hye korang !
nampak tak gambar kek atas ni ? hee. terliur tak ? muahaha. saja buat korang terliur. lagi lagi buat korang yang gila kan cake, chocolate, chocolate cake atau semua yang adik beradik dengan dia maaaaaacam aku ! ngehehe. semalam punya kes la ni. bosan sangat duduk rumah. siang dah penat kemas rumah, sidai kain, lipat kain, sental bilik air. malam plak terasa nak buat kek. hehe. lagipun, dah lama tak buat kek choc ni. last baking masa birthday ibu bulan 5 haritu. buat cupcake. baca kat sini eh.
nak resepi tak ? tehee. resepi ni dah lama sangat ada taw. dah ada dalam buku resepi my mum a long long time a go. masa aku kecik lagi ohh. buku resepi tu pun dah kuning kuning. hee. terbukti nya kertas tu dah lama. & now, aku nak share resepi special ni dengan korang. senang je kot. pus bahan dia senang jee. :)
bahan A
1 1/4 cawan tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1 cawan koko
bahan B
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan air masak
1 cawan minyak masak
langkah-langkah
1. ayak semua bahan A
2. pukul telur & gila halus dalam mixer.
3. tambah susu pekat & air masak satu persatu. then pukul sekali.
4. masukkan bahan A yang dah diayak tadi. pukul hingga sebati.
5. masukkan minyak masak. kacau & sebati kan.
6. masuk dalam acuan, then kukus sampai masak.
7. tadaa ! dah siap. hee.
see ? senang kan ? seriously senang. aku recommend kan dekat korang, try lah buat. serious tak rugi. hehe. & hasil dia sedap kot. plus moist gila.
topping chocolate ? err. yang tu tambahan je. hee. nak bagi lebih sedap & cantik kan. so korang letak je la ape ape yang patut. :) selamat mencuba semua !
testimoni ? sila tanya adik bongsu saya merangkap pelanggan tetap saya. muahaha ! :P second testimoni ? pagi tadi, ibu bagi kawan dia rasa. then, boleh plak auntie tu cakap, " ni boleh jadi menantu ni. meh la kita berbesan ye mazanah." tettt ! HAHA. sila rasa tercabar ye mr.F.
p/s : aku pernah try 1 resepi choc cake dari internet, tapi hasil nye tak sedap pun. -.-' maybe aku yang tak pandai buat kot. HAHA
that's all from me this amazing sunday. love love. xoxo ! :)
6 comments:
sedaaaaaaaaaaaaapnye.nak try buat la..thanks for the recipe :)
memang sedap. hee. :) try laa buat.
no biggie dear :)
farhah.. try ganti air ngan dutch lady choc.. lagi nyummm44 :D
oohh yeke ? lagi chocolatey laa eh eh ? hee, nanti boleh try. thanks fatin ! :)
gula halus tu klu blend gula biasa sama tak?
susu pekat ganti susu biasa boleh?
tiba2 rasa nk makan
thanks in advance
shaouqi : yes, boleh. gula biasa diblend pun bleh jugakkk :)
susu biasa tu susu cair or susu tepung ? hee. boleh rasanya. tapi kalau boleh ikut resepi la. kalau adjust pn asalkan rasa dia sedap okay aje :) most welcome.
Post a Comment