NASI LEMAK 2.0

siapa yang dah tengok tu, boleh laa share pendapat korang kat sini eh ! :)
selamat menonton semua !

seriously im craving for nasi lemak bungkus right now.
betul betul bungkus punya.

-.-'



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

4 comments:

Pendamba Mawar said...

entah pape je citer

miss farhah said...

tak best ke ? :o takpe laa. lain orang lain pendapat kan :)

Liza Razak said...

movie ni sangat bagus...byk hidden meaning..yang penting jangan tengok dengan perasaan prejudis :)

miss farhah said...

yupp so true liza :) bg i pun movie ni bagus. kite tgk dri side positif laa kan :)