Sunday, November 25, 2012

in love with Desaru ♥

                                                                hai hai assalamualaikum semua ! :)
hari khamis yang lepas, Johor cuti. wehuu best sangat. so, kawan aku ajak pergi Desaru last minit. konon konon nak pergi waterpark la, ape la. hiks. last last cari pantai je. takyah nak bayar2 entrance kan. just spend money untuk duit minyak & tol(sebab lalu highway). oh, and also duit makan. hewhew. tu perkara wajib tuu. 

konon konon nak gerak pagi laa kan. pukul 9.30 pagi macam tu. last last, pukul 11 pagi jugak baru gerak dari UTM. kuikui. kitorang lalu highway yang amek masa satu jam setengah untuk sampai sana. so, around pukul 12.30 macam tu dah sampai sana. tapi, perut masing masing dah minta makanan sebab masing masing tak bekfes kan. so, kitorang singgah bandar penawar dulu bagi memenuhkan perut masing masing sebelum bermandi-manda. hee. 

around pukul 2 lebih macam tu. dah selesai makan & zohor, baru la kitorang jejak kan kaki kat pantai. FYI, aku baru first time sampai sana. so jakun la sikit. haha -.- jom layan gambarsssss (macam biasa la kan :P)


dah sampaiiiii. cantik kannnnn cantik kannnn ? bukan kitorang, tapi view belakang tuu. hewhew. 
nasib baik cuaca sangat sangat elok masa tu. menduuuuung je. takde la sunburn sangat. kuikui. 


okay, dah dapat port picnic, kami serbu dulu. posing nak amek gambar laa. ape lagi. haha. candid habis. semua tengah cover cover cun, betul kan tudung masing masing. perkara wajib bagi perempuan bila nak snap gambar. kan ? hiks.


haa kan omey tu bila semua dah ready. 1,2.... peace ! :)


tukar background plak. haha. pergi pantai, mesti la ber-background kan pantai ye dok ? peace lagi Paah ni. takde gaya lain kot -.-


eh, tukar port pulak. sebab jumpa port yang lagi redup, & sedap mata memandang. cewah gitu. hehe



dah setel port picnic, boleh jejak kaki kat pasir yeayy. posing sikit :B 


wajib lah ada muka tuan blog ni kannn. kuikui. and of course ber-backgroundkan pantai lagi. hee. eh jap. background kali ni laaagi menarik. sebab ada otomen belakang tu (bak kata maryam) wakaka :P 
sila abaikan muka tengah tahan panas tu -.- memang panas. dah sah sah baru pukul 2 lebih time tu. tak lama lepas tu baaaaru la redup :)


comel sangat mereka ni kan ? hiks. ada yang baru nak lompat, ada yang dah sampai udara dah, & ada yang tak lompat lompat lagi. haha :P


yang ni paling funny. tapi comel sangat ! haha. 


okay, gambar ni paling hudus. haha. muka memasing tengah kepanasan. kalah cacing kepanasan tu taw dak ? -.- 


seronoknyaaa duduk atas pasir ni. bak kata dorang ' kalau taknak pasir, balik bilik la'. kuikui. dah sampai sini, mana boleh nak balik bilik plak kan. haa. rugi nama nya tu. 


posing sikit. peace lagi paah ni -.- 

dah puas bergambaq tu, baru laa boleh tukar baju, & terjun dalam air. fuhh masa bergambar tu pun, tengok air, rasa macam dah memanggil manggil dah tu. tak sabar nak terjun. hilang terus fobia kat air -.- magic bin ajaib. haha. 

lama jugak laa kitorang berendam dalam air tu. nak dekat asar, baru kitorang pergi mandi & tukar baju & packing nak balik. hew. penat tapi best and berbaloi. 

byebye Desaru. 
lepasni saya jumpa awak lagi boleh ? hee :D

bye semorang ! :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Monday, November 19, 2012

durian crepe lagi~

hai semua. assalamualaikum. 
saya dah selamat berada di UTM. tamat lah cuti sem seminggu. hewhew. *menangis*

semalam, bersamaan hari Ahad, aku buat lagi durian crepe. hehe. kebetulan, masa aku & family gi pasar pandamaran pagi Sabtu , ayah beli durian lagi -.- soooo, aku pun rajinkan laa diri nak buat lagi sebab boleh bawak balik UTM kan, bagi kengkawan rasa. tu pun beberapa orang jela yang dapat rasa durian crepe aku yang tak berapa nak jadi ni. haha. 

okay, tapi kali ni aku try buat filling custard. kenapa ? ada ceritanya. haha. 
actually, kerja paling senang, inti whipping cream tu je. ( baca SINI )TAPIIIIII, whipping cream kat rumah dah habis. sobss. tu yang kelam kabut ajak adik pergi merempit cari whipping cream. kahkah. sekali, kedai bakery kat simpang 4 tu tutup -.- demyu. pusing masuk econmart, mymydin, SSW, semua takde jual. haishh menyirap gua. dah buntu dah nak ganti dengan apa. sebab kulit crepe tu dah siap buat dah pun. haha. 

so, masa google resepi awal awal haritu, ada la resepi inti cream custard. terpaksa la guna resepi ke2 kan. cuma resepi ke2 ni leceh sikit. that's why aku malas. haha. tapi kena buat jugak -.-
fine laa fine. boleh la rasa 2 jenis kann. hee. 

tadaaa ! 


ni laa ghupe doyan crepe ku yang kedua ! haha. pink & blue colour gitu. 


comot gila. kekeke. pastu tebal semacam. haha. lantak pi la. masuk mulut sedap jugak. hee :B

bagi aku la kan, inti cream custard ni lagi sedap daripada inti whipping cream biasa. tak taw la sebab apa. haha. 

sorry awak semua, saya terlupa snap pic yang nampak intinye. hee. 

byebye ! au revoir~




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, November 15, 2012

bihun tomyam campak campak. hehe

salam khamis semua ! 
yeayy kita jumpa lagi. haha. bila mood update blog dah datang, macam ni la jadinya. hewhew
harini, ibu kursus. soooooo, takde siapa nak prepare lunch. except me -.- lil sis ada tapi dia busy dengan bisnes felt craft nya tu. sooo terpaksa la bertukang kat dapur sorang sorang. sobss. 
bukak fridge, fikir fikir nak masak apa ni. tengok bahan, macam tak banyak je. then, suruh ayah pergi kedai, beli apa yang patut untuk masak bihun tomyam yeayy ! :) 

so, bertukang la aku sorang sorang kat dapur. haha. bila lagi nak macam ni kan, kalau bukan time cuti ni. hee. balik UTM nanti takde dapur. pantry je ada. tu pun masak guna rice cooker dengan sayangs sayangs i kat sana. 


haa yang ni masa masak kat UTM haritu. guna rice cooker je. hiks. tapi nasib baik sedap taw. 
bihun tomyam jugak :) 



so, ni la ghupe bihun tomyam farhah. cewahh bagi nama plak. haha. ada ayam, sotong, fishcake, tauhu, tomato, cendawan, bunga kubis. haa amekkaw. penuh periuk. kekeke. main campak campak je. wakaka.

rasa nya camne ? not bad laa. just macam cair sikit kot. sebab guna kiub tomyam je. kalau guna paste tomyam mesti lagi sedap kann. hehe. takpe la. kita guna apa yang ada je kann :) asalkan ada rasa. haha

okay lah. that's all for this entry. 
happy holiday semua ! enjoy your day with family at home :)
adios. salam. 





suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, November 14, 2012

durian crepe yang comel


hai uolsss !
kita jumpa lagi malam ni. kekeke. tetiba mood rajin tu datang dengan sendiri nya kan. ye la, mana tak nya. dua bulan lebih dah terbiar blog kesayangan aku ni kan. so bila ada masa ni, kita manfaat kan la sebaiknya. cewahh. panjang intro kau.

okayy siapa pernah dengar durian crepe angkat kaki kanan !
siapa pernah makan durian crepe angkat kaki kiri ! hehe.
aku nak angkat dua dua boleh ? duduk atas kerusi baru boleh angkat :B haha

okay la. haritu duk tengok kat FB pasal durian crepe ni. pastu google google la sikit kan.
ape benda nya durian crepe ni. hee. bila dah google tu, memang terliuq habis la tengok. comel comel belaka.
geram tengok taw. hee. tu yang perut pun dah rasa teringin nak rasa benda alah tu.
so, aku google la resepi nya kan. kot kot kalau senang memang boleh try la. siap search tutorial kat youtube taw. luckily, memang ada ! satu satunya video yang simple & senang faham. siap resepi sekali dia bagi.
nak try ? jom tengok video nya kat sini :

The Making of Durian Crepe

kalau korang nak taw, video ni seorang kaum Adam yang buat. hee. comel je kan ? :) (gedik kejap)

so, acane ghupe durian crepe aku ? hehe. jom kita tengok !


lempeng pink yang sangat comel uolss ! haha.

aku saja buat kecik kecik. sebab sebenarnya kan, susah nak buat bulatan tu jadi besar. sebab baru nak gelek gelek sikit, dye dah kering -.- so comel gini jela jadinya. hihi. 


tadaaa ! dah siap dah crepe nyaa aka kulit durian crepe ni. i made it 2 colours only. hehe. comel la tu kan, kuning & pink. next time kita buat rainbow colour pulak ye :P 

so, sesi membungkus pun boleh dimulakan. ops, lupa nak snap gambar time sesi pembungkusan tu. haha. 

so kita lihat hasilnya. 

tadaaaaa ! 





comel je macam bantal bentuk dia. hihi. 


nyummmm ! bila makan tu kan, taktaw camne nak cakap rasa dia. 
macam kuih ketayap ada, macam lempeng bungkus pun ada. haha. bezanya, inti dia durian. kekeke. 
tapi, korang boleh tukar inti nya jadi perisa lain. mangga ke, cempedak ke. so nama pun bertukar la kan. jadi mango crepe & cempedak crepe. hehe

yeayyyy ! rasa happy sangat sebab terlepas jugak hajat nak makan benda comel ni. hee. ahad ni dah balik UTM. so takleh nak bertukang kat dapur dah. sekarang laa masa nya untuk buat semua benda ni kannn :) 
and i love to be at home, in the kitchen. hee :B

nak resepi ke ? emm google sendiri je la eh. hihi. ikut video atas tu pun dah okay dah. 
siapa yang rasa nak try tu, goodluck ! senang je nak buat nya. yang penting kena maintain cute kat dapur. haha okay takde kaitan pun. okbai ! 




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

budak demam nak baking.

hai semorangggggggggggg. kita jumpa lagi harini. hewhew. 

sebelum aku start story pasal budak demam tu, meh nak wish sikit sempena harini. 


SALAM MAAL HIJRAH 1434H buat semua umat Islam :)

************
okay now get back to our story. hari Sabtu yang lepas (peram dulu cerita ni 4 hari) tetiba adik perempuan aku yang sorang ni (memang ada sorang pun) minta nak buat red velvet cupcakes. tak ke pelik bin ajaib tu. sah demam ! haha. 

so, kitorang pun  minta duit kat ayah, then nak pergi beli bahan wajib utk RV which is cream cheese. hee. kalau takde cream cheese(bahan untuk topping kek), memang tak complete la rasa RV tuuuu. hee. then, budak demam ni siap demand lagi nak cup yang comel comel tu -.- lepastu kena bebel ngan ayah. hahaha. 

so here it is. finally jadi laa RV cuppies hasil tangan adik gua. dengan berkat sifu dia ni, nasib baik menjadi rasa RV tu. as usual :) hee. 

tadaaaa ! 


comot nyewwwww. haha


kan dah cakap, nak cup yang comel comel jee. polka dot pink gitu -.-


nyummmm :* 

tahniah my lil sis, kerana lulus kali ini. muahaha ! 


okay ni laa my lil sis. eh jap, mana kakak mana adik ? tettt ! haha -.-

okbai. 






suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Tuesday, November 13, 2012

Adik adik kecil dah konvo lah ! :)

assalamualaikum & selamat tengahari ! 
oh, Happy Diwali too ! :)

hari Ahad yang lepas, tadika ibu adakan majlis konvokesyen for the first time. 
majlis ni diadakan di dewan sekolah agama je. disebabkan student nya tak berapa ramai, around 20 orang, so takyah buat kat dewan besar besar pun takpe. hee. plus, ini kali yg pertama kann. 

jom kita tengok adik adik yang comel molek ni. hehe


pentas persembahan & penyampaian hadiah


adik adik 6 tahun yang diraikan. hehe


adik Umairah, satu satu nya murid 4 tahun di sini. so cute baca surah al-Fatihah atas pentas :)


adik adik 5 tahun. hehe. 


amboi, vogue gitu adik adik 5 tahun kita buat persembahan twist. ewahh. hehe


adik adik 6 tahun dengan tarian ribbon mereka :)


overall students buat persembahan together gether atas pentas :)



masa untuk sorakan Tadika Cilik Ceria. kena duduk time ni sebab nak main tepuk tepuk peha. hehe. baru la semangat kan !



cikgu cikgu yang comel belaka posing dengan payung merah makngah kau. 


the most adorable & handsome rayyan & deja. dorang ni dah duduk kat tadika ibu since baby. membesar depan mata ibu & pengasuh kat taska. macam adik sendiri dah :') 


eh, siapa ni ? nak jugak letak muka kat entry ni. hewhew. 

jemput like page TADIKA CILIK CERIA di FB yee. thanks a lot ! 

okay lah. that's all for this entry. byebye semua ! :)


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

HI !

assalamualaikummmmmm :)
after a long time break. haha. im back ! :)


yes i am still exist. my blog is still exist. 


a cute hi from me ! :)

wait for the next entry okay ! thanks for the reading. me love you. xoxo !


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D