Thursday, June 30, 2011

show your love !

assalamualaikum & selamat malam semua ! :)

*current playlist : eternal flames - the bangles*

malam ni tiba tiba rasa nak jadi doktor cinta. hee. boleh tak boleh tak ? boleh kan aje. peduli apa aku. :P hehe
ehemm ehemm. aku tahu, korang semua mesti ramai yang dah berpunya kan ? dah ada orang yang tersayang masing masing kan :) & kebanyakan dari kita, lelaki mahupun perempuan mesti ada cara tersendiri nak tunjuk kan rasa sayang & cinta kita kat pasangan masing masing. tapi kan, selalu nya, si bf mesti bagi bunga kat gf dia laa. bagi kad ucapan romantik la. lagi lagi masa hari jadi dorang kan. tak pun, bagi chocolate as birthday gift. yang si bf bagi sejambak bunga kat gf dia. siap bawak pergi dinner kat tempat romantik mewah ala candle light dinner lagi kan. hehe.

tapi semua tu terpulang la kat diri masing masing right ? but for me, tak semesti nya, bila kita sayang orang tu, kita kene bagi hadiah segala bagai. cukup dengan tindakan sederhana je dah mampu buat dia orang yang special untuk kita. :')

sini, aku ade beberapa cara untuk tunjuk kan rasa cinta & sayang kita kat orang yang kita sayang tu.

first
ungkapkan perasaan secara langsung
contohnya, masa kita keluar date dengan bf kita. masa tengah bosan tunggu order makanan ke, pegang tangan dia, pandang mata dia. then cakap. " sayang, i love u lah." sambil buat muka paling manis sekali. ^,^ then bf korang mesti cakap macam ni. " you ni kenapa meroyan tiba tiba nak romantik ni ? i dah la lapar nak mati ni " -.-' haha. kalau bf korang cakap macam ni, korang blah je terus dari situ. hehe. eh tak tak, yang tu cuma contoh je. takkan bf korang cakap camtu plak kan. mesti dorang lagi suka kalau kita express kan feeling kita depan depan. bagi si bf plak, gf korang lagiiii suka kalau korang buat camni. sebab perempuan ni kan berhati lembut. percaya la. :)

second
jujurlah pada pasangan
haa. ni yang paling penting kan ? kejujuran seseorang tu penting. kalau kita tak nak kene bohong dengan bf kita, so kita pun jangan lah bohong dekat bf kita kan. fair & square la. kalau ada apa apa, cerita la dekat pasangan kita tu. jangan nak main secret secret 24 hours. sebab, kalau pasangan kita dapat tahu sendiri dari mulut orang lain. tak pasal pasal plak boleh timbul syak wasangka yang bukan bukan kan. so, better kita bagi tahu dengan mulut sendiri kan ? :) tapi, jangan la nak busy body sangat plak. makan, minum, berak, kencing semua nak amek tahu. haha. yang tu lebih lebih la kan.

third
beri kejutan
surprise ! hehe. tak semestinya birthday je ada surprise kan. bila kita sayang orang tu pun kita boleh bagi surprise jugak. misal nya, si bf buat something special untuk sambut anniversary korang. yang paling best, kalau lelaki tu ajak pergi picnic. then siap bawak food yang si bf masak sendiri. auww :') that's so sweet. lepastu picnic plak kat tepi pantai. angin pantai sepoi sepoi sapa kita. perhh. memang romantik sangat kan. hee. :D memang special la anniversary korang time tu. dengan terbukti nya, bf korang tu memang calon terbaik nak jadi teman sehidup semati. hee. tapi tapi, jangan plak korang spoil kan sweet moments korang dengan : " b, ni yang i sayang u sangat sangat. sebab nanti bila kita dah kawen, u jadi chef i kat rumah ye. sebab i tak tahu masak la sayang. hehe. " -.-''

fourth
hargailah pasangan kita
ehemm. yang ni pun penting taw. contoh nya, kita ucap terima kasih kat pasangan kita untuk apa yang dia dah buat or korban kan untuk kita. ye la, kalau korang iye iye laa buat macam macam nak bagi bf korang terharu dengan korang. pakai cantik cantik pergi date, siap pakai baju kaler feveret bf lagi. sekali dia buat dek je ? haha. memang sakit hati kot. at least, cakap la macam ni. " sayang, you look so beautiful today. you are my only one princess. thanks sebab sudi korban kan masa study you untuk keluar dengan i. hee " haa. kan sedap bunyi nya. lagi lagi bila kita dah korban kan study week sebab nak keluar date dengan bf. HAHA.

fifth
berikan pujian
opss. yang ni lain taw dengan yang keempat tadi. memang la bila kita bagi pujian dekat gf kita, gf kita rasa dihargai. tapi, jangan la menipu pulak kan. mulut kata lain, hati kata lain. haa. tak elok tawuu. tak ikhlas nama nya tu. hehe. contohnya : " sayang, you nampak cantik sangat dengan blouse merah, skirt biru, shawl oren, kasut kuning & handbag hijau yang u pakai ni " padahal dalam hati, ' macam mana aku nak jalan sebelah gf aku ni. dah macam pelangi dah aku tengok. pelangi pun tak meriah macam ni '. puji biar ikhlas la bro ! haha. tapi jangan terlebih jujur plak.
" sayang, i tengok u ni dah macam pelangi la. malu i nak jalan dengan u taw". opss ! jangan menangis ye si gadis. hehe :P

see. senang kan ? takyah susah susah nak bagi hadiah segala bagai. dengan tindakan kita je, dah cukup buat si dia rasa istimewa bagi kita kan. :) kadang kadang, dengan perkatan 'sayang' pun, dah rasa special sampai boleh angau overboard. hihi. tapi ada jugak lelaki kat luar sana yang kedekut sangat nak sebut word 'sayang' ni. satu perkataan pun susah ke, sayang ? :P bila gatal gatal nak ngorat perempuan lain tu rajin plak sebut. al maklum laa, nak cairkan hati perempuan. hati gf sendiri tak plak yang sakit. ish ish. hehe.

khas untuk korang yang dah baca nasihat doktor-cinta-tak-bertauliah ni, layan la lagu SHILA ft RAN ni. aku dedicated lagu ni untuk korang semua. terima lah ! TUNJUKKAN CINTA. xoxo.

video

show your love, cornetto. eh tiba tiba ngidam aiskrim plak. :P hihi

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: