Friday, March 29, 2013

throwback kisah di Cameron Highlands.

salam Jumaat semua ! 
hari penghulu segala hari. hee
 so, entri kali ni, cerita yang dah lama punya. lama gila la. haha. sem lepas punya cerita. masa kitorang ada remote sensing camp masa cuti sem yang lepas. haha. lama sangat. tapi, dah janji kat diri sendiri, nak update jugak pasal ni. so, here we are :)
tapi tapi, malas la nak cerita detail sangat. haha. just banyak letak gambar je. okay ? :)

time tengah tunggu bas sebelum bertolak ke cameron.

yang ni time tengah singgah kat R&R pagoh untuk brunch. hee. 

mereka dengan baju remote sensing. hehe

masa dah sampai cameron tu, one of our friends pitam. yela, jalan nak naik cameron tu kan macam ular. kejap kiri, kejap kanan. siapa yang tak macho tu memang dah loya dah. haha. so, pakcik bas terus bawak kitorang gi hospital sana. first time pergi hospital cameron. hehe. turun turun je dari bas, dah terasa angin sejuk. fuuuu seronok sangat. time tu baru pukul 6 lebih. belum malam lagi. hehe. 

sambil menunggu tu, kitorang pun amek angin sejuk, sambil main snap snap :) hiks

yeayy ! time ni dah sampai hotel dah. around 7 pm macam tu la. kitorang stay kat hotel titiwangsa ni 6 hari 5 malam. heee. 

sampai je bilik, terus unpack barang makanan. stok untuk 6 hari kat sana. haha. tu semua stok untuk 5 orang :) hehe. maggi, roti, milo, biskut. haha. 

malam nya, keluar jalan jalan cari makan, sambil amek angin yang sejukkkkk sangat. 

oh, tak sah kalau takde muka aku kan. hehe :P posing dengan buffet lunch kitorang untuk 1st day sahaja. untuk 5 hari lagi, kitorang cuma dapat free buffet breakfast. 



ni kitorang tengah jalan jalan sambil kaji pasal sungai yang ada kat cameron ni. 

some of my classmates. :)

yang ni tepi highway. bahaya gila okay. sebab betul betul tepi jalan. kereta laju plak tu. orang yang lalu lalang semua pelik, apa laa yang kitorang buat ni. haha. 

jalan jalan kat Tanah Rata. 

kami semua sebilik ! dari kiri : maryam, tya, waniey, aku & faeznur :)


jalan jalan sampai dah nak maghrib. tengok temperature tu, sejuk okay. bila dah malam lagiii sejuk. 

with all my classmates. time ni kat pejabat JKR Kinta. tepi jalan je. kitorang dengar taklimat dari pegawai jkr, tentang tanah runtuh. dah selesai tu, bergambar dulu. 

yang ni hari ke berapa entah. kitorang kena kaji pasal hutan. soooo, time ni kitorang kena laa masuk hutan. jungle trekking gitu. 

seorang pegawai renjer hutan(lupa nama) dengan sorang classmate tengah amek ukuran diameter pokok. 

dalam hutan pun sempat bergambar. hehe

ni tempat kitoran berteduh, lepas redah hujan yang lebat -.- time time tengah nak daki tu, tetiba hujan turun. lebat plak tu. kelam kabut semua turun balik. bila tanah dah basah, susah sangat nak turun. licin oh. -.- time ni semua orang dah lencun habis. sejuk plak tu. haha. kena tunggu hujan reda baru boleh berangkat. sebab bas takleh masuk kawasan tu. 

the next day, melawat kebun kebun & ladang pertanian. time ni, kat ladang tomato & timun. tapi tomato kecik kecik je. hee. 

haa ni la tomato nya. jenis kecik punya. comel kan ? ;) orang tu bagi kitorang rasa sorang sebiji. hehe. 

time ni plak kat kebun sayur-sayuran. fresh sangat tengok semua sayur sayur tu. damai je mata tengok benda hijau hijau ni. hehe

yang ni plak kat kilang packaging tomato biasa. mesin tu asingkan tomato ikut berat & warna rasanya. power kan ? senang je kerja. hehe. 

yang ni kat ladang anggur. perghhh terbaik wa cakap sama lu. geram sangat tengok anggur anggur yang ranum ni. tapi, kitorang x dibenarkan sentuh. amek gambar je boleh. haha. ikutkan, sebenarnya takleh masuk langsung kawasan anggur ni. tapi sebab kitorang datang dengan pegawai pertanian, so orang tu bagi masuk. hiks. 

nyummmmm ! cantik kan ? :) hee

so, the last day. hari kitorang berangkat pulang, pakcik bas singgah kat ladang teh Cameron Valley ni. tempat ni memang wajib singgah kalau datang Cameron. cantik kan view nya ? :) hee

dah selesai cerita semua. phew ! banyak nyaa gambar. haha. tapi tapi, kalau korang perasan, takde pun gambar strawberry kan ? sobss. ada masalah teknikal sikit masa tu. tu yang rasa terkilan sangat sebab tak dapat pergi Cactus Valley. kat sana, ada ladang strawberry, kaktus yang banyak, & kebun bunga ros. tapi, tak sempat pergi sana. wuwuwu. takpela. next time pergi sana, wajib masuk Cactus Valley okay ! :)

bye bye ! :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Monday, March 25, 2013

tumpang dapur orang lain pun boleh. hehe

hai & assalamualaikum buat semua pembaca blog saya yang dah berhabuk sebab dah sebulan lebih tak hapdate ni. haha. sorry ye guys. bukan taknak update, tapi kengkadang busy, kengkadang mood nak update blog takde, kengkadang mood jiwa kacau melanda. eh. hehe. sooo sekarang ni, maybe ketiga-tiga fenomena tu takde kot. eh kejap, fenomena pertama, ada sebenarnya. busy dengan assignments & lab report yang pending, tapi malam ni, mood tu dah tertimbus dengan mood baking yang still tak padam padam. cewahh poyo je ayat -.- hehe

okay la. aku nak story kisah baking laa. as usual. tu je laa topik utama nak update blog farhah aries ni. hiks. kalau tak berminat nak baca pasal baking, sila jangan bazirkan masa anda. harap maklong :3 

kelmarin, fuza mahfuzah(nama FB dia. haha) ajak aku balik rumah maksu dia. hee. boleh baking baking sebab dia pun teringin nak berbaking. soo aku pun dah 7 minggu tak balik rumah, rinduuuu nak berbaking kann, setuju la nak ikut. tapi, kat rumah maksu dia takde oven, tapi ada pengukus & mixer. so, bedal je lah. kita buat la something yang tak perlu guna oven kan. then, i googled recipes, sebab folder resepi yang pernah save dalam lappy ni semua dah ranap masa format haritu. tak sure dah back up ke belum. malas nak cari balik, so google je la kan. hehe. i decided to make 3 types of things. apam polka dots, moist choc cake & kek batik. 

ada jugak kelebihannya kalau kita google resepi baru kann. boleh try buat resepi baru, and compare which one is the best right ? :) tapi tapi, untuk moist choc cake tu, i used the same and the most favourite recipe. hee. resepi dari ibu, turun kat doter nya nak suka baking ni plak :) nak tahu resepi nya apa ? meh baca kat entri lama. KLIK SINI & SINI

okay. jom kita tengok hasil projek weekend kita kat dapur rumah orang. hehe :P



apam polka dots yang tak berapa nak polka dots sangat -.- hahaha. okbai.


actually, kitorang ada kesilapan teknikal sikit. soo, apam ni tak berapa nak gebu sangat. haih sabor jela. wkaka. dah la ni 3rd try aku buat apam ni. tapi, guna resepi lain. kalau nak tengok resepi 1st trial & 2nd trial, tengok kat SINI & SINI. :) hee. itsokay, kita belajar dari kesilapan okay ? :) 

next, kek batik coklat !

this one is the best. hee. padahal, baru 2 kali buat kek batik ni. haha. tapi yang ni lagi better la dari yang 1st try haritu. hee. :D 



huduhnyaa potong -.-


yummy ! :D addicted okay. hehe



last one , moist choc cake. the simplest cake ever ! selain kek batik la. hehe. resepi ? dah bagi kat atas tadi. sila scroll ke atas balik ye :)


gambar blur. tangan menggigil tak tentu pasal agaknya -.- 


yang ni clear sikit. haha. tapi tapi, topping yang aku buat tak jadi :'( sobss. for the first time. hahaha. sebab tu hodoh sikit rupa dia kan. hehe. takpela. asalkan rasa dia still sama. 

okay laa. tu je la story aku hari ni. hehe. buat mereka yang rindukan entri dari blog aku (cewah perasan sungguh awak ni), hopefully rindu uolss dah terubat ye. haha. okay jom muntah hijau ramai ramai. :P

by the way, nak say thanks to maksu fuza yang bagi kami pinjam dapur dia. sekali dengan anak dara dia 2 orang, sorang 7 tahun, sorang 4 tahun, pun sibuk bertukang kat dapur. haha. dah macam kelas baking pun ada. cuma pelajar nya, si cilik 2 orang tu. bila dah selesai baking, berkecah habis dapur. haha. jenuh kakak fuza & kakak farhah ni kemas balik dapur. takut mama dorang bising nanti. haha.

okay la. goodnight alls. thanks for reading. 
assalamualaikum, cinta :)





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D