Thursday, June 30, 2011

show your love !

assalamualaikum & selamat malam semua ! :)

*current playlist : eternal flames - the bangles*

malam ni tiba tiba rasa nak jadi doktor cinta. hee. boleh tak boleh tak ? boleh kan aje. peduli apa aku. :P hehe
ehemm ehemm. aku tahu, korang semua mesti ramai yang dah berpunya kan ? dah ada orang yang tersayang masing masing kan :) & kebanyakan dari kita, lelaki mahupun perempuan mesti ada cara tersendiri nak tunjuk kan rasa sayang & cinta kita kat pasangan masing masing. tapi kan, selalu nya, si bf mesti bagi bunga kat gf dia laa. bagi kad ucapan romantik la. lagi lagi masa hari jadi dorang kan. tak pun, bagi chocolate as birthday gift. yang si bf bagi sejambak bunga kat gf dia. siap bawak pergi dinner kat tempat romantik mewah ala candle light dinner lagi kan. hehe.

tapi semua tu terpulang la kat diri masing masing right ? but for me, tak semesti nya, bila kita sayang orang tu, kita kene bagi hadiah segala bagai. cukup dengan tindakan sederhana je dah mampu buat dia orang yang special untuk kita. :')

sini, aku ade beberapa cara untuk tunjuk kan rasa cinta & sayang kita kat orang yang kita sayang tu.

first
ungkapkan perasaan secara langsung
contohnya, masa kita keluar date dengan bf kita. masa tengah bosan tunggu order makanan ke, pegang tangan dia, pandang mata dia. then cakap. " sayang, i love u lah." sambil buat muka paling manis sekali. ^,^ then bf korang mesti cakap macam ni. " you ni kenapa meroyan tiba tiba nak romantik ni ? i dah la lapar nak mati ni " -.-' haha. kalau bf korang cakap macam ni, korang blah je terus dari situ. hehe. eh tak tak, yang tu cuma contoh je. takkan bf korang cakap camtu plak kan. mesti dorang lagi suka kalau kita express kan feeling kita depan depan. bagi si bf plak, gf korang lagiiii suka kalau korang buat camni. sebab perempuan ni kan berhati lembut. percaya la. :)

second
jujurlah pada pasangan
haa. ni yang paling penting kan ? kejujuran seseorang tu penting. kalau kita tak nak kene bohong dengan bf kita, so kita pun jangan lah bohong dekat bf kita kan. fair & square la. kalau ada apa apa, cerita la dekat pasangan kita tu. jangan nak main secret secret 24 hours. sebab, kalau pasangan kita dapat tahu sendiri dari mulut orang lain. tak pasal pasal plak boleh timbul syak wasangka yang bukan bukan kan. so, better kita bagi tahu dengan mulut sendiri kan ? :) tapi, jangan la nak busy body sangat plak. makan, minum, berak, kencing semua nak amek tahu. haha. yang tu lebih lebih la kan.

third
beri kejutan
surprise ! hehe. tak semestinya birthday je ada surprise kan. bila kita sayang orang tu pun kita boleh bagi surprise jugak. misal nya, si bf buat something special untuk sambut anniversary korang. yang paling best, kalau lelaki tu ajak pergi picnic. then siap bawak food yang si bf masak sendiri. auww :') that's so sweet. lepastu picnic plak kat tepi pantai. angin pantai sepoi sepoi sapa kita. perhh. memang romantik sangat kan. hee. :D memang special la anniversary korang time tu. dengan terbukti nya, bf korang tu memang calon terbaik nak jadi teman sehidup semati. hee. tapi tapi, jangan plak korang spoil kan sweet moments korang dengan : " b, ni yang i sayang u sangat sangat. sebab nanti bila kita dah kawen, u jadi chef i kat rumah ye. sebab i tak tahu masak la sayang. hehe. " -.-''

fourth
hargailah pasangan kita
ehemm. yang ni pun penting taw. contoh nya, kita ucap terima kasih kat pasangan kita untuk apa yang dia dah buat or korban kan untuk kita. ye la, kalau korang iye iye laa buat macam macam nak bagi bf korang terharu dengan korang. pakai cantik cantik pergi date, siap pakai baju kaler feveret bf lagi. sekali dia buat dek je ? haha. memang sakit hati kot. at least, cakap la macam ni. " sayang, you look so beautiful today. you are my only one princess. thanks sebab sudi korban kan masa study you untuk keluar dengan i. hee " haa. kan sedap bunyi nya. lagi lagi bila kita dah korban kan study week sebab nak keluar date dengan bf. HAHA.

fifth
berikan pujian
opss. yang ni lain taw dengan yang keempat tadi. memang la bila kita bagi pujian dekat gf kita, gf kita rasa dihargai. tapi, jangan la menipu pulak kan. mulut kata lain, hati kata lain. haa. tak elok tawuu. tak ikhlas nama nya tu. hehe. contohnya : " sayang, you nampak cantik sangat dengan blouse merah, skirt biru, shawl oren, kasut kuning & handbag hijau yang u pakai ni " padahal dalam hati, ' macam mana aku nak jalan sebelah gf aku ni. dah macam pelangi dah aku tengok. pelangi pun tak meriah macam ni '. puji biar ikhlas la bro ! haha. tapi jangan terlebih jujur plak.
" sayang, i tengok u ni dah macam pelangi la. malu i nak jalan dengan u taw". opss ! jangan menangis ye si gadis. hehe :P

see. senang kan ? takyah susah susah nak bagi hadiah segala bagai. dengan tindakan kita je, dah cukup buat si dia rasa istimewa bagi kita kan. :) kadang kadang, dengan perkatan 'sayang' pun, dah rasa special sampai boleh angau overboard. hihi. tapi ada jugak lelaki kat luar sana yang kedekut sangat nak sebut word 'sayang' ni. satu perkataan pun susah ke, sayang ? :P bila gatal gatal nak ngorat perempuan lain tu rajin plak sebut. al maklum laa, nak cairkan hati perempuan. hati gf sendiri tak plak yang sakit. ish ish. hehe.

khas untuk korang yang dah baca nasihat doktor-cinta-tak-bertauliah ni, layan la lagu SHILA ft RAN ni. aku dedicated lagu ni untuk korang semua. terima lah ! TUNJUKKAN CINTA. xoxo.



show your love, cornetto. eh tiba tiba ngidam aiskrim plak. :P hihi

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Friday, June 24, 2011

its flyday !

today is FRIDAY. yess. & today is FLYDAY.
ada ape dengan FLYDAY ni ? hehe.

pagi tadi, the last day for the cool duo, PHAT FABES & BEN dalam Pagi Show FLY FM. & together with NADIA, phat fabes & ben hosted their last show ; 800th Pagi Show this morning.
the duo dah announced pemergian diorang dari slot pagi show since last monday lagi.

sejak tu, FLY FM ditubi tubi dengan calls dari kebanyakan pendengar setia fly fm ni. sampai lah pagi tadi, ramai pendengar setia yang call & bagi ucapan farewell untuk duo ni. & ramai jugak yang desak desak supaya dorang stay on je. dekat Facebook pages of Fly FM Pagi Show and Fly FM Frequent pun ramai yang visit untuk pujuk & desak duo ni fikir balik keputusan yang dorang buat. hehe. ramai gila kot peminat & pendengar setia dorang neh. including me ! :)

bagaimanapun, the duo ni dah muktamad dengan decision yang dorang buat based on mutual understanding dorang & discussion dengan pihak management few weeks ago. haa. nekad tak nekad dorang punya keputusan ni kan. hehe. even terpaksa tinggal kan ramai peminat dorang.

dengan peninggalan fabes & ben ni, nadia akan 'flying solo' untuk sementara waktu ni sampai lah ada pengganti dorang. tapi tak best lah kalau nadia sorang je kan. hehe. harap harap nadia boleh keep on happening kan Pagi Show macam biasa lah, even takde dua orang ni. hehe. kalau tak, aku taknak dengar slot ni lagi dah. haha. tukar station radio lain. dengar klasik fm pun bolehhh. memang tertido lah kau jawab nye dalam ofis tuu pagi pagi. HAHA

kalau korang semua dengar fly fm siang tadi, & opcos pagi show jugak, si NADIA ni ada buat lagu khas untuk duo ni. dia nyanyi lagu yang dah di'edit' lirik nye. haha. comel kot. walaupun suara nadia bukan la macam siti nurhaliza tu haa, tak pun suara jaclyn victor ke, tapi tetap buat aku sedih & feeling tak pasal pasal dalam ofis tadi sekejap. hehe. sobs sobs :') tapi tapi, aku tak dapat cari video nadia nyanyi lagu tu. hehe. tapi ( tapi lagi ! ) ni ada video farewell the best duo neh with nadia too. :) enjoy watching guys ! :D



nak tengok tak reaksi peminat setia duo neh ? hee. bukan gambar, tapi luahan hati peminat & pendengar setia phat fabes & ben dekat facebook pages pagi show. tengok neh


*sila klik untuk tumbesaran*

haa. see ? same goes to me, i'll miss u guys. :') starting next week, no more their voices & jokes heard in our morning before we start our work. just NADIA only. yes. only her will cheer up our 'working moring'. hoho.

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, June 23, 2011

jum tengok ! hee :D



nak tengok cerita ni boleh ? comel je selena gomez tu kann. hee. ;D
ni synopsis movie ni :

While on a trip to Paris with her best friend and soon-to-be-stepsister, Grace is mistaken for a British socialite, resulting in all three young women flying to Monte Carlo for a charity ball, auction, and the chance for international romance. However, when a million-dollar necklace goes missing, Grace and her friends must scramble to find it before the auction is ruined and their identities are exposed.

directed by : Tom Bezucha

starring : selena gomez
leighton meester
katie cassidy
andy macdowell
cory monteith

distributed by : 20th century fox

genre : drama comedy romance teen




nak tengok ni jugakk ! ada abang sam saya. awww~ gediks gila. haha. -.-' & ada mia comel. :)
jom baca sinopsis nya :

Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini :)

pelakon :
shaheizy sam
lisa surihani
mia sara nasuha
kartina aziz
alex yanz

Distributor: Metrowealth

genre : romance

aaaaa ! nak tengok dua dua movie ni puhleaseee. hee. dua dua release 30 jun ni. hee. tak sabar ! jom jom siapa nak teman aku tengok ? :) ehem ehemm. tapi sendiri bayar laa. haha. lagi lagi masa tu dah kaching kaching $$ ! hehe. boleh buat movie marathon ni. tehee. ;D dah la company aku ada buat free movie screening TRANSFORMERS 3 1st july nanti. tapi tapi, aku tak boleh join. sebab, aku hanya lah temporary staff. sobs sobs. :'( haha. tak heran lah. aku boleh pergi sendiri laa. tak luak pun. :P hehe.

ape lagi kawan kawan. jom serbu the nearest cinema 30 jun neh ! hee. especially buat peminat fanatik SELENA GOMEZ & SHAHEIZY SAM. :D minggu depan je pun. dekat dah. :)



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday #2



sayang tak terhingga :)

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Tuesday, June 21, 2011

ragam beragam meragam

assalamualaikum semua :)

haa. ni nak cerita pasal semalam. kenapa baru nak story hari ni ? sebab.........semalam tak rajin nak menaip. bahasa kasar dia MALAS laa. hehe. bukak fesbuk pun kejap je. tengok 'notynoty' tu kejap. then tak pandang dah fesbuk. apetah lagi nak menaip dalam blog neh. hee. bila dah malas nak menaip tu, terus bukak cerita tiramisu. err, cerita bersiri dekat TV3 before ni. saja nak tengok lagi. sebab masa dia tayang kat tv dulu, tak sempat tengok semua episode. hoho. sekarang ni, dah ade full episode, boleh tengok hari hari. hee. thanks to my abang. :D sebab aku curi cerita tu dari seagate dia. haha.

ohoii panjang plak membebel. haha. belum masuk cerita sebenar lagi. -.-' sebelum tuu , ce tengok gambar bawah ni. ce tengok. :P



subhanallah :') cantik kan pemandangan sunset ? hee. tapi kureng betul sebab ada ketapi tu halang. huhu. kalau tak mesti dah cantik dah scenery kat situ. dandan waktu maghrib la ketapi tu stop kat situ. -.-''

semalam, balik keje naik komuter. sebab ayah habis keje lambat. soo, terpaksa la aku tumpang kak lyn, akak ofis aku sampai dekat stesen ktm padang jawa ni. haa, ni gambar dekat stesen komuter padang jawa la ni. dah bosan sangat sambil tunggu komuter sampai, tengok la pemandangan yang cantik tuu. hee. selalu jarang langit nak cantik camtu kalau aku tengah tunggu komuter sampai. dah laa sorang sorang. ade plak mamat mamat muka-macam-nak-rogol-orang dekat tepi tepi tuu. seram woo >.< huhu. dalam hati dah doa doa dah cepatlah komuter sampai.

okay, sekarang dah sampai klimaks kisah aku ni. elok elok aku nak sms ibu, nak suruh amek dekat stesen teluk gadong, line celcom buat hal. yee, aku tak boleh nak hantar mesej. call pun tak boleh. WTH ? aku dah buntu dah, macam mana nak bagitahu ibu ni. huu. penat dah retry send message banyak kali. but failed jugakk ! sabar je la. bukan apa, memang la ada tepon public kat stesen ktm teluk gadong tuu, tu pun tak tahu elok ke tak tah. orang zaman sekarang kan tak sayang harta awam dah. =.=' kawasan sana dah la gelap ! bahaya kot. lagi lagi untuk aku anak dara ni tawu. sebab tu kene inform ibu awal awal. sampai sampai nanti ibu dah tunggu. haa, kan selamat kalau macam tu kan.

nak diringkaskan kisah ni, aku terpaksa la tebalkan muka pinjam phone akak-mana-tah yang duduk sebelah aku dalam tren. hoho. dengan muka penuh manis (buat buat manis) + muka tak malu, aku tanya la akak ni.

aku : akak, boleh pinjam hp tak ? saya nak sms ibu saya tak boleh plak. call pun tak boleh. line celcom tengah gila.
akak-mana-tah : err. *pandang pelik muka aku* aa boleh. apa nombornye ?
( fuhh lega ! )
aku : 019-********.
akak-mana-tah : nah. *hulur hp dia kat aku. Blackberry bhai. haha *

dah selesai cakap ngan ibu

aku : terima kasih banyak ye, kak. *senyum paling manis*
akak-mana-tah : ok sama sama. *muka tak beriak*
( eh akak ni, marah ke aku pinjam hp dia ? senyum pun idak )

tren pun sampai teluk gadong. aku senyum lagi kat akak tu before turun. tapi ? dia tak senyum jugak kat akuu ! alahai. akak ni datang bintang ke ? -.- susah sangat ke nak balas senyuman orang ?

bila dah turun tren, aku tunggu ibu dekat tempat biasa, atas jejantas, anak tangga paling atas sekali. memang tempat feveret aku. sebab boleh tengok sekeliling. & terang sikit dekat situ. baru selamat kan. hehe. safety comes first. :)

then, tiba tiba datang seorang nenek india ni lalu tepi aku nak turun tangga. aku pun terkejut tiba tiba dia muncul. dia pandang aku. then senyum. aku pun senyum la balik. even nenek ni senyum pelik semacam. seram jugak la kejap. haha. tapi aku taknak jadi macam akak-mana-tah tadi. tak reti senyum dekat orang yang senyum kat dia. then tiba tiba nenek tua ni tunduk & amek something dekat anak tangga bawah tempat aku berdiri tadi. dia dah bangun balik baru aku nampak dia pegang apa. oohhh. dia kutip tin 100 plus. then dia pandang aku lagi, senyum lagi. lepastu dia turun tangga. erk, nenek ni terlebih murah dengan senyumam plak kan. buat orang lain seram plak. haha. sumpah aku seram masa tu !




tengok, kucing ni pun suruh kita senyum. hehe :)

moral of my kisah :
senyum senyum lah selalu okayy.
senyum. tak perlu kata apa apa. ecewahh. nak nyanyi plak. haha

terima kasih pembaca yang comel cantik sekalian :)




suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, June 16, 2011

tolong boleh ? hee



wahai pembaca blog ku sekalian, si cantik & si kacak. (bodek sikit. hehe)
nak minta tolong like photo ni boleh ? plishh plishh plishhh. hee
senang je cara nye. first, korang pergi kat page ni FOREVER YOURS, then klik LIKE button.
secondly, klik SINI, then klik LIKE jugak. hee.
done. kan senang ! :)
lastly, saya nak ucap jutaan terima kasih untuk mereka yang dah tekan button like tu. anda semuaa memang baik hati, cantik, comel, semuaa lah. hehe. xoxo.
jasa anda semua saya kenang selalu. mmuuuaahh !

ni saja saja je sebenarnya.
sebab ada salah sorang kawan saya dalam gambar tu yang suruh saya join contest ni. hikhik.

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Wednesday, June 15, 2011

wordless wednesday #1



atok & muffiin. :)

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Tuesday, June 14, 2011

JOHO owsem



agak agak korang, entri ni pasal apa ? haha. nampak tak word JOHO tuuu ? kalau tak nampak sila pakai kanta pembesar okeh. -.-' walaupun aku anak jati SELANGOR, bukan JOHOr. tapi aku tetap nak ngaku aku anak JOHOr. erk. boleh tak ? haha. sukati aku lah ! aku study kat johor apa. dari lah matrik dulu, matrik johor. & sekarang UTM skudai pulak. dekat johor kann ? heheh. kira lama jugak aku duduk johor ni. plus kampung pun dekat johor jugak. dekat segamat. ( hye orang segamat ! :)) haa. kira okay lah aku ngaku jadi anak johor kan. hihi. (teruk punya anak selangor ! ) :P

back to the title. nak tahu lebih lanjut pasal JOHO ni ? meh baca kat sini.

JOHO



kenapa laa selangor takde community platform macam ni ? ke dah ada ? & aku je yang tak pernah tawu ? (anggap takde je lah. haha) pernah la jugak aku join event JOHO ni. macam dekat sini. event dekat LOST MALAYA. sampai my friend, anies farouk, masuk blog JOHO ni untuk slot FESYEN GEREK. gambar yang ke-6. :) hihi. sorry bb aku promote kau sekejap. haha. best kot. tapi banyak lagi event lain yang aku tak berkesempatan nak pergi. :( takpe la. nanti balik JB boleh pergi lagi kan kann. :) hee.

soo, the conclusion is. err. takde conclusion. haha. apa lagi anak anak selangor. jom buat event macam ni nak ? haha. (ye ye je) :P ok lah. the conclusion is, aku bangga dapat merantau & belajar dekat JOHOR. :)


sila lah bangga orang JOHOR sekalian ! -.-'





handsome pakcik ni. bangga dia jadi komuniti johor. hehe

sumber gambar : GOOGLE.






suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, June 12, 2011

29 tahun. whoaaa :O

ce teka tajuk ni pasal ape ? hee. 29 tahun wehh ! gila lama kannn. haa.
actually, siang tadi, teman ibu jumpa kawan baik dia masa sekolah dulu. 29 tahun tak jumpa. sampai laa harini baru jumpa. haha. lama gila kann ? masing masing dah ade anak dah besor besor dah kot. hihi. meet auntie sarimah :)
start jumpa tadi, dalam pukul 12. dah tengah hari kan. perut masing masing dah lapar. then auntie sarimah ajak la gi makan dulu. we went to pizza hut.


seronok rancak bercerita. hehe

burpp ! oupss. hehe. lepas kenyang makan, ibu & auntie nak privacy kot. then aku laa yang terpaksa bawa anak auntie & adik aku pergi main jauh jauh. HAHA. ohh lupe nak bagitawu, auntie bring along dua anak diaa, lan & lyn. hehe. yang si abang darjah 5, si adik darjah 2.
nak tahu aku bawa budak budak ni pergi mana ? main bowling. HAHA. dah tuu. bosan kot.


hari ni, cosmic bowl main dalam glow in the dark. haha. excited si lyn ni tadi.

dah habis main bowling, aku bawa dorang pergi masuk pets wonderland. si lyn ni haa yang bising sangat. hehe. then aku bawa je laa. after puas tengok haiwan (macam pergi zoo je gaya. HAHA), si lyn nak main game laa pulak. bawaaa la dorang gi main game token ni haa. dengan aku aku main sekali ! HEHE.


seronok betul dorang ni main. hehe.

dah puas bawa dorang jalan, jumpa ibu & auntie balik. dorang ajak lepak minum lagi. tengok jam, dah masa untuk minum petang. plus, ibu & auntie dah penat jalan. we decided to go to garden cafe. cantik gila kot cafe ni. memang macam garden habis. suka suka ! hehe. :)


pandangan dari tepi garden cafe. cantik ! :)


buku menu


ni best ! ade orang main piano, then siap nyanyi lagi. hee. he's chinese but he sang malay songs ! very lovely. :) suara pun sedap. comel kan main piano dalam sangkar burung ? hehe. :P


green tea. dalam jug with small cup. very cute.


our menu. iced lemon tea, banana-sumthing cake ( tak ingat nama. hehe), potato wedges.


hot capuccino with love. :)


BFF meets again after 29 years.


ini budak nama nyaa lyn. hehe. manyak ngada ngada wooo. HAHA


ini pulak adik aku. :) sama ke muka ? tak kann. haha


my mum :)


and this is me. hee. :D

dah habis makan, time to go home. hehe. & time to auntie & ibu berpisah. hee.
nanti boleh jumpa lagi kann. :)

eventhough 2 plan aku semalam tak jadi, first nak pergi bukit jalil, ada event. kedua, main bowling dengan akak ofis. dua dua tak jadi. tapi aku puas dapat teman ibu harini. :) jalan jugak kann. hehe. okaylah. dah penat, nak tidur. esok kerja. k bai.

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, June 9, 2011

si comel macaron

yeayyy ! happy sangat sangat sebab apa yang aku idam kan selama ni akhirnyaa dapat jugakk.
nak tawuu ape diaa ? hehe.
*senyum lebar lebar*
ce teka ce teka :P
*
*
*
*
*
*
*



tadaaaa !

MACARON

teheeee. ;D

dah lama kot admire benda alah comel ni. hehe. ni baru dapat order. then siang tadi baru dapat. heheh. memang comel kot benda ni. warna warni ! cantik ! awesome ! hihi.
memang tak rugi spend money untuk benda benda yang kita suka kan kan ?


ni tangan qila. :P


lepas habis keje terus snap gambar ngan benda alah comel ni. hihi


colourful kann ? >.< cantik !


tengok betapa comel nyee dia. hee


thanks to p'four macaron. :)
*photo snap by me*

berminat tak ? teringin nak rasa ? macam saya yang admire kat macaron ni ? hehe.
meh order kat sini :

p'four macaron

rasa dia macam mana plak? mesti korang tertanya tanya kann. hee.
rasa dia saaaaaangat manis. tapi sedaaaaaaaap !
& bak kata kak suri, sedap makan benda comel ni sambil minum teh tanpa gula.
biar seimbang laa kandungan gula tuu kan. hehe. :)
so kalau korang nak tahu macam mana rasa dia, cuba try sendiri okay.


dah tak ngidam daa. hihi :P


suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Sunday, June 5, 2011

balik kampung oooooh balik kampung.

tengok tajuk macam over sangat kan. macam dah raya je nak nyanyi lagu tu. haha. tak laa. semalam balik kampung belah ibu, dekat perak. saja saja balik. ibu nak jumpe opah & atok. hee. bertolak pagi sabtu, then singgah kat sungai besar. biasaa laa. kalau balik kampung tak sah kalau tak singgah menyinggah. hehe. dah sampai tuu, malam nyee bawak opah & atok pergi beli barang dapur dekat teluk intan. pasaraya TF value-mart. murah murah kot barang dieee. -.-' memang patut pun ramai gileeeee orang masa kitorang sampai tuu. barang barang dia lagi murah dari giant or tesco or econsave yang konon konon nyee berlumba nak berkempen harga murah. okay dah dah la jadi promoter TF cik farhah oii. -.-'' terlebih excited sebab tengok harga dia murah sangat. jom baca dialog opah, atok & ibu masa OTW nak ke teluk intan malam semalam.

ibu : "ayah, pakai laa tali pinggang yah. "
*senyap. no respon dari atok*

ibu: "haraaaaamm. haha. "
*opah menyampuk*

opah : "tok, pakai tali pinggang tok. kang ade polis kat depan tuu !" *dengan kuat nye opah bersuara.* HAHA.
atok dengan terkejut nye terus pakai tali pinggang. hehe.


kesian atok. pendengaran dia dah kurang sikit. biasa laa. dah tua kan. suara opah yang kuat tu je laa yang atok senang dengar. hihi. kelakar betul. dah tu asek gadoh je. dah tua tua pun gadoh lagi. HAHA. kadang kadang naik lucu je tengok opah ngan atok ni. anak cucu duk gelak kan dorang je. hee.


rumput rumah opah pun jadi laa. haha


kesian tengok titi tuu. T.T


atok pakai helmet sebab hujan renyai renyai. haha. comel je. :P


atok nak interframe jugak ! hehe


tiga beradik. abang takde. 10 seconds self-timer. sebab takde orang nak snap kan. -.-'


weekend korang macam mana ? :)

suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D

Thursday, June 2, 2011

nur kasih the movieeeee



Align Center
muahaha. *gelak kuat kuat dulu*. okay dah. hehe. semalam, pergi tengok NUR KASIH THE MOVIE. okay tawuu orang lain dah lama tengok. aku baru nak tengok. hehe. :P yang best nyaa, pergi tengok dengan family. hihi. saja nak bawak budak kecik bawah ni tengok wayang. kesian dia tak pernah masuk wayang lagi. haha. jahat betul gelak kan adik sendiri. hehe. :P







pasal cerita NKTM nii, not bad laa. sedih memang sedih laa. tapi air mata aku ni bertakung je. tak meleleh pun. HAHA. saja keraskan hati. :P tapi tapi, cerita ni memang best laa. & cantik. cantik macam mana ? entah. tak reti nak cakap. tapi gambar dia cantik laa. hehe.


sweetnyee dorang ni kan. awwww~


tibe tibe terminat dekat dia ni. hehe. pegang watak MAMAT dalam cerita ni. :)

lastly, i give 4 stars for this movie. tehee. :) siapa belum tengok tu pergi la tengok okayy sayang !
nenek nenek atok atok pun ramai tengok kat wayang tawuu. haha. kelas gitu !

nak husband macam adam boleh ? winkwink ! :P hihi



suka entri saya ? sila la like ! hee terima kasih kerana sudi baca entri saya ! :D