Sunday, August 28, 2011

jackers 0708 gathered

hoyeahhh akhirnye sempat pun nak update blog ni. aduyai. busy oh semalam & kelmarin.
sibuk kemas rumah & shopping raya. sekarang pun tengah kemas rumah sebenarnya. haha. tapi aku curi curi online kejap. ngee. kerja aku dah siap sikit. kejap lagi baru sambung balik. hehe.

okay lah. straight to my story kelmarin.
iftar with jackers 0708. kawan kawan SEPINTAR. aduyai. rindu gila kat korang. sempat jugak jumpa & iftar sekali kan ? hee. thanks a lot to the organizers, izzah & afifi. also syafiqah (yah ). hee. tapi sedih gila kot izzah tak dapat join. huwaaaa :'( nangis kejap. okay dah. sambung story. hehe

iftar kitorang was held at chop & steak, steak house, kg baru. very nice place. i like. hee.
food price dia reasonable la jugak. & sedap laa. kenyang la jugak aku makan 1 plate tu. hehe.


buku menu 1


buku menu 2


honey dew - rm2.50.


chicken marmalade - rm 10.90.


teman saya hari itu. meet my girl, zaty. miss u babe. :)


sesi temuramah after selesai makan.


kaum adam. 9 orang yang rajin menghadirkan diri. terima kasih korang. :)


kaum hawa. 4 orang je ? haha. yes. yang lain tak dapat datang. sob sob.


tak tahu la apa motif gambar ni. haha.

honestly, aku happy sangat dapat jumpa korang semuaa. mana taknya. 2 tahun kot tak jumpa kan. ada yang dah jadi pak arab, pak turki, pak korea. eh. salah. hero korea. haha. aku je yang still malaysian. ecewahh. hehe.

anyway, goodluck guys. wish u all the best. take care of yourself where ever you are.
friendship never last okay ? ingat balik pahit manis 2 tahun kita bersama. haha. memang takkan lupa. :P peace yaww ~

lastly, selamat hari raya maaf zahir batin kawan kawan. jemput datang rumah. hee



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, August 26, 2011

berbuka puasa di bistro qaseh.



salam guys ! dah lama rasanya tak update blog kan. hee.

skang nak update lah ni. nak story semalam punya cerita. hehe.
semalam, my last day kerja. soo, my officemates buat belanja buka puasa dekat bistro Qaseh, seksyen 13, shah alam. hee. buka puasa kann, so ada buffet la. satu kepala rm22 (dewasa) & rm15 (kanak-kanak). below 6 years tak payah bayar. jom layan cerita semalam ~


ni lah dalaman bistro Qaseh ni.
(courtesy from google)


booked by alina BAJET comel. hehe :P
memang kene book dulu, sebab kalau walk in je memang penuh.


masing masing baru sampai. sembang sembang dulu. nak tunggu buka lambat lagi.


budak tecik si toncet sesat. hehe. meet keysha, with her mum.


around 7.15 p.m, meja dah penuh macam ni. haha. pukul 7.30, meja memang dah tak muat nak letak apa apa lagi. betapa tingginye nafsu makan ! haha. walaupun aku tak layak nak makan dengan orang berpuasa. tettt ! :P


siap ada kek lagi. yeay yeay ! i loveee cakes. <3 yummy. hee


jom potong kek sama sama. segan segan kucing gitu. haha. time ni manyak kamera oh. flash sana sini. macam rhetiss gitu. haha. with emilia the sarawak-ian. hehe
(kualiti gambar tak berapa nak cantik sebab sdn bhd je. kamera 5 mp mana nak lawan dslr kann. :P) hehe


si toncet keysha lagi. nama macam artis gitu. haha.
(selekeh nye saya -.-')

ooh alamak ! lupa nak snap gambar dengan tiap tiap sorang akak akak comel uh. -.-' camne bleh lupa ni. huwaaa. pasni kita tak jumpa kat office lagi dah. sob sob. insyaallah ada rezeki kat lua kita jumpa ehh. kan alina comel ? :P haha. *muntah sekarang !

a big thanks for you akak akak comel semua :) for the owsem buka puasa & makan makan. hee. i love u lahh ! seriously, i'll miss u guys. & i already missed u all. :') buat emilia, selamat terbang ke sarawak. jumpa lagi bila ada rezeki kann. :) hee

okay lah. jumpa lagi di next entri ! petang ni nak buka dengan ex-SEPINTAR plak. hee. tak sabarnyee !
byebye !


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, August 18, 2011

pandanglah lihatlah, kaki ku yang cantik :P

aku paling benci menuggu.
so, ni lah hasil dari penungguan aku. -.-'
tunggu apa ? :O








tunggu komuter tiap tiap petang. T.T
godek godek ace tersayang. nasib baik ada camera cool macam ni. hehe :P
gambar kaki sendiri pun jadi laa. HAHA.
layannn~

sorry entri ni merepek. haha. okbai. :P



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, August 14, 2011

terima kasih follower ke -100 ! hee



happy nye aku malam ni oh ! hee. sebab followers dah cecah angka 100. ;DD hee
terima kasih sangat sangat kepada follower ke-100. entri ni saya dedicate khas untuk awak ! :)
tapi tak lupa jugak kepada follower ke-101 & 102. terima kasih sebab sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. ehe. mintak tunjuk ajar laa ye kawan kawan. thank youuu ! :)

setelah 15 bulan berblogging baru lah dapar cecah follower ke-100. ehe. kesian saya kan kan. :P
harap harap lepas ni followers saya cepat bertambah. :)

oh terima kasih jugak kat semuaaa followers saya. tanpa anda semua blog saya tak bermakna. :')

selamat malam followers semua. saya sayang awak semua lah ! hee :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

jom layan hobi baru saya. tehee ;DD



tadaaa ! hee. cantik tak cantik tak ? :P sempena raya ni kan, tiba tiba rajin nak buat hobi baru. eh tapi kan, sebenarnye dah lama dah buat benda ni. just on off laa. hee. yang ni pun sebab baju raya aku plain & kosong takde manik. so, aku pun beli la manik, then tibai la jahit sendiri. haha. yang tu pun simple je. sebab takde idea nak buat design camne. hehe. gambar atas ni edited version. yang real colour punya camni :



hehe. theme colour family aku tahun ni colour choc gold. hee. & kitorang beli baju siap je. sebab nak cari colour sama kan. haa. then jumpa la baju ni. baju plain kain songket. oupss ! semangat gila nak raya. haha. bukan apa, malas nak lambat lambat. dah siap beli dah. takyah pk ape ape kan. sempat tambah manik lagi. hehe.

bila jahit manik dah siap, tangan gatal nak menjahit lagi. hehe. then, nak try la buat felt craft ni.
aku tahu ramai yang dah buat benda ni. aku yang ketinggalan. ehe. masa balik kampung haritu ada la beli kain felt ni. so semalam, my sister & i try buat. ni la dia hasilnye. tak seberapa pun. sebab baru lagi kan. ehe.





jom buat banyak lagi nak ? hehe. nak buat design lain plak nanti. hee. :)



oh gambar ni takde motif. haha. amek before hantar budak qila ni balik hostel dia. oh satu lagi, nampak besar tak mata saya ? muahaha. new lens. :P okay perasan cantik. kbai.



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv

assalamualaikum semua.
aku nak ajak korang hayati video ni.
kisah seorang artis yang pernah berhijrah dalam hidup beliau.
jum sama sama hayati & rasai apa yang beliau cerita kan dalam kisah beliau ni. :)



renung renungkan dan selamat beramal semua :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Saturday, August 13, 2011

al-Fatihah buat atok abah.



tanggal 10 ogos 2011, aku kehilangan seorang atok, ayah kehilangan seorang abah, ibu kehilangan seorang bapa mertua. aku tak tahu cerita sebenar macam mana atok abah 'pergi'. yang aku tahu, atok semput & sakit dada. otw pergi klinik, atok dah terlentok dalam kereta. betapa senangnya atok 'pergi'. maklang cerita, atok baru lepas solat zohor. masih dalam wuduk lagi. dah siap mandi bersih bersih lagi. betapa sucinya atok masa tu.

padahal, 3 hari yang lepas, aku & family baru je balik kampung jumpa atok. atok nampak sihat. boleh jalan, boleh makan. cuma atok nampak murung & senyap dari biasa. sempat la family aku bersahur & berbuka buat kali terkahir dengan atok. sempat juga ayah bawa atok pergi masjid untuk solat subuh berjemaah. cuma terawih je atok tak larat nak pergi. atok duduk tengok tv sorang sorang layan cerita feveret dia. alhamdulillah sangat kami sempat jumpa atok yang masih bernyawa buat kali terakhir. sempat salam tangan atok sebelum gerak balik ahad yang lalu. aku ingat lagi, masa dah masuk kereta, atok tanya. ' bila balik lagi?' ayah pun jawab la, 'raya nanti'. then atok cakap ' nanti semua anak abah mesti balik semua'.

sekali memang betul betul jadi. 10 hb tu, memang semua anak atok balik. penuh rumah atok. aku & keluarga sampai rumah atok jam 9 lebih. masuk pintu rumah, terpaku kejap nampak tubuh atok terbujur kaku dah ditutup dengan kain batik. :'( masa tu ayah terus pergi dekat jenazah atok, cium dahi atok sambil menangis. tepi tepi atok semua pakcik & makcik tengah sedekah kan yassin untuk atok. sedih sangat masa tu. aku pun tak tertahan sebak tengok ayah menangis. uhuk.

aku tak pernah kehilangan atok atau nenek lagi. atok abah la yang pergi dulu. sebab atok & opah belah ibu masih ada lagi. sekarang atok abah dah pergi, tinggal la atok mak sorang sorang. aku dah kekurangan seorang atok :'( sebab tu aku terasa sangat dengan pemergian atok abah walaupun aku tak rapat sangat dengan atok. sebab cucu atok abah ramai sangat. cicit pun dah nak masuk 7 orang. tak terlayan semua.

perkara paling aku tak boleh lupa kelmarin. bantal 'wangi' aku secara tak sengaja telah berjasa untuk atok. bantal tu dah dibuat lapik masa memandikan jenazah atok. mokteh yang amek masa kami kaum perempuan tengah tahlil untuk atok. aku tak sempat nak halang mokteh. uhuk. terpaksa korbankan bantal kesayanganku.

sama sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk atok abah, haji sebi bin lakom.

al-Fatihah




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Monday, August 8, 2011

cerita kedai kopi :D

hello guys ! eh bulan barakah ni.
assalamualaikum semua ! :) hee.

cuba teka entry kali ni pasal apa. mesti la feveret aku. haha.
ape dia ? FOOD ! ngehehe. aku memang suka makan. harap maklum. :)
tak caya baca sini, sini & sini. haa. :P

so, dipendekkan cerita, me & my family (excluding abang & qila. muahaha ) try makan kat satu tempat ni. kira buka puasa la jugak. tapi after solat maghrib. hehe.

dekat sini : KEDAI KOPI.
lokasi : tepi tasik shah alam.

tempat ni nice la. kalau pergi malam malam memang cantik la. sebab sebelah sini ada tasik, then sebelah sini plak ade waterfall. tapi tak boleh mandi la. haha. kalau siapa nak mandi pun boleh jugak. terjun je. :P hihi.

price dia ? affordable la. okay la. lebih kurang macam cafe, & seumpama dengannya. dah nama pun KEDAI KOPI kan ? hehe :)


buku menu


bergambar dulu sambil tunggu makanan sampai. haha. ibu terpaksa layan anak dara dia ni. :P
belakang tuu la waterfall. haa :)


dah sampai my food. hee. apetah nama dia. dah lupa. HAHA. cantonese fried mee kot. hehe


this one my lil bro punya. spaghetti apetah. lupa nama jugak. HAHA


bergambar dengan food. itu sudah semestinya ! hehe. :P
besar oh plate dia. haha.

okay lah. itu je untuk kali ni. :)
hope you guys terliur. eh tak ! hope you guys suka dengan entri kali ni. hehe :)






suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Tuesday, August 2, 2011

prawn mee floods :D

hye semua ! dah lama plak tak update kann. rindu tak rindu tak ? errk. *gedik gila* haha

tengok tajuk tuu agak agak korang paham tak ? muahaha. tu nama nya translate rojak. ekeke.
sebenarnyee, aku nak story pasal mi udang banjir. hee. cuba korang google translate. mesti dapat macam tajuk tuu. HAHA. okay dah stop merepek.


adik ku yang dah macam takde rupa adik ku dari segi warna kulit. opss ! HAHA


bersama mem besar. hehe. puan mazanah mamat. :)
oh time ni big boss tengah isi minyak. hehe.

weekend lepas, masa otw balik kampung, me & my family singgah makan dulu. betul betul tepi jalan. MEE UDANG BANJIR. located at sekinchan, selangor. haa. memang femes kot benda alah ni. plus, ramai gila orang. :O sampai susah nak dapat meja. lagipun, memang sedap kot mee dia. macam ala ala mee rebus tapi dia letak udang. fresh oh udang tu. memang special laa. hee.

jom layan kisah aku makan mee banjir ni. -.-'


nampak tak signboard tuu ? betul betul tepi jalan. haa.
oh itu ibu saya. saja jadi model-tak-berbayar saya. hihik. sorry ibu. :P


'bila mee ni nak sampai ni'. aku bebel sorang sorang. muahaha. korang peduli apa ! :P aku dah lapor time tu. haha.


tadaa ! dah sampai pun. haa. terliur tak ? haha. siapa yang tengok masa tengah puasa tuu, tahan laa nafsu tu ehh. :P tak nampak udang dia pun. meh zoom lagi.


nampak udang tak ? aish main nyorok nyorok plak udang ni eh. meh kita zoom lagi. hehe.


haa nampak tak tuu udang dalam banjir. erk. haha. 8 ekor udang satu mangkuk. :D


1,2,3 snap ! tiba tiba ada tangan plak menyibuk. -.-' siap ada daun lagi kat jari tu. HAHA.
penat aku posing siap siap taw. ibu, tolong snap lagi sekali ! hehe. :P


haa. kan dah ok. takde yang menyibuk. haha. nak jugak snap gambar dengan mee banjir tu.

puas gilaa dapat makan mee ni. udang 8 ekor ! siapa tak puas kan. haha. so, siapa siapa yang pass by area sekinchan sana, singgah laa ye. oupss lupa ! sekarang kan tengah puasa kan kan. hee. singgah laa masa berbuka puasa nanti okay :) kedai ni bukak sampai pukul 10 malam.

------------------------------------------

okay dah sampai kampung. tehee. masuk masuk rumah opah, terus nampak ade makhluk berbulu comel ni lari masuk bawah sofa. apa lagi. aku pun kejar la. haha. meet fluffy, kucing manja maksu aku. hee. ala tomey tomey. >.<



esoknya, hari ahad. nak balik klang balik da. hee. jom bergambar dulu dengan opah & atok. uzur dah dorang kan. uhuk. cian opah & atok.



itu saja buat malam ni. selamat malam kawan kawan ! :)

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D