Friday, July 12, 2013

Resepi Mini Mango Pavlova yang comel. hehehe

hari ke-3 berpuasa !
assalamualaikum & hai semua !
masih berpuasa ? good :) hee. 
entri sebelum ni aku dah janji nak update resepi pavlova kan. so now, jom kita tengok resepi & cara cara nya ya tuan tuan dan puan puan. ( feeling feeling rancangan masakan sikit. hehe )

mula mula, sediakan bahan bahan nya ya. 

BAHAN-BAHAN :

*untuk meringue*
4 biji putih telur ( kuning telur korang buat la telur dadar ke, ape ke )
3/4 cawan gula kastor ( kalau taknak manis sangat, kurang kan lagi )
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

PRECAUTION : pastikan alat2 mixer korang tu bersih dari segala jenis kotoran, habuk, air, minyak okay ! kalau tak, nanti effect kat meringue korang tu jadi ke tak. haa. be careful taw. hehe.and pastikan jugak, korang asingkan telur putih & kuning tu elok2. jangan ada sikit pun kuning telur tercampur. okay !  

*untuk topping*


sukatan ? emm aku guna 1 cawan. then pukul sampai kembang & gebu. hee. suka sangat rasa whipping cream ni. manis je macam aiskrim. :D 

disebabkan nama pavlova ni nama dia mini mango pavlova, so i used mango la. hehe. kalau nak lagi sedap & afdal untuk pavlova ni, letak la strawberry & kiwi or apa apa buah pon boleh senanye. hehe. 

CARA-CARA : 

1- pukul putih telur sampai berbuih macam buih sabun tu. hehe. 
2- masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. masuk gula, pukul, masuk gula pukul. sampai gula habis. 
3- pukul sampai meringue tu jadi putih molek gitu. lajukan sikit speed mixer tu. 
4- pukul sampai jadi meringue yang betul betul jadi punya. camne nak taw ? haa. meringue yang betul betul jadi bila korang terbalikkan meringue tu, dia takkan jatuh. maknanya dia elok melekat. hehe. kira dah pekat & likat la tu. 
5- masukkan tepung jagung, esen vanila & cuka sikit. lepastu kacau sikit sampai sebati. 

so dah siap dah meringue kita. hee. so ada 2 pilihan. kalau nak buat mini pavlova, korang picitkan sikit2 dalam paper cup ikut suka korang la nak saiz camne. kalau aku, sudu kan je. hehe. kalau nak cantik, guna piping bag :) 

and kalau nak buat pavlova besar yang biasa tu, sediakan baking paper atas loyang. buat bulatan besar mana korang nak. lepastu, tuang je meringue dalam bulatan tadi. 

sebelum bakar meringue tadi, panaskan oven dulu dalam 15-20 minit. lepastu, bakar meringue tu dalam 1 jam - 1 jam 15 minit (untuk pavlova besar). suhu bergantung pada oven masing masing. aku guna api atas bawah, suhu 150C. 

bila dah siap bakar, sejukkan dulu meringue dalam oven. bila dah sejuk, letak je whipping cream yang dah siap pukul tadi. lepastu susun je buah buah yang sepatutnya. kalau aku, guna mangga. so potong kecik2 dulu. tapi ikut suka korang la. kalau nak potong besar pun takpe. ikut kreativiti masing masing okay ! 

the most important thing bila dah siap pavlova kita, masukkan dalam fridge. sejukkan dulu. baru sedap nak ngap. hee. 

camne rasa dia ? emm pavlova ni memang manis. hee. that's why kita digalakkan letak buah yang masam masam. baru balance rasa dia kan. hee. masam masam manis gitu. memang emphhhh ! la rasa pavlova ni. hee. meringue yang da siap bakar tu, rasa macam marshmallow taw. omey angat. hee. cair je bila masuk dalam mulut. :D aishh terliur plak bila menaip pasal ni. haha. opss puasa ! 

kali ni kita letak kecik kecik je gambar ni ehh. hehe. nanti ada yang terliur teruk nanti tak dapat den nak selamatkan la :p hee. 




harini adik balik rumah. so maybe weekend ni semua family members ada kat rumah. yeay ! tak sabar nak berbuka ramai ramai. rasa macam nak buat lagi la pavlova omey ni. ehem. tapi kali ni kena ada strawberry jugak. tak kira ! hehe. 

okay lah. untuk anda semua yang sedang merenung lama lama gambar kat atas ni. udah udah ler. apa kata korang gi beli bahan2 atas tu, then try buat sendiri. hee. tak susah punnnn kan ? okay. selamat mencuba semua :)

byebye ^^,









suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: