Monday, July 15, 2013

Resepi Choc Cheese Marble Cake :D

hai & assalamualaikum !
salam ramadhan ke-6 ye kawan kawan. cewah. hehe
 semalam try buat kek marble choc cheese. first attempt. alhamdulillah, jadi jugak. hee. buat pun sebab nak bagi adik bawak bekal balik Uitm. then, ada someone request resepi & suruh ajar camne nak buat. hee. so, kita ajar kat sini lah kan. dah macam blog masakan dah blog Farhah Aries ni ye. hehehe. 


kek paling hodoh pernah aku buat -.-' haha


nyumnyumm. hehe. 

okay tuan tuan & puan puan , sediakan bahan bahan yang berikut ye. hee.

BAHAN-BAHAN 

*kek coklat*

250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

*topping cheese*

250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (aku guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon (tak letak sebab takde)
1 camca teh jus lemon (ganti dengan esen vanila kalau takde)
2 camca besar susu sejat


okay. FYI, aku amek bahan bahan dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN. tapi , cara buat nya aku ikut logic sendiri. hehehe. tapi nasib baik jadi la. hee. 

CARA-CARA 

*kek coklat*

1- pukul mentega sampai kembang. 
2- masukkan gula sikit sikit sambil pukul. 
3- masukkan telur sebiji demi sebiji. sambung pukul sampai sebati. 
4- masukkan esen vanila & susu & pukul sampai sebati. 
5-  masukkan bahan yang dah diayak tadi sikit sikit sampai habis. 
6- masukkan dalam loyang. letak tepi dulu.

*topping cheese*

1- pukul cream cheese dan gula sampai kembang & sebati. 
2- masukkan telur, susu, & esen vanila. pukul lagi sampai sebati. 
3- tuang atas lapisan kek coklat tadi. kalau rajin, lorek2 kan sikit guna lidi, so that dalam dia ada corak sikit2. hee. 
4- bakar sampai masak dengan suhu 150C (bergantung pada oven masing masiing ye)
5- dah siap masak, sejukkan dulu baru potong. baru cantik potongan nya :) hee. 

okay tuan tuan & puan puan. senang kan cara cara nya ? hehehe.
semalam buat makaroni bakar jugak untuk bekal adik bawak balik & menu buka puasa. emm nak update resepi ke ? tengok lah dulu ye. hehe. tapi nak letak gambar jugak. 


ni untuk budak tu bawak balik Uitm. hehe


ni untuk berbuka puasa kat rumah dengan family. hee. 

selamat mencuba semua !
byebye :)











suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, July 12, 2013

Resepi Mini Mango Pavlova yang comel. hehehe

hari ke-3 berpuasa !
assalamualaikum & hai semua !
masih berpuasa ? good :) hee. 
entri sebelum ni aku dah janji nak update resepi pavlova kan. so now, jom kita tengok resepi & cara cara nya ya tuan tuan dan puan puan. ( feeling feeling rancangan masakan sikit. hehe )

mula mula, sediakan bahan bahan nya ya. 

BAHAN-BAHAN :

*untuk meringue*
4 biji putih telur ( kuning telur korang buat la telur dadar ke, ape ke )
3/4 cawan gula kastor ( kalau taknak manis sangat, kurang kan lagi )
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

PRECAUTION : pastikan alat2 mixer korang tu bersih dari segala jenis kotoran, habuk, air, minyak okay ! kalau tak, nanti effect kat meringue korang tu jadi ke tak. haa. be careful taw. hehe.and pastikan jugak, korang asingkan telur putih & kuning tu elok2. jangan ada sikit pun kuning telur tercampur. okay !  

*untuk topping*


sukatan ? emm aku guna 1 cawan. then pukul sampai kembang & gebu. hee. suka sangat rasa whipping cream ni. manis je macam aiskrim. :D 

disebabkan nama pavlova ni nama dia mini mango pavlova, so i used mango la. hehe. kalau nak lagi sedap & afdal untuk pavlova ni, letak la strawberry & kiwi or apa apa buah pon boleh senanye. hehe. 

CARA-CARA : 

1- pukul putih telur sampai berbuih macam buih sabun tu. hehe. 
2- masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. masuk gula, pukul, masuk gula pukul. sampai gula habis. 
3- pukul sampai meringue tu jadi putih molek gitu. lajukan sikit speed mixer tu. 
4- pukul sampai jadi meringue yang betul betul jadi punya. camne nak taw ? haa. meringue yang betul betul jadi bila korang terbalikkan meringue tu, dia takkan jatuh. maknanya dia elok melekat. hehe. kira dah pekat & likat la tu. 
5- masukkan tepung jagung, esen vanila & cuka sikit. lepastu kacau sikit sampai sebati. 

so dah siap dah meringue kita. hee. so ada 2 pilihan. kalau nak buat mini pavlova, korang picitkan sikit2 dalam paper cup ikut suka korang la nak saiz camne. kalau aku, sudu kan je. hehe. kalau nak cantik, guna piping bag :) 

and kalau nak buat pavlova besar yang biasa tu, sediakan baking paper atas loyang. buat bulatan besar mana korang nak. lepastu, tuang je meringue dalam bulatan tadi. 

sebelum bakar meringue tadi, panaskan oven dulu dalam 15-20 minit. lepastu, bakar meringue tu dalam 1 jam - 1 jam 15 minit (untuk pavlova besar). suhu bergantung pada oven masing masing. aku guna api atas bawah, suhu 150C. 

bila dah siap bakar, sejukkan dulu meringue dalam oven. bila dah sejuk, letak je whipping cream yang dah siap pukul tadi. lepastu susun je buah buah yang sepatutnya. kalau aku, guna mangga. so potong kecik2 dulu. tapi ikut suka korang la. kalau nak potong besar pun takpe. ikut kreativiti masing masing okay ! 

the most important thing bila dah siap pavlova kita, masukkan dalam fridge. sejukkan dulu. baru sedap nak ngap. hee. 

camne rasa dia ? emm pavlova ni memang manis. hee. that's why kita digalakkan letak buah yang masam masam. baru balance rasa dia kan. hee. masam masam manis gitu. memang emphhhh ! la rasa pavlova ni. hee. meringue yang da siap bakar tu, rasa macam marshmallow taw. omey angat. hee. cair je bila masuk dalam mulut. :D aishh terliur plak bila menaip pasal ni. haha. opss puasa ! 

kali ni kita letak kecik kecik je gambar ni ehh. hehe. nanti ada yang terliur teruk nanti tak dapat den nak selamatkan la :p hee. 




harini adik balik rumah. so maybe weekend ni semua family members ada kat rumah. yeay ! tak sabar nak berbuka ramai ramai. rasa macam nak buat lagi la pavlova omey ni. ehem. tapi kali ni kena ada strawberry jugak. tak kira ! hehe. 

okay lah. untuk anda semua yang sedang merenung lama lama gambar kat atas ni. udah udah ler. apa kata korang gi beli bahan2 atas tu, then try buat sendiri. hee. tak susah punnnn kan ? okay. selamat mencuba semua :)

byebye ^^,









suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, July 11, 2013

pavlova vs triffle during potluck :D

assalamualaikum & salam ramadhan semua ! 
harini dah masuk hari ke2 puasa. hopefully semua tak ponteng puasa ye, kecuali bagi mereka yang takleh nak elak tu. ehemm. hehe. 

first of all, nak minta maaf awal awal sebab entri kali ni pun mungkin buat anda terliuq seperti entri entri aku yang sebelum ni. hehe. apa lagi kan, gambar makanan la. hee. blog ni bau makanan memang kuat. haha. 

okay, nak story ni, Isnin lepas, 2 day before ramadhan, office ni buat potluck aka jamuan makan makan aka sambutan hari jadi baby bulan Jun. haa panjang nama gitu. hehe. so, semua staff digalakkan bawak makanan la. siap listkan lagi, siapa bawak apa, semua. hehe. aku pun decide la nak buat triffle. sebab tu paling senang. then, terasa nak buat pavlova jugak. sebab akak akak ni excited bila dorang dengar aku boleh buat pavlova. hehe. so, last minute decide, buat jugak la pavlova hari Ahad sebelum jamuan tu. hehe. and triffle jugak. disebabkan last minute decide nak buat pavlova tu, malas dah nak gi cari strawberry bagai. haha. godek godek fridge, ada mangga. haa bedal lah ! mangga pun masam masam manis jugak kan. okay laa. hehe. so, i named it mini mango pavlova. haha. saja buat yang mini sebab senang orang nak ngap terus. takyah potong2 bagai. hehe. 

jom tengok gambar ! hehe. sila jaga iman masing masing ye. tengah puasa kan ? hehe :P


mini mango pavlova yang omeyyy. hehe



haa dah siap susun kat meja office utk jamuan makan. hee. tunggang terbalik dah pavlova aku. haha



this one triffle. 3 bekas kau. haa. nyumm :D



oh sila jaga iman anda ! hehehe. 

jom layan gambar kawan kawan & akak akak & abang abang office kat sini plak. hee. 


gila gila kami & akak akak kat belakang tu. hehe


the power of six. cewahh. hehe. 


bos pun interframe jugak blakang tu. tengah syok makan. kekeke


peace semuaaaa ! Y



haa ni bday boy & bday girl. hehe. abang firdaus & kak lyn preggy mummy yg omey. hehe


ni dengan semua akak akak ofis yang comel comel belaka. tapi err, yang hujung kanan tu tak dikenal pasti identiti nya. haha. 


dengan abang2 ? err takmo lah. kami kamceng dengan akak akak je. abang abang tu semua dah berpunya. hehe. 


haa ni la workplace kami. bilik meeting ni dah jadi hak milik kami. hehe. 2 orang student UTM, 4 orang student UiTM Arau. really nice to meet them :) hee. 

oh, lupa. ada orang request suruh ajar camne nak buat pavlova. emm entri ni dah panjang sangat plak rasa. hehe. kita jumpa kat next entri la ye ! :) byebye. 





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, July 4, 2013

officially as a UTM cool bloggers :D

hai & assalamualaikum semua ! 
macam biasa la. now kat ofis, tengah melagha, baru lepas layan live streaming Dahil May Isang Ikaw kat live TONTON. muehehe :D sambil menaip sambil kunyah subway cookies :D so tetiba rasa rajin plak jari jemari ni nak menaip entri baru. 

okay. kelmarin, ternampak FB page UTM post pasal UTM Blogger Comunity ni. so, terasa macam nak join jugak lah kan. memandangkan ada 2 sem lagi kat UTM Skudai terchenta. hewhew. and kelmarin, im officially a UTM cool bloggers :D and guess what ? aku orang ke-21 yang dah register untuk UTM cool blogger ni. hee. tak perasan plak ada award untuk 1st ten registered UTM blogger. tapi takpe laa kan. hee. 

ce tengok ce tengok : 


yang highlighted tu laa blog titewww. hihik. okay minta lempang je. hehe.
siapa rajin rajin tu boleh la follow blog aku okay :)

camne nak register ? jom ke website nya dulu kat http://blogger.utm.my/ 


pastu, klik kat 'REGISTER' atas tuu eh. then, isi jela form yang disediakan :) nanti kita akan dapat emel yang menyatakan kita da officially registered certified UTM blogger :) and akan disertakan sekali kod untuk badge  award yang kita dapat tu. hee. macam aku, baru dapat badge untuk 1 star je. hehe. tapi takpe. nanti dorang akan pantau blog kita, and kalau layak, akan dapat badge yang seterusnya. okay ? 

so, selamat mendaftar bagi student UTM yang ada blog tu ye. hee. meh sama sama kita follow menfollow, komen mengomen, & ziarah menziarahi ehh. :)

and thanks to all my followers yang selama ni sudi follow blog Farhah Aries ni ye. and to my dear MSD, thanks for always supporting me and my blog. hee :D ( cewah bagi ucapan macam dapat grand award je. haha okbai )

au revoir ! ^^,


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D