Tuesday, February 12, 2013

peach cobbler nyummm !

hai & assalamualaikum readers ! 
kita jumpa lagi. hewhew. 
harini, aku nak share resepi lain plak. hee. siapa pernah baca novel 5 tahun 5 bulan ? karya Hlovate. siapa pernah baca, confirm tahu apa itu Peach Cobbler. hehe. sejenis dessert la jugak. 


so, haritu masa google google resepi, terjumpa la resepi ni. baru teringat, peach cobbler ni ada dalam karya Hlovate kat atas ni. dah lama dah baca novel 5 tahun 5 bulan ni, tapi baru sekarang nak try resepi yang beliau bagi tu. hehe. 

1st attempt :


omg huduhnyeee -.- haha. suhu terkuat, gula terlebih. 


sangat sangat manis ! haha. padahal dah ikut sukatan dalam resepi tu. pelik pelik -.-


makan dengan aiskrim. nyummm. tapi aiskrim tu lagi sedap dari peach cobbler aku. haha

2nd attempt :


tadaa ! looks better than the 1st attempt right ? hehe. 
kurangkan suhu, kurangkan gula. o yeahh. healthier ! haha


serve with vanilla ice cream. soo yummy ! 


nak resepi ? okay nah ! 

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan mentega
  • 1 cawan susu segar
  • 1 tin buah Peach
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dalam ketuhar dengan suhu 190c.Gunakan bekas kaserol 13cm x 9cm x 2cm.
  2. Adun tepung, gula halus dan soda bikarbonat dalam bekas berasingan.
  3. Masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul-ketul.
  4. Tuang adunan tepung tersebut ke dalam bekas kaserol yang berisi mentega cair tadi.
  5. Siramkan jus Peach di atas adunan.
  6. Susun Peach ke atas adunan.
  7. Taburkan serbuk kayu manis dan gula.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 175c-190c selama 45 minit - 1 jam atau hingga perang keemasan. Boleh dihidangkan dengan ais krim vanilla.
resepi credit to : myresepi.com

senang je kan ? hehe. ala ala puding roti gitu laa. hee. 
so, selamat mencuba ! :) 





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: