Friday, June 28, 2013

durian crepe lagi. muehehe :D

assalamualaikum & hai semoranggggg ! 

entri before ni, aku cerita sikit pasal nak buat praktikal time cuti ni kan. so, im here. dalam office. kekeke. sempat update blog ye. yes. sebab kerja kitorang baru selesai. setakat ni la. nanti maybe ada kerja lain bos nak bagi. maybe la. hehe. bila tengah takde kerja ni, meh la rajin rajin kan diri update blog kan. daripada duk mengantuk, melagha depan lappy tak tentu pasal. kan ? hehe. 

so, nak cerita la. semalam try buat durian crepe lagi. sebab kebetulan ayah ada beli durian kelmarin. so, ada lebih tu, ayah suruh buat durian crepe. hee. sebelum ni dah 2 kali buat, buat dua dua different recipe yang aku guna. so, kali ke3 ni, nak try resepi lain plak. sebab yang 2 kali before ni tak memuaskan hati. kulit crepe tu agak tebal. haha. nak lipat pun susah. kuangkuangkuang. 

so, semalam kat office, google2 la resepi yang lain. and then, jumpa 1 resepi ni. guna 4 jenis tepung. haha. so, crepe yang terhasil agak nipis, tapi tak susah koyak and senang lipat. haa. best kan. hehe. 

meh aku share sikit resepi yang ni :)

Bahan-bahan untuk kulit :
- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian 


 Cara Membuat:


- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit..
- boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila byk buih..
- ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
- layangkan kuali agar adunan sekata..
- masak atas api kecil..
- masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu

thank you blog YAYA AZURA untuk resepi crepe ni :)

untuk resepi filling plak, aku guna whipping cream & of course la isi durian kan. hehe.

whipping cream that i used. tinggal kacau guna mixer sampai kembang, then terus letak jadi inti durian crepe kita. sedappp sangat whipping cream ni taw. rasa macam aiskrim gitu. haa. banyak jenis lain lagi whipping cream ni. tapi ibu belikan semalam brand yang ni. murah sikit dari brand lain. tapi rasa still sedap :)

okay. jom tengok rupa durian crepe ke3 Paah. muehehe

cakk !


omey sikit lipatan dia kann. haha. daripada yang sebelum ni. err tebal & susah nak lipat. hehe



nyummm ! crepe yang tak tebal, sedap untuk di makan. cewah :p


haa kali ni paling puas hati la buat durian crepe ni. yeayyy :D imma happy girl. 
lepasni nak buat lagi guna resepi ni je. takyah guna resepi lain. 
nak baca kisah durian crepe yang sebelum ni yang tak berapa nak jadi tu ? hehe. bleh baca kat SINI & SINI okay ! :)

okay lah. tu je nak cerita harini. hee. byebye :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, June 14, 2013

homemade pale colour pandan triffle ! haha :D

hai & assalamualaikum semuaaaaa !
oh lama sungguh aku tak update and jenguk blog ni. hewhew. kesiannnnn dia. 
almaklum la, haritu busy dengan assignments & projects yang melambak, then continue dengan final exam yang takde study week. boleh bayangkan tak how hectic my life is ! amboi berdrama kau farhah. kekeke. tapi tapi, sekarang dah bebas ! dah berakhir dah semester 6 yang sangat sangat memenatkan. fuh ! sekarang tengah cuti, tapi isnin ni dah start praktikal plak. wuuuuu T_T kejap nya rehat. sabo jela. (memang kena sabo) hehe. 

eh, jauh betul mukaddimah ni menyimpang dari title entri. hee. cik paah ni kalau da bercakap memang susah nak stop. cakap dalam blog laa kan :p hehe. ehemm okay. meh nak bagitahu ni. haritu aku buat triffle ! muehehe. baru first time buat. terlebih jakun sikit. tapi, alhamdulillah, menjadi jugak ! :) hee 
tapi tapi, ada jugak tapi nya okay. hehe. emm lapisan atas sekali, tak berapa nak cantik warnanya. haha. sebab biasanya orang buat warna merah. but, ibu beli warna hijau, perisa pandan. nak sedondon kan dengan  swiss roll perisa pandan, lapisan bawah sekali tu. but itsokay. rasa nya tetap sama :)
next, my custard is a lil bit thick. aku rasa la. hehe. sebab, bila makan, rasa pekat pekat dia tu. hmm lepastu, google la resepi lain, rupanya ada resepi yg custard tu cair sikit. i mean, sukatan tepung castard tu kurang sikit, daripada yang aku guna. hehe. okay lah, panjang dah bebel nya. jom tengok cemana rupa triffle paah chomel :p 


nyummm. hee. this one aku buat dalam bekas kaserol. ada jugak aku buat dalam bekas kecik2 tu. sebab tak muat bekas kaserol ni. hehe. 

 meh kita zoom sikit :


haa baru nampak 3 layers tuu kan. campur dengan buah koktail tu jadi 4 layers la. hee. 

haritu, dah janji dengan akak ofis, nak bake sumting untuk dia bila dah cuti. sebab tak dapat datang masa dia tunang haritu. soo, ada triffle yang aku buat dalam bekas bulat tu, aku kirim kat dia. hee. suruh ayah kirimkan. letak dalam paper bag, letak seketul kad ucapan kecik. and im glad she loved it ! hee :D 

okay lah. that's all for now. nanti kalau rajin, aku update pasal tempat praktikal ye. start pun belum, so taktaw nak tulis apa kan. hehe. kita terjah dulu ofis tu isnin ni. hope everything gonna be okay. insyaallah. cuak plak rasa nya. hee. 

goodnight loves ! 
salam :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D