Sunday, November 25, 2012

in love with Desaru ♥

                                                                hai hai assalamualaikum semua ! :)
hari khamis yang lepas, Johor cuti. wehuu best sangat. so, kawan aku ajak pergi Desaru last minit. konon konon nak pergi waterpark la, ape la. hiks. last last cari pantai je. takyah nak bayar2 entrance kan. just spend money untuk duit minyak & tol(sebab lalu highway). oh, and also duit makan. hewhew. tu perkara wajib tuu. 

konon konon nak gerak pagi laa kan. pukul 9.30 pagi macam tu. last last, pukul 11 pagi jugak baru gerak dari UTM. kuikui. kitorang lalu highway yang amek masa satu jam setengah untuk sampai sana. so, around pukul 12.30 macam tu dah sampai sana. tapi, perut masing masing dah minta makanan sebab masing masing tak bekfes kan. so, kitorang singgah bandar penawar dulu bagi memenuhkan perut masing masing sebelum bermandi-manda. hee. 

around pukul 2 lebih macam tu. dah selesai makan & zohor, baru la kitorang jejak kan kaki kat pantai. FYI, aku baru first time sampai sana. so jakun la sikit. haha -.- jom layan gambarsssss (macam biasa la kan :P)


dah sampaiiiii. cantik kannnnn cantik kannnn ? bukan kitorang, tapi view belakang tuu. hewhew. 
nasib baik cuaca sangat sangat elok masa tu. menduuuuung je. takde la sunburn sangat. kuikui. 


okay, dah dapat port picnic, kami serbu dulu. posing nak amek gambar laa. ape lagi. haha. candid habis. semua tengah cover cover cun, betul kan tudung masing masing. perkara wajib bagi perempuan bila nak snap gambar. kan ? hiks.


haa kan omey tu bila semua dah ready. 1,2.... peace ! :)


tukar background plak. haha. pergi pantai, mesti la ber-background kan pantai ye dok ? peace lagi Paah ni. takde gaya lain kot -.-


eh, tukar port pulak. sebab jumpa port yang lagi redup, & sedap mata memandang. cewah gitu. hehe



dah setel port picnic, boleh jejak kaki kat pasir yeayy. posing sikit :B 


wajib lah ada muka tuan blog ni kannn. kuikui. and of course ber-backgroundkan pantai lagi. hee. eh jap. background kali ni laaagi menarik. sebab ada otomen belakang tu (bak kata maryam) wakaka :P 
sila abaikan muka tengah tahan panas tu -.- memang panas. dah sah sah baru pukul 2 lebih time tu. tak lama lepas tu baaaaru la redup :)


comel sangat mereka ni kan ? hiks. ada yang baru nak lompat, ada yang dah sampai udara dah, & ada yang tak lompat lompat lagi. haha :P


yang ni paling funny. tapi comel sangat ! haha. 


okay, gambar ni paling hudus. haha. muka memasing tengah kepanasan. kalah cacing kepanasan tu taw dak ? -.- 


seronoknyaaa duduk atas pasir ni. bak kata dorang ' kalau taknak pasir, balik bilik la'. kuikui. dah sampai sini, mana boleh nak balik bilik plak kan. haa. rugi nama nya tu. 


posing sikit. peace lagi paah ni -.- 

dah puas bergambaq tu, baru laa boleh tukar baju, & terjun dalam air. fuhh masa bergambar tu pun, tengok air, rasa macam dah memanggil manggil dah tu. tak sabar nak terjun. hilang terus fobia kat air -.- magic bin ajaib. haha. 

lama jugak laa kitorang berendam dalam air tu. nak dekat asar, baru kitorang pergi mandi & tukar baju & packing nak balik. hew. penat tapi best and berbaloi. 

byebye Desaru. 
lepasni saya jumpa awak lagi boleh ? hee :D

bye semorang ! :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

No comments: