Monday, July 15, 2013

Resepi Choc Cheese Marble Cake :D

hai & assalamualaikum !
salam ramadhan ke-6 ye kawan kawan. cewah. hehe
 semalam try buat kek marble choc cheese. first attempt. alhamdulillah, jadi jugak. hee. buat pun sebab nak bagi adik bawak bekal balik Uitm. then, ada someone request resepi & suruh ajar camne nak buat. hee. so, kita ajar kat sini lah kan. dah macam blog masakan dah blog Farhah Aries ni ye. hehehe. 


kek paling hodoh pernah aku buat -.-' haha


nyumnyumm. hehe. 

okay tuan tuan & puan puan , sediakan bahan bahan yang berikut ye. hee.

BAHAN-BAHAN 

*kek coklat*

250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

*topping cheese*

250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (aku guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon (tak letak sebab takde)
1 camca teh jus lemon (ganti dengan esen vanila kalau takde)
2 camca besar susu sejat


okay. FYI, aku amek bahan bahan dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN. tapi , cara buat nya aku ikut logic sendiri. hehehe. tapi nasib baik jadi la. hee. 

CARA-CARA 

*kek coklat*

1- pukul mentega sampai kembang. 
2- masukkan gula sikit sikit sambil pukul. 
3- masukkan telur sebiji demi sebiji. sambung pukul sampai sebati. 
4- masukkan esen vanila & susu & pukul sampai sebati. 
5-  masukkan bahan yang dah diayak tadi sikit sikit sampai habis. 
6- masukkan dalam loyang. letak tepi dulu.

*topping cheese*

1- pukul cream cheese dan gula sampai kembang & sebati. 
2- masukkan telur, susu, & esen vanila. pukul lagi sampai sebati. 
3- tuang atas lapisan kek coklat tadi. kalau rajin, lorek2 kan sikit guna lidi, so that dalam dia ada corak sikit2. hee. 
4- bakar sampai masak dengan suhu 150C (bergantung pada oven masing masiing ye)
5- dah siap masak, sejukkan dulu baru potong. baru cantik potongan nya :) hee. 

okay tuan tuan & puan puan. senang kan cara cara nya ? hehehe.
semalam buat makaroni bakar jugak untuk bekal adik bawak balik & menu buka puasa. emm nak update resepi ke ? tengok lah dulu ye. hehe. tapi nak letak gambar jugak. 


ni untuk budak tu bawak balik Uitm. hehe


ni untuk berbuka puasa kat rumah dengan family. hee. 

selamat mencuba semua !
byebye :)











suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: