Wednesday, November 14, 2012

durian crepe yang comel


hai uolsss !
kita jumpa lagi malam ni. kekeke. tetiba mood rajin tu datang dengan sendiri nya kan. ye la, mana tak nya. dua bulan lebih dah terbiar blog kesayangan aku ni kan. so bila ada masa ni, kita manfaat kan la sebaiknya. cewahh. panjang intro kau.

okayy siapa pernah dengar durian crepe angkat kaki kanan !
siapa pernah makan durian crepe angkat kaki kiri ! hehe.
aku nak angkat dua dua boleh ? duduk atas kerusi baru boleh angkat :B haha

okay la. haritu duk tengok kat FB pasal durian crepe ni. pastu google google la sikit kan.
ape benda nya durian crepe ni. hee. bila dah google tu, memang terliuq habis la tengok. comel comel belaka.
geram tengok taw. hee. tu yang perut pun dah rasa teringin nak rasa benda alah tu.
so, aku google la resepi nya kan. kot kot kalau senang memang boleh try la. siap search tutorial kat youtube taw. luckily, memang ada ! satu satunya video yang simple & senang faham. siap resepi sekali dia bagi.
nak try ? jom tengok video nya kat sini :

The Making of Durian Crepe

kalau korang nak taw, video ni seorang kaum Adam yang buat. hee. comel je kan ? :) (gedik kejap)

so, acane ghupe durian crepe aku ? hehe. jom kita tengok !


lempeng pink yang sangat comel uolss ! haha.

aku saja buat kecik kecik. sebab sebenarnya kan, susah nak buat bulatan tu jadi besar. sebab baru nak gelek gelek sikit, dye dah kering -.- so comel gini jela jadinya. hihi. 


tadaaa ! dah siap dah crepe nyaa aka kulit durian crepe ni. i made it 2 colours only. hehe. comel la tu kan, kuning & pink. next time kita buat rainbow colour pulak ye :P 

so, sesi membungkus pun boleh dimulakan. ops, lupa nak snap gambar time sesi pembungkusan tu. haha. 

so kita lihat hasilnya. 

tadaaaaa ! 





comel je macam bantal bentuk dia. hihi. 


nyummmm ! bila makan tu kan, taktaw camne nak cakap rasa dia. 
macam kuih ketayap ada, macam lempeng bungkus pun ada. haha. bezanya, inti dia durian. kekeke. 
tapi, korang boleh tukar inti nya jadi perisa lain. mangga ke, cempedak ke. so nama pun bertukar la kan. jadi mango crepe & cempedak crepe. hehe

yeayyyy ! rasa happy sangat sebab terlepas jugak hajat nak makan benda comel ni. hee. ahad ni dah balik UTM. so takleh nak bertukang kat dapur dah. sekarang laa masa nya untuk buat semua benda ni kannn :) 
and i love to be at home, in the kitchen. hee :B

nak resepi ke ? emm google sendiri je la eh. hihi. ikut video atas tu pun dah okay dah. 
siapa yang rasa nak try tu, goodluck ! senang je nak buat nya. yang penting kena maintain cute kat dapur. haha okay takde kaitan pun. okbai ! 




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

2 comments:

NurulAthirah said...

makcikkk....inti taruh ape je lg...

miss farhah said...

ye makcikkkk. inti nye letak whipping cream yang da dipukul, then letak doyan sikit. hee